Wednesday, January 27, 2010

Ujian tanda sayangnya


..Betapa ALLAH menguji hambaNya sesuai dengan kesanggupan hambaNya..
Mohon doa dari semua
ALLAH, permudahkan urusan Mas Afzal..



Menjadi peringatan buat diri, andai sakitnya dia masih lagi bersungguh-sungguh menyumbang sesuatu untuk agamanya, maka aku juga perlu bersungguh-sungguh malah perlu lebih lagi dari dirinya..MasyaALLAH!


ketika cuti musim sejuk yang lepas..FUIYO09
[gambar ihsan]


Sunday, January 24, 2010

HAITI




Ikuti kisahnya Selasa ini.


Nampaknya waktu ceramah clash dengan hal lain saya. Perlukah redha sahaja tidak turut serta?Redha sahaja. Hal lain ini lebih awlawiyat nya, InsyaALLAH. Tapi sebar-sebarkan ya Talk ini!:)


Saturday, January 23, 2010

Kakak dan Adik


nurina sudah berhenti sekolah. kakak, kakak..manja!




amnan pula selalu sakit. kenapa lah dengan adik ni?



Wednesday, January 20, 2010

Munakahat = Nikah



Comelnya buat tazkirah sama-sama. :D



Terima kasih kepada penganjur ceramah munakahat ini. MasyaALLAH, ramainya bilangan pendengar ceramah, Kahwin Sekarang atau Karang anjuran warga Warwick ini. Semangat semuanya! Mungkin sebab tajuk ceramah sedikit unik lantas boleh menarik ramai manusia yang mahu sertai. Kahwin atau belum pendengarnya, lain cerita ya!

Memang saya tahu kahwin atau nikah itu adalah ibadah. Namun saya jarang untuk memperhalusinya. Adakah kita kahwin kerana teringin, kemahuan, tengok sahabat kahwin lantas mahu juga, ataupun melihat perkahwinan itu sesuatu yang boleh dibanggakan (aku sudah, kasihan engkau tak kahwin lagi.). Moga bukan ini tujuannya.

Apa yang saya dapat? Sedikit sebanyak perlu dikongsi.


Fitrah
Islam agama fitrah. Semua manusia memiliki fitrah untuk makan dan minum. Namun cantiknya Islam, Islam ajar agar orang Muslim makan dan minum yang halal sahaja. Begitulah juga cinta. Cinta yang halal hanyalah nikah. Kalau tidak mahu nikah lagi, Abang Johari (penceramah) anjurkan untuk berkhitbah (melamar). Sudah ada calon? Pergilah melamar, carilah orang tengah, nanti terlepas susah pula. Arahan kepada pembaca lelaki sebab perempuan malu-malu untuk melamar. Perempuan, saya faham perasaanmu. (Konklusi sendiri).


Baitul Muslim
Pernikahan yang baik bakal memperhebatkan lagi suasana dakwah. Tidak hairanlah peranan Baitul Muslim itu sangatlah penting dalam sesebuah organisasi Islam. Dari sinilah, titik tolak dalam memastikan generasi seterusnya adalah terdiri daripada mujahid-mujahid kecil yang bersedia memperjuangkan kalimah ALLAH di muka bumi ini. Tertegaknya Islam di dunia ini bukanlah memerlukan masa 2-3 tahun, malah berapa lamakah masanya pun kita belum pasti selagi masih ada umat Islam yang tertindas. Ingat, kita hidup bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga. Maka, perlulah kita memastikan generasi seterusnya adalah mereka yang berJIWA BESAR untuk kelangsungan dakwah. Besar impak Baitul Muslim!


Memilih pasangan
Penting buat diri untuk memilih pasangan yang baik. Namun, bertepuk sebelah tangan akan tiada hasilnya. Maka, dirimu yang memilih kena MENJADI apa yang kau mahu. Mungkin ada yang berpendapat 'melengkapi antara satu sama lain' menjadi titik penyelesaian untuk kurang berusaha untuk MENJADI, namun sejauh mana kita tahu pasangan kita itu melengkapi apa-apa yang tidak lengkap pada diri sendiri? Katakanlah kau MENJADI kerana ALLAH, bukan penamat niatnya adalah ingin mencari jodoh yang baik sahaja. Engkau berusahalah, pasti ALLAH berikan yang terbaik. Andai berusaha untuk malas, redhalah atas 'usaha' malasmu. Terimalah pasanganmu yang malas!


“Say, ‘My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.’” (6:162)



Dakwah
Mereka yang membawa dan berusaha untuk memartabatkan Islam tidak ramai, hanya sedikit sahaja. Yang istiqamah juga sedikit bilangannya. Ada yang letih, penat, mahu full-time bersama keluarga selepas nikah, dan banyak lagi alasan. Penulis ini pun tidak pasti bila masanya ALLAH tarik nikmat semangat yang ada di dalam hati. Naudzubillah min zalik, Ya Rabb. Maka sahabat, ingatkan saya andai satu hari nanti saya futur, ajaklah saya kembali! Ingatkan saya untuk apa saya penat-penat buat kerja dakwah! Tolong ya. Serius ni. Nanti saya takut saya mati sia-sia. Biarlah saya mati ketika saya masih bersemangat dan terus istiqamah.

Oleh yang demikian, untuk memastikan diri terus dalam medan dakwah, antaranya perlu ada kefahaman, kahwin itu ibadah. Peranan pasangan adalah memberi nasihat dan sokongan, bukan penghalang usaha!

JANGAN KAHWIN SUKA-SUKA! Amat rugilah andai isu perkahwinan ini dipermain-mainkan. Kita bukan artis,orang popular yang sesuka hati kahwin-cerai-kahwin-cerai. Tidak suka, cerai! Ini bukan misi dan visi seorang da'i. Yang membawa Islam kena luar biasa. Luar biasa dari segi misi dan visi untuk meraih redha ALLAH. Kitalah yang berperanan untuk memastikan fikrah mujahid-mujahid kecil nanti adalah untuk Islam. Andai kahwinmu tiada misi dan visi yang benar, moga Allah tunjukkan jalan untuk anak-anakmu dan generasimu kepada Islam.


Saya menulis ini lebih kepada menasihati diri sendiri. Usaha pun masih Grade D. Maka, perlu lagi saya naikkan kecemerlangannya. Konklusinya, saya perlu mencapai sekurang-kurang Grade C+ untuk bersedia menjalani ibadah yang satu ini. Kerana hidup ini satu perjalanan yang belum tahu bila penghujungnya, saya doakan semoga usaha saya ke grade yang lebih tinggi dibantu oleh seseorang yang turut berusaha juga. Ameen. (Tolong berhenti membaca sekejap untuk ameenkan doa saya.)

Saya dengan rendah hatinya tumpang seronok dan bahagia atas perkhabaran indah dari kakak-kakak dan abang-abang yang bakal dan sudah melangsungkan perkahwinan. Tahniah buat Kak Maizatul dan Hazman Hadi, serta yang ditunggu-tunggu, Kak Zaffan dan bakal suaminya untuk ibadah bulan Mac ini. Semoga berjalan dengan penuh rahmat dan kasih sayang. (Tolong berhenti membaca sekejap untuk ameenkan doa saya.). Dan ramai lagi mereka di luar sana yang mendirikan baitul muslim dengan misi dan visi yang jelas. Moga dakwah kalian terus kencang. Doakan kami untuk sama-sama menyahut seruan ini dengan sebaiknya. :)

Allahumma Ameen.



Arahan Peperiksaan


Satu arahan,

"You are not allowed to talk to anyone else in the hall during the exam,"

Arahan dari guru pengawas di dewan tadi. Satu arahan biasa bagi saya. Siapa yang sempat dan mahu bercakap ketika peperiksaan? Semuanya tekun mem'bedal' kertas soalan. Kan?

Tetapi, anda silap. Kita boleh bercakap ketika peperiksaan! Berkomunikasilah dengan ALLAH, setiap soalan yang dijawab mohonlah untuk diberi petunjuk. Bukankah itu komunikasi namanya?

"ALLAH, permudahkahlah."

"ALLAH, bantulah aku."

Ternyata, kita 'bising' juga waktu peperiksaan, kan? Samalah seperti penulis. Berserah sahajalah.



masih berbaki satu lagi modul untuk dicemerlangkan (cemerlang?) ketika ini.




Tuesday, January 19, 2010

BLOG

Ah, comelnya. Generasi Al-Quran. :)


Sekarang, baru saya nampak apa yang saya boleh lakukan untuk blog saya ini.
TuTUp!BuaNG?


Hah, tidak mungkin. Walaupun acapkali menutupnya kerana tidak mahu pengunjung datang tanpa bacaan. Maafkan saya! :)


Walau pada awalnya, berblog kerana suka-suka, tapi insyaALLAH, saya berazam untuk kembalikan diri dengan menjelaskan lagi fikrah saya mengapa saya menulis.


Teringin jadi hebat seperti mereka di luar sana. Kuatkah semangatku?
Tinta yang menggegar, bisakah?


Saya kurang optimis. Tapi akan cuba sebaik boleh.
Rentak apa yang mahu dipersembahkan, ya?


Teleconference bersama Ummu Husna





Moga kita antara yang ALLAH pilih hatinya untuk ke majlis ilmu.
Untuk mereka-mereka yang berada di Malaysia (muslimat sahaja), boleh sertai sekali pada pukul 3 pagi waktu Malaysia. Selepas TC boleh Qiyamullail. :)


Wallahu'alam..

Terima kasih Fatin atas semangat anda. Semoga kami antara yang terus bersemangat. Ameen.

Sunday, January 17, 2010

LOVE



Kala bosan menjelma, cuba lagi mengasah bakat. Ada bakat ke?
Rabu exam lagi, study sikit ja, main banyak lagi!
Okey, sambung study!
Yosh!



Saturday, January 16, 2010

KuPohon

Dia..
Yang akan selalu mengingatkan aku tentangMu,
Yang akan selalu menceritakan kebesaranMu padaku,
Yang akan selalu mengingatkan aku tentang SYURGA dan NERAKAMU,
Yang senantiasa menghidupkan malam kami dengan tahajjud padaMu,
Yang senantiasa menaikkan semangatku untuk terus tsabat pada jalan ini,
Yang senantiasa bersamaku walau apapun kesusahanku.


ALLAH, aku pohon. Namun aku perlu menjadi antara yang ku mahu.
Terasa diri tidak semulia ini. Astaghfirullah.


-monolog doa-

Friday, January 15, 2010

Belum Kita Lupakan

Belum Kita Lupakan - Now See Heart



Luka yang lama belum kita lupakan,
Hangat terasa bahang yang menyakitkan,
Harapan dan keyakinanmu membutakan segalanya,
Hanyut dalam genggaman memusnahkan kita,

Segala yang berlaku bukanlah niatku,
Maafkan diriku keterlanjuran lalu,

Masih belum lewat untuk kita bertaubat,
Menilai dosa walau diri terhina,
Redha dan keampunanNya mengatasi segalanya,
Sinar dalam gelita harapan terbina,

Segala yang berlaku bukanlah niatku,
Maafkan diriku keterlanjuran lalu,

Segala yang berlaku bukanlah niatku,
Maafkan diriku keterlanjuran lalu,



p/s:Tetiba suka lagu ni.

Thursday, January 14, 2010

Mati


Mati itu PASTI.
Apa bekal, tuan rumah?




Saya dengan rendah hatinya mengajak semua pembaca melayari blog-blog di atas untuk mendapat sedikit ibrah dari kisah yang berlaku. ALLAH, jalan dia sungguh manis bertemuMu. Pilihlah kami juga, walaupun terasa diri, daki dosanya seluruh badan terpalit.

Ikhlas melaksanakan titah, ini bukan tasyrif(kemuliaan) tapi satu taklifan(amanah). Kau punya tanggungjawab, aku juga punya satu. Kita gerak sama-sama, kita menang dan syahid sama-sama. Indahnya andai kau dan aku tahu.

Allah, gerakkan hati mereka terutamanya aku. Jangan biarkan lorong ini kosong tanpa semangat juang kami. Pejuang syahid Ammar Zulkifli, kau telah tenang di sana. Kami juga mahu!

Ammar Zulkifli telah kembali ke alam sana pada June yang lepas. Kemalangan bersama 4 orang lagi sahabatnya ketika sedang berusaha mencari tempat program untuk rehlah. MasyaALLAH, niatnya sebelum mati indah sekali.




Tribute dari sahabat arwah.


Maka, katakan pada diri, mana infaq dirimu untuk ISLAM?


Wednesday, January 13, 2010

Biarlah

Terasa ingin bicara,
Namun masih tiada cara,
Biarlah perasaan lara,
Disimpan sementara.

Terasa ingin kukatakan,
Dalamilah bisikan,
Tiada daya kuterangkan,
Hanya berharap kau rasakan.

Luka itu masih ada,
Maka lekas aku reda,
Mengharap untuk tiada,
Namun bekas tetap ada.

Biarlah biarkan.

Kawan





Benar, saya benar maksudkan. Syukran Jazilan Kathiran



Tuesday, January 12, 2010

HIDUP INI



Alhamdulillah selesai menjawab linear Algebra pagi tadi. Banyak soalan yang mirip soalan tahun-tahun lepas. Tapi banyak jugak yang hamba tak ingat. Biasalah manusia ni, lupanya banyak. :P

Minggu ni Nurina dah mula bersekolah tapi masuk Taska dulu la. Entah Taska apa, tapi kalau anak saya nanti, haruslah saya masukkan dia ke PASTI. Itu impian saya. Semoga ALLAH bukakan hati anak-anak saya untuk bersekolah di sana. Aish, anak-anakku, ikut kata ibu tau! (eh, macam dah ada anak pulak cakap begini. Adoi!)

Tapi itu impian. Tidak mengapalah kan? Perlu ada rancangan untuk masa hadapan. Selebihnya kita serah pada ALLAH untuk menjayakan atau 'memusnahkan' dengan menggantikan impian saya dengan sesuatu yang lebih baik, InsyaALLAH.

Awal-awal lagi Nurina pun sudah mula tunjuk perangai. Bukan calang-calang nak bekal KFC ke Taska. Hai, budak-budak ni, manja sangat! Entah apa entah cerita. Tidak berkesempatan untuk menghubungi keluarga di sana. Ini pun dapat berita dari kakak melalui perbualan di yahoo messenger. Nurina, nurina.

Sudah besar rupanya anak buah saya ni. Saya pun dah berusia 23 Tahun. MasyaALLAH, cepatnya masa berlalu. Syukur ALLAH panjangkan usia saya ke jangka ini. Sekiranya tidak, saya pon tidak tahu bekal apa untuk di bawa ke sana. Sekarang pun, masih terkapai-kapai mencari bekal. ALLAH, bantulah.

Untuk usia yang semakin matang ini, soal jodoh, soal mati, soal anak-anak, soal keluarga sering menyinggah ke fikiran. Mungkin tidak sempat pon bertemu jodoh, ALLAH dah tarik nyawa saya. Mungkin tak sempat pun punya anak, ALLAH tarik kebahagiaan saya, ALLAH tarik nyawa saya. Memang hidup ini pun sudah satu ujian. ALLAH, beratnya.

ALLAH hanya kau yang mengetahui. Pimpinlah hati-hati kami untuk lebih dekat denganMu.


akma




Sunday, January 10, 2010

FUTUR

Erti Futur

Futur adalah perkataan dari bahasa Arab asalnya ia bermakna terputus, berhenti, malas dan lambat, setelah sebelumnya konsisten dan rajin. Dalam konteks amal dakwah, ia adalah satu penyakit yang menimpa aktivis dakwah dalam bentuk rasa malas, menunda-nunda, berlambat-lambat dan yang paling buruk ialah berhenti dari melakukan amal dakwah. Sedangkan sebelumnya ia adalah seorang yang aktif dan beriltizam.

Fenomena ini adalah satu perkara yang biasa berlaku dan dihadapi oleh ramai mereka yang bertangungjawab dalam mentarbiyah para aktivis dakwah. Hakikat ini adalah kerana futur merupakan sifat semula jadi manusia. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadits yang bermaksud;

“Sesungguhnya bagi setiap amalan adalah masa-masa rajin dan tiap-tiap masa rajin ada futur. Namun barangsiapa yang futurnya menjurus kepada sunnahku, maka sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk. Barangsiapa pula yang futurnya menjurus kepada selain sunnahku, maka ia telah tersesat.” (Riwayat Al-Bazzar)


Bahaya Futur

1. Pengabaian kepada amanah.

Futur menyebabkan seorang aktivis dakwah bermalas dalam menunaikan tugas dakwahnya. Ini kadangkala sehingga menyebabkan tugas berkenaan lewat disempurnakan atau terbengkalai sehingga mengganggu keseluruhan projek yang hendak dilaksanakan. Apa jua pengabaian kepada kewajiban adalah pelanggaran amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah taala.


2. Gugur dari jalan dakwah.


Sekiranya futur tidak ditangani atau dibiarkan tanpa dirawat, ia akan menjadi satu tabiat. Lama-lama, perasaan ini menjadi sebati dan aktivis berkenaan menjadi semakin jauh dari amal dakwah. Akhirnya, ia terus tidak lagi terbabit dalam amal dakwah. Apabila seorang itu gugur dari jalan dakwah, maka ia telah hilang banyak kebaikan dari usaha dakwah. Lebih buruk lagi, ia telah mengabaikan kewajiban dakwah yang ditaklifkan ke atasnya sebagai seorang Muslim.


3. Mengakhiri kehidupan dalam keadaan yang futur.


Apabila seseorang itu berlama-lama dalam keadaan futur sehingga menjadi kebiasaannya, maka ia menanggung risiko besar untuk mati dalam keadaan sedemikian kerana dia tidak tahu akan masa kematiannya. Adalah ditakuti, jika Allah taala mengambil nyawanya sedangkan dia dalam keadaan futur, sedangkan Allah taala menghisab amal manusia berdasarkan akhir hayatnya.

Maka sebab itulah, Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas...”
(Riwayat Abu Daud)


Di dalam sebuah hadits, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Sesungguhnya seorang hamba itu ada yang melakukan amalan ahli neraka padahal ia termasuk ahli syurga, dan ada pula yang mengamalkan amalan ahli syurga padahal ia termasuk ahli neraka. Sesungguhnya amal itu tergantung pada kesudahannya.”
(Riwayat Al-Bukhari
)

Kenapa Futur Berlaku?


1. Melakukan amalan agama secara berlebihan, melampau atau memaksa diri.

Ramai aktivis dakwah begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga tidak memerhatikan aturan alam, anjuran Islam dan keupayaan diri. Akhirnya apabila naluri semulajadi futur muncul, ia menjadi lemah, jenuh dan bosan sebagaimana yang dinyatakan oleh hadits di atas. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w menganjurkan dalam sabdanya yang bermaksud;
“Jangan kamu memberat-beratkan diri. Nanti akan diberatkan ke atasmu.”
(Riwayat Abu Daud)

“Tidaklah seseorang memberatkan diri dalam bergama, melainkan ia akan dikalahkan olehnya.” (Riwayat Al-Bukhari)


Oleh itu, pembimbing tarbiyah mestilah mendidik aktivis dakwah untuk mengikuti anjuran Rasulullah s.a.w dalam hadits yang bermaksud;

“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingg akamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling
disukai oleh Allah ialah yanag dilakukan secara rutin walau pun sedikit.”
Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


2. Suka berlebih-lebih dalam perkara yang mubah.

Satu contoh ialah berlebihan dalam pemakanan. Walau pun makan adalah satu keharusan tetapi apabila seseorang itu berlebihan dalamnya, ia akan memberi kesan kepada tubuh dan rohaninya. Badannya menjadi gemuk dan berat untuk aktif yang menatijahkan rasa malas.

Contoh lain ialah tabiat melayari internet atau berchat. Apabila seseorang berlebihan dalamnya, ia akan merasa ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk on9 dan berchat. Akibatnya masa untuk dakwah menjadi kurang dan ia sering merasa konflik antara menggunakan masa untuk amal dakwah dengan tabiat melayari tenet dan berchat.

3. Suka bersendiri dan berjauhan dari berjamaah.

Apabila seorang aktivis suka bersendiri, maka dia telah hilang satu benteng pertahanan dari syaitan kerana Rasulullah s.a.w bersabda bahawa syaitan itu lebih dekat kepada seorang dari kepada dua orang dan lebih dekat kepada dua orang dari kepada tiga orang. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal dakwah.

4. Kurang mengingati mati dan Akhirat.

Antara faktor pendorong kuat dalam amal dakwah ialah hasrat mendapat pahala, rasa rindu dengan syurga, takut akan dosa dan siksa neraka. Kesemua ini berkaitan dengan mengingati akhirat. Oleh itu, apabila mengingati akhirat berkurangan, ia akan diganti dengan ingatan kepada benda-benda lain. Natijahnya faktor pendorong menjadi lemah dan futur menguasai diri.

Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk ditarbiyah agar mempunyai rutin ibadah tertentu yang akan terus mengingatkannya akan akhirat, bukan hanya bercakap mengenai fikrah atau menumpu pada kemahiran semata-mata.

5. Lengah dengan syubhat dan dosa.


Manusia akan pasti melakukan silap dan dosa tetapi ia tidak boleh mempunyai sikap toleransi dengan dosa atau bertoleransi setelah melakukannya kerana dosa akan membina titik hitam. Jika titik itu tidak dibiarkan ia akan melemahkan semangat dan mengakibatkan futur.

6. Membataskan aktiviti pada aspek tertentu sahaja.


Antara punca rasa jemu ialah tiada kepelbagaian. Oleh itu, pembimbing tarbiyah hendaklah membimbing para aktivis dakwah untuk mempelbagaikan segala tidakannya. Ia mesti mempelbagaikan ibadah mereka agar apabila mereka jemu pada satu ibadah, mereka masih melazimi satu ibadah yang lain. Ia mesti mempelbagaikan corak amal dakwah mereka agar mereka tidak mudah jemu dan bosan. Dengan itu, kemungkinan futur menjadi rendah.

7. Melupakan sunnah alam.

Futur berlaku juga apabila seseorang itu dalam melakukan amal dakwahnya tanpa mengikut aturan alam seperti mahu satu perubahan yang segera dan cepat, tidak realistik dengan harapannya, sehingga apabila usahanya selalu gagal, ia menjadi putus asa.

Termasuk dalam memelihara sunnah alam ialah menunaikan hak badan, keluarga dan hak-hak lain. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Sesungguhnya Tuhanmu mempunyai hak atasmu, dirimu mempunyai hak atasmu, keluargamu jug amempunyai hak atasmu. Oleh itu, berikan setiap yang punya hak, akan haknya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Selain pembimbing tarbiyah sentiasa memerhatikan aspek ini dalam diri para aktivis, dia hendaklah memastikan agar tidak menjadi punca para aktivis mengabaikan hak-hak yang lain dengan memberi tugas-tugas atau tuntutan yang berlebihan.


8. Tidak ada persiapan menghadapi cabaran di jalan dakwah.


Jalan dakwah sentiasa dipenuhi oleh ujian. Seseorang yang tidak bersedia atau mempunyai persiapan akan pasti ditewaskan oleh ujian ini. Maka sebab itulah penting bagi aktivis dakwah untuk melalui program tarbiyah yang sistematik sebagai salah satu mekanisme persiapan di jalan dakwah.

Pembimbing tarbiyah tidak boleh hanya seronok melihat kesibukan aktivis dakwah dengan pelbagai projek sehingga tidak ada masa untuk tarbiyah.

9. Lebih banyak bercampur dengan teman-teman.


Rasulullah s.a.w bersabda yang bemaksud;
“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.” (Riwayat Abu Daud)
Maka sebab itu penting bagi pembimbing tarbiyah untuk membina kemesraan dengan para aktivis dan kemesraan sesama mereka. Dengan kemesraan itu, mereka saling mengasihi dan menjadi teman yang terbaik antara satu sama lain. Dengan itu juga, mereka tidak condong kepada golongan-golongan lain untuk dijadikan teman. Ini adalah cara yang lebih baik dari cuba control atau halang seseorang aktivis dari berkawan dengan yang lain.

10. Bekerja untuk dakwah tanpa bersistem.

Apabila seseorang bekerja tanpa ikut sistem dan perancangan yang baik, ia akan memenatkan diri sendiri dan kurang mendapat hasil yang baik. Ini pastinya akan menjejas semangat dan komitmennya.

Menjadi tanggungjawab pembimbing tarbiyah untuk menyepadukan pembinaan kemahiran yang betul sebagai sebahagian dari program tarbiyah bag imengelakkan faktor ini. Di samping itu, pembimbing tarbiyah sendiri mestilah menjadi contoh yang baik.

Artikel ini dipetik dari tulisan buku Afat `Ala Tariq oleh Dr. Sayyid Muhammad Nuh dan terjemahannya bertajuk Terapi Mental Aktivis Harakah, terbitan Pustaka Mantiq, Indonesia, 1995.


p/s:Doakan tuan punya blog sentiasa beringat dan mengingati sahabat-sahabatnya..Ameen~

Friday, January 08, 2010

HEBAT



Maafkan saya andai tidak berkata-kata.
Maafkan jua andai masih ada baki rasa.
Rasa ini sememangnya lama perlu tiada.
Entah mengapa tanpa segan masih ada.

Allah, selamatkan hati ini.
Kerana aku mahu HEBAT.
HEBAT di matamu Ya ALLAH.
Bukan dia.


p/s:entah berapa lama menutup blog ini.