Esok insyaALLAH andai umur panjang teruslah saya dengan kehidupan saya di hari Jumaat. Sekarang sedang menikmati cuti di Kanowit, tempat kakak mengajar. Agak buhsan gaks, tapi rasanya lebih buhsan di rumah di Serian sana. =P
Namun, esok baliklah saya semula ke Serian. InsyaALLAH 5 jam perjalanan dengan menaiki bas seorang diri esok nih bisa menghiburkan hati. Emm, nak buat ape lah 5 jam dalam bas ni? Kalau nak bukak internet pon rasanya bukan dapat jugaks, almaklumlah kawasan Sarawak nih masih subur dengan pokok2 yang menghijau di sepanjang jalan. Line pon tak clear. Takpa2, alhamdulillah masih hijau, kan??=)
Nur Kasih, bakal ditayangkan esoknya. Since baru 4 kali menonton cerita ini, saya tak tahu pulaks dah episod keberapa. Walaupun hanya sekadar drama yang direka, bagi saya cerita ini punya mesej yang ingin disampaikan. Meh ramai-ramai tengok sampai habes drama ini. Pastu baru kita nilai, nak?
Tapi saya kadang-kadang hairan, mengapa drama yang menampilkan watak berpelajaran Luar Negara [UK terutamanya], selalu digambarkan terlalu sosial. Filem yang dilakonkan oleh Alam dan Heliza juga jalan ceritanya begitu [maaf saya tak tahu judul filemnya..hehe], menampilkan watak Alam yang sosial, seorang bekas pelajar overseas. Kasihan UK dan negara2 luar yang lain dipersalahkan. =P
InsyaALLAH, andai pandai jaga diri, memilih kawan yang baik, tidaklah hanyut di sana. Itulah yang selalu saya pesan kepada adik-adik yang bakal ke oversea tidak lama lagi. Banyak program-program ilmu yang bermanfaat untuk dihadiri di sana. Cumanya kita perlu ada kesungguhan untuk melarutkan diri dalam aktiviti yang bermanfaat tersebut. Rasanya, di tempat oranglah kita banyak belajar tentang diri, sekeliling dan sebagainya.
Teruslah mencari untuk terus memberi. Pilihan di tangan anda.