Sekiranya seorang blogger ini, menceritakan sedikit perihal turun naik pengunjung ke blog, ah, maaf..tak tahu nak describe Jpah cerita pasal apa..sila kunjungi ajelah yer blog die..(wah, terpromot!!)..maka saya juga mahu menyentuh sedikit perihal blog..
B.L.O.G
emm, agak-agak apa yang ingin saya ceritakan??ideanya dari melihat, memerhati dan mentafsir lawatan saya ke sebuah fotopages ini..fotopages Kak Lyda dan suami yang sekarang telah beroleh seorang putera (mungkin dah hampir setahun), Akiff..maaf, tidak meminta izin untuk linkkan fotopages mereka, jadi link cari sendiri..link ada di shoutbox blog sahabat saya..he3!!
kenapa saya kaitkan blog dengan fotopages mereka??emm, kerana blog dan fotopages mempunyai persamaan..agak seiras..sama dari segi apa??jawapannya,
K.E.N.A.N.G.A.N
a'ah, kenangan..owh saya tak memiliki fotopages..tapi saya tahu lah jugak sikit2 orang berfotopages ini..dengan bercontohkan fotopages Kak Lyda sekeluarga tadi, saya dapat rasai begitu bermaknanya kenangan yang ada di koleksi gambar mereka itu..berat sungguh kenangan yang mereka miliki..
pada awalnya fotopages itu adalah milik suaminya, student final year medic di Queens sekarang..begitu banyak gambar2 dikoleksikan di sana sejak beliau bergelar student first year lagi rasanya dan sampailah sekarang masih setia mengupload gambar2..dari solo, ke duo (berkahwin), dan ke trio sekarang dengan adanya Akiff..anda dapat bayangkan betapa saratnya kenangan yang ada di fotopages itu??
begitu juga dengan blog..walaupun saya baru setahun bergelar blogger, namun saya gembira kerana berpeluang membaca kisah2 saya yang dahulu..beberapa hari lepas, tergerak hati untuk membaca kembali kisah2 yang pernah saya tulis di blog ini..owh, tergelak sorang-sorang..terimbau segala perjalanan hidup dahulu, di kolej yang pasti..
kerana itulah, saya berpendapat mendelete blog bukanlah penyelesaian bagi sebuah masalah yang anda rasakan mempunyai kaitan dengan blog..anda faham perbelitan bahasa saya ini??buat-buat faham , boleh??ha3!!bahasa mudah, cari alternatif laen selaen mendelete blog..
jangan delete atau buang kerana anda tidak tahu nilai sebuah kenangan..kenangan yang akan anda kongsi bersama-sama dengan sesiapa sahaja di sepanjang perjalanan anda di muka bumi ini..tambahan lagi, setiap entri punya tarikh dan masa masing-masing..sungguh kenangan, bukan??
anda sayang kenangan??saya sayang kenangan..=)
0 pEsAnAN:
Post a Comment