Salam semua..
Alhamdulillah semalam selamat sampai ke Kuching pada pukol 920 pm begitu..saya mintak family jemput di airport pukol 1000 pm..makanya, saya tunaikan dahulu solat maghrib dan isya’ secara jamak di surau sana..emm, sunyi betol..almaklum, dah malam2 begini, memang sedikit sahaja flight pergi dan datang..
Lumrah hidup bermusafir sangat mencabar kadang2..tetapi alhamdulillah, semakin hari semakin berani melalui segala cabaran ketika bermusafir..muka pon semakin tak malu..hahah!!!yelah, orang cakap, malu bertanya sesat jalan kan??begitulah keadaan saya..ringan aje mulut bertanya di sepanjang perjalanan, takut tersesat...
Sepanjang perjalanan, Allah pertemukan saya dengan orang yang baek2 sungguh..syukur2!!bermula dari stesen seremban isnin tu, entah tetiba aje sepasang suami isteri menghulurkan ticket komuter ‘beli sekali tapi boleh guna banyak kali dalam sehari’ tu kepada kami..ajah dan saya terkejut jugakla, sebab ringan sungguh tangan memberi pasangan ini..diorang cakap diorang tak guna dah ticket tu, jadi dari membuangnya, baek bagi kitorang ja..makanya, kami tak payah beli ticket lagi untuk ke KKB.
Then, mintak pertolongan Pakcik Zul (guard kolej) untuk ambik kitorang kat Kuala Kubu Bharu..kami janji sampai pukol 600pm..pakcik tu dah sampai kat stesen KKB pukol 545 walhal kami masih dalam train lagi!!kesian pakcik..pukol 7pm baru kami sampai ke KKB..bayangkan sejam lebih pakcik tunggu..dia cakap dia tak kisah tapi kami yang rase bersalah..huuu~
Dalam setengah jam begitu sampai jugak ke destinasi yang diimpikan iaitu, kolej terchenta..tanpa berlengah terus ke musolla yang dirindui..terubat jugak rindu kami..saya dan ajah memang semangat nak pergi kolej..hahah!!rasanya kalau takde semangat memang tak sampai la kot ke kolej..kebetulan malam tu ade briefing usrah dengan kak zaff..sempat jugak kami mempromot MOC kepada naqibat2 di situ..korang, MOC sangat best!!jangan tak pergi tau!!huhu~
Pagi esoknya, sempat ke musolla untuk sama2 solat subuh secara jemaah..rindunya dengan suasana ini..betol kata Ustaz Hasrizal dalam ceramahnya ketika MOC itu, sesungguhnya kita tidak boleh membeli kenangan..emm, itulah biarlah berlalu segalanya..yang perlu sekarang, lakukan yang terbaek untuk hari2 seterusnya..tak tau nak buat apa pagi tu, jadi saya dan ajah merayau2 la sekitar kolej..sempat pulak masuk RC!!hehe..
Wah, macam panjang betol cerita ini..takpelah, terus ke waktu untuk bertolak balik dari kolej..berat pulak rasanya hati nak balik..kak zaff, ajah dan saya balik ditemani mira dan adik ajah, mek sah untuk melihat keberangkatan kami..sekali lagi pakcik zul yang tumpangkan..terima kasih pakcik kerana masih sudi menghantar kami balik..hehe!!dan sekali lagi, perasaan bersalah menyelubungi diri kami..akibat tiada wang kecik, tambang pergi ke TM yang awalnya rm25 menjadi rm20 sahaja..pakcik tak mahu ambil rm30 dari kami..
Rasanya, setakat ini dahulu ceritaku..banyak lagi nak cerita..besok la sambung..rasenye part yang esok ceritanya lagi best..Ya ALLAH, rahmati dan sejahterakanlah mereka yang banyak membantu kami dalam setiap perjalanan kami...ameen~
0 pEsAnAN:
Post a Comment