Thursday, January 29, 2009

suka

jalan-jalan blog orang, lompat sana lompat sini, alhamdulillah banyak jugak manfaat yang dapat..maka, saya mengambil inisiatif untuk kongsi-kongsi apa yang patut, insyaALLAH..

Yang pahit akan menjadi manis bila di sentuh masa…
Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Manis atau pahit hanya diri sendiri yang merasa, lalu menilai kesannya pada hati dan jiwa. Kemudian akan wujudlah pilihan samada untuk mengingati atau melupakan. Yang pasti, setiap dari kita akan mengingati setiap kenangan itu dengan cara yg tersendiri.

Terlalu banyak kenangan. Ada yg perlu dikongsi, ada yg perlu dibuang, ada yang hanya perlu disimpan. Kebodohan diri, cukuplah diri sendiri yg mentertawakan. Itulah pelajaran yg mendewasakan. Kejahilan hati, lambang kelemahan yang mahu disingkirkan. Itulah keazaman yang mencetus perubahan. Kemanisan yg dirasai, mengundang kesyukuran. Itulah tanda pemurahnya Tuhan Ar-Rahman.

Lalu nikmat Allah yang mana hendak didustakan?

[nukilan suara di blog sangpelangi]


Saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan manakala saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu.
[pesanan Syed Qutub]


Kemenangan Islam tidak akan dapat diraih tanpa pertolongan daripada Allah SWT dan pertolongan Allah hanya akan dicapai apabila pejuang mendekatkan diri kepadaNYA.
[pesanan Hassan Al-Banna]


hatiku??='(



moga bermanfaat ya!!=)





0 pEsAnAN: