Friday, February 27, 2009

Tag Atiqah pulaks~

bagi melunaskan janji, walaupun saya takde lah janji sebenarnye, (die paksaaaaaaa!!hehe), saya buat jugaklah tag ini..aduih, saat diriku memerlukan tag, kurang yang mentag..saat diri taknak terima tag, datang pulak tag tanpa dijemput..hehe~

saya mahu ambil masa 15mins sahaja untuk ini..harap berjaya sebab memang tak plan nak update malam ni..tengahari yang tadi itu cukuplah untuk wakil jumaat, sabtu dan ahad..hahah!!ok2, saya terus dengan jawapan tag dari atiqah tersebut..


1. Copy Badge "2008 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda.


atas kapasiti gambar badge tersebut yang agak tak sopan, saya taknak lah letak di blog saya..haha!!best lagi letak badge SOP..walaupun secara majoritinya, memang saya akan menang award tu, tapi kalau award tu tukaq jadi gambar muslimah bertudung kan ayu lagi..hoho~


2. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Atiqah Hamid, mengapa award ini diberi kepadaku??hehe~nak tahu siapa dia, sila ke blog ini..
3.10 facts about myself.
Macam nak buat apa yang wan buat..letak link terus untuk soalan ini..tapi macam takde link ja untuk di letak..maka terpaksalah menyenaraikan~

a. Tak terurus dari segi masa. Pendek kata tiada jadual waktu belajar yang baik dan memang lemah dalam management. (owh, pendeknya kata ini)

b. cerita hidup yang kurang menarik untuk di kongsi bersama. ah, rindu cerita dahulu. tersemat indah dalam kenangan cerita dari sekolah rendah hinggalah ke KYUEM. itu pun kalau ada signifikasinya dalam hidup saya. Kalau tak, langsung tak akan ingat sampai bila2.

c. boleh serius secara tiba-tiba dan boleh happy secara tiba-tiba jugak. Buat yang pernah melihat akan keseriusanku, mohon maaf andai tidak senang hati. Ada masalah yang menekan lah tu. Diharap jangan bertanya macam-macam di saat genting ini. Huhu.

d. risau akan keikhlasan diri. Bermohon supaya ALLAH letakkan keikhlasan dalam hati untuk setiap perkara. Tiada ikhlas, sia-sia sahaja.

e. suke sangat rayau blog orang. mengomen pon nombor satu. bak kata seorang blogger, saya adalah blogger berleluasa. Huhu. Namun, atas kesibukan sedikit sekarang ini, sudah jarang untuk mengomen. Hanya blog-blog terpilih sahaja untuk ditinggalkan komen. Sila ke blog NICE kami. Haha..

f. merindui as-saad dan aktiviti di sana. pagi, usai solat kami akan berjemaah ke DH untuk sarapan. pada waktu-waktu tertentu, akan bermastautin di musolla sebab study di sana lebih aman dari RC dan chalet. malam, suka order burger Abang Hafiz. makan sama2 malam tu lepas habis solat isyak jemaah. Huhu.

g. bakal pulang ke malaysia pada 8hb June 2009. Mungkin sampai pada tarikh 9hb June 2009. Andai berkesempatan, diri akan berjaulah sekejap ke kolej untuk mengambil kembali semangat as-saad. Sudah dikhabarkan jua pada family atas kelewatan balik ke Sarawak. Tapi ini sekadar rancangan. Tiket ke sarawak belum beli lagi. Balik semula ke Belfast 26hb June 2009. InsyaALLAH.




h. sudah cintakan belfast. hikmah saya berada di sini. boleh melihat banyak perkara yang saya kira hanya boleh disimpan maknanya untuk diri sendiri sahaja. Hehe. Boleh jumpa Adam, Anas, Akiff, Azam etc. Hehe. nama bebudak lelaki je saya senaraikan..Ngeh3!baiklah, boleh jumpa Syifaa, Najwa (yang tak suke saya tu..hu3!!), dan sebagainya.

i. suka membeli barang makanan walaupun takdelah makan sangat. (hahaha!!). tidak suka shopping baju etc. Kalau terasa perlu dan baju best baru saya beli. Setakat ini lebih suka kumpul beg. Adeyh~ Suka purple.

j. sabar menjadi bunga. InsyaALLAH. (bertuahlah andai ada yang faham..hoho).


ok, cukup sepuluh.dan ini nyata, saya memang tak boleh urus masa dengan baik. Rasanya saya sudah mengambil lebih 10 minit dari target awal, 15 mins..huhu~eh2, nak tambah yang ke-11.

k. tidak suka tag sape-sape. Suke susahkan hidup kim sahaja dari sudut tag. itupun baru sekali. Hehe. Baik, kan?=)

banyak lagi yang kalian tak tahu pasal saya. Emm, saya memang sedikit berahsia. Biarlah rahsia, kan kak siti??hoho..


yang suka purple,
cik akma~

0 pEsAnAN: