Sunday, May 30, 2010

Hilang lagi.

Dear fellow students


Some students have expressed that the Classical Mechanics (AMA2001) exam on 24 May was very unfair. I have felt the same.


So could you please respond to this email (j***jumon01@qub.ac.uk) about how your felt about the exam, and let me have any other comments that would help to escalate this issue?


Further, if a majority of you feels that we should.


Thanking you


John Kunjumon

Year representative Applied Mathematics


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Wah, bagus ketua kami ni. Saya ingat saya ja yang frust tak sudah dengan paper hari tu, rupanya majoriti berperasaan yang sama. T_T


Dompet hilang lagi buat kali ke-2. 3 kad bank, Euro20, ada syiling sikit-sikit dan Lesen Memandu Percubaan di dalam dompet berkenaan. Sedih betul. Moga hati ini tetap tenang. Sudahlah mahu exam Selasa ini. Diuji pula dengan kehilangan dompet. :)


Macam mana ye nak setel pasal Lesen Memandu ni..??


Allah benar-benar sayang saya. :) :) :)


Owh inilah saya kalau nak tahu. Sangat cuai dengan hartanya. T_T


p/s: Kejutan demi kejutan. Tahniah buat Kak Zaza (Aberdeen) & Faisal (Leeds) dan Kak Hanis (DUblin) & Syurahbil (Dublin). Semoga perkahwinan diberkati. Banyak betul kejutan nak-nak summer ni. Alhamdulillah. :)



Friday, May 28, 2010

She is happily married now.



Alhamdulillah..
Semoga bahagia hingga ke syurga. :)

Tak sabar nak tengok banyak-banyak-banyak gambar my kazen.
Sedih tak dapat pergi. :')


Wednesday, May 26, 2010

Balik Balik

ambik gambar ni dari google. Kuching International Airport, KIA.


Baru balik dari library. Pening kepala duduk library dari pagi sampai ke petang. Gementar juga ni untuk exam esok. Malam ni nak tido awal, bangun awal dan baca notes kejap sebelum masuk dewan 930 pagi esok waktu UK.

Persiapan, entah banyak macam tak siap. Semalam sempat lagi membeli tiket balik Malaysia. Alhamdulillah, walaupun tiket agak mahal. Nak buat macam mana, sudahnya menetap di Kuching kena bayar lebih sikit.

London--->Dubai---->Brunei--->Kuching

Malas nak ambik flight dari London ke KL. Nak kena fikir beli tiket pergi Kuching pula lepas tu. Takmolah. Takpalah bayar lebih pon. Semuanya GBP683+ return. Mahal tapi tak kisahlah. Puas hati. hoho.

Mohon doa dari sahabat semua agar saya dan rakan-rakan diberikan ilham menjawab exam esok dan hari seterusnya. Cepat tadah tangan!




Monday, May 24, 2010

Kisah WOW

WOW! tahniah farahsuke hijou atas poster ini. WOW!


Classical paper tadi sedikit membingungkan. tak WOW pon. Rajin cikgu buat soalan baru. Dahlah semua topik pula tu. Langsung tak sama dengan past papers. Nota pon macam tak ada baca pon apa yang cikgu soalkan dalam paper tu. owh mungkin ada cuma saya payah nak berfikir di luar kotak.

Khamis ini Analysis pula. Emm, subjek terawal dibelajar. WOW kan? Tapi macam banyak dah tak ingat. T_T. Saya bab hafal ni memang lemah. Owh analysis ni bukan kira-kira. Sekadar analysis. Heh. Macam banyak proof, lemma, theorem bagai yang perlu dihafal. (dejavu, macam pernah cakap sebelum ini).

Selepas exam tadi, melangkah longlai keluar dari dewan peperiksaan. Mencongak-congak soalan mana yang boleh dapat markah simpati. Owh macam perlu markah simpati! Moga ALLAH lapangkan hati pemeriksa dan dimurahkan hatinya untuk memberi markah yang baik pada paper saya. Sambil menadah tangan. \../ <<---ada macam orang menadah tangan tak ni? WOW!


Dah malas nak WOW banyak-banyak. Masih tak start lagi revise next paper waktu menulis ini. Tak WOW, tak WOW!


Sunday, May 23, 2010

Sebelum Terlena



video siapa entah jumpa kat Youtube.
Ustaz Ramadhan :)

Memang sedih lagu ini. huk3.
Tetiba rasa lama tak pergi program ilmu.
InsyaALLAH beberapa bulan lagi. :)


Sebelum Mata Terlena

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu



Saturday, May 22, 2010

Bencilah tuan blog ni!

Minggu ini ialah minggu paling jahat dalam duniaku!
BENCI BENCI BENCI!
Benci tuan blog ini!
Tak pernah nak berubah!

Ya ALLAH, bantulah aku membaiki solatku, amalku, ibadatku dan niatku hanya untukMu.
Pergi pukul diri sendiri sedas dua sebab tak berubah.
Macam mana nak jumpa ALLAH dengan amal macam tak bagus ni?
T_T

Allah.......:(

Tekanan

Emm, masuk musim exam memang banyak sangat perasaan yang bermain di jiwa.

Nak BALIK!

Nak BALIK!

Nak BALIK!

Nak KAWEN! <<<-----Saja exaggerate!

Kadang-kadang perasaan kadang-kadang suka, sedih, hyper gembira, hyper sedih. Memang macam-macam. Kadang-kadang, rasa tersisih, rasa benci, buruk sangka pon selalu. Tapi apa yang boleh saya konklusikan di sini ialah, rasa negatif ja banyak keluar waktu-waktu exam ni.

TAK SUKA!

Akma, grow up lah please. Awak bukan budak-budak lagi tau. Tak suka, buatlah jadi suka. Buat benda yang awak suka buat. Jangan buat benda yang tak disuka. Eh apa ni? T_T

Buhsan ar. Tak sabar nak habis exam. Nak pergi Cardiff membawa diri, prepare untuk paper summer pulak lepas ni. Buat yang terbaik. Sudah, buang jauh-jauh perasaan tak best dalam diri. Jangan biar lama-lama. Nanti makin bernanah. T_T



Yang rasa terasing di malam ini,
cengkih. <<--macam cool pulak guna nama pena ini. ok tak, ok tak? :P

Friday, May 21, 2010

Suami Oh Suami

YAN: “Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta,” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan.

Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain.

Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.

“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan.
“Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.

Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan.

“Dia mengheret saya ke depan tempat letak kereta dan menendang muka saya. Ketika itu dia memakai kasut but dan tendangan itu menyebabkan saya pengsan selama sejam di situ,” katanya.

Che Azaini yang kini menetap di Guar Chempedak berkata, dia ke Pulau Pinang bersama kakak angkat dan anaknya kerana bimbang perkara buruk berlaku.

“Nasib baik kakak angkat ada di situ. Dia yang menghantar saya ke tempat kerja suami kerana kasihankan saya menanggung sengsara sendirian.

“Selepas tersedar pengsan kira-kira jam 11.30 malam, saya hubungi kakak angkat memaklumkan kejadian itu.

“Dia menghantar saya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan kerana saya masih dalam berpantang sebelum dirujuk ke Hospital Yan,” katanya sebak.

Che Azaini Suyana yang terkilan dengan suaminya, pasrah dengan apa yang terjadi kerana masalah mereka berlarutan sejak empat tahun lalu.

“Saya banyak bersabar melayan kerenah dia. Saya tahu dia ada hubungan dengan wanita lain sebab itu dia tidak ambil peduli kami dan enggan memulangkan kereta saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Perai.

Sementara itu, jurucakap polis Seberang Perai Tengah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan berkata siasatan masih dijalankan. - sumber dr Harian Metro


Nota Kaki:
Penting untuk tahu tujuan sebuah perkahwinan. Perkahwinan bukan sesuatu yang suka-suka. Kalau bukan isteri menjadi mangsa, anak juga terseksa sama kerana suami jenis begini. Wanita, jangan jadi perosak rumah tangga orang. Pesanan untuk diri sendiri dan yang membacanya.


Wednesday, May 19, 2010

EXAMS

GooD LucK everyone! :)

Semoga diberkati segala usaha. Ameen.


Monday, May 17, 2010

Kenduri Kahwin Mereka

comel gak cincin kahwin nih. :P


Alhamdulillah..:)

Cepat sungguh masa berlalu ye. Tiba-tiba dah masuk fasa kahwin-kahwin dah sekarang. :P. InsyaALLAH 2 orang sahabat satu sekolah dahulu mengikut jejak Najib dan Flory ke jinjang pelamin. Fuh, Flory lagilah, terkejut beruk bila tengok facebook beliau. Dah besar anak pertama dia kott...! Anak kedua masih dalam perut mummynya itu..

Tahniah buat Sarina dan Ernie yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama (owh rasanya). Tapi dekat jugaklah. Hari ini majlis erni, esok pulak majlis sarina. Masing-masing bersanding 2 dan 3 June ini. Wah, sedih tak dapat nak hadir! T_T

Kazen terdekat dan terapat pun akan kahwin 30hb Mei ini. Allah, ini lagi sedih tak dapat hadir. Lama jugak diorang ni bertunang. Alhamdulillah sampai jodoh mereka 30hb nanti, InsyaALLAH. nak bagi apa ye hadiahnya? adeyh, nak kena cari hadiah untuk diorang ni. waaa, banyaknye kenduri kahwin!

Agak-agak hadiah apa yang best dan senang untuk di bawa balik? Pinggan mangkuk tak usahlah, tak mahu daku membawanya. Nak beli kat Sarawak pon malas lah pulak. Tak konfirm lagi tu dapat jalan-jalan kat Kuching membeli-belah. Kat Serian apa ada? takde pape kottt~

Owh, sekalung dua kalung diucapkan kepada semua. Tak sangka, kan? Emm, penulis ini pon tak tahu bila jodohnya sampai. Dan saya juga mendoakan agar kakak sulungku bertemu jodoh dengan segera! :P

Semoga berbahagia buat semua.



Saturday, May 15, 2010

Apabila bosan 'mambaca' matematik

selalu 'imagine' nak ke library untuk study. tapi selalu tertewas sebab malas nak jalan pergi library. huhu. T_T



kek selamat menghadapi peperiksaan dari kak ninie. nyum nyum. sedap! lepas exam nak belajar buat kek!yosh! terima kasih kak ninie. terasa disayangi. hehe




ini konon nak cari tips belajar bersungguh-sungguh. huhu. exam seminggu lagi. T_T
motivasi motivasi.




cuba membuang 'jahiliyyah adamaya' dalam diri. saya try google yang ini. haha. harap berhasil. :)


Friday, May 14, 2010

Random random

hiasan di dinding ketika bosan-bosan tengok bilik kosong semester lepas.
maka terhasillah hiasan ini.


Baru 3 hari tak menulis, rasa macam dah lama tak singgah blog sendiri. :P. Nak kata sibuk tak jugak sebab layan ja tengok adamaya tiap-tiap hari. fuh, nasiblah adamaya habis dah, kalau tak memang terkorban lagi masa studyku. eh ye ker?

Seminggu lagi exam akan tiba. Persediaan masih ala kadar. Emm, apa nak jadi? Sesungguhnya matematik kat sini bukanlah mengira tapi menghafal dan memerlukan kefahaman yang sangat mantap. saya dah terhuyung hayang nak menghafal semua theorem, proof, lemma dan segala bagai. jeles jugak tengok orang lain boleh buat study group tapi saya sendiri study no group. heh.

Owh, owh..sesuatu yang sangat saya suka minggu ini ialah cubaan membuat tiramisu!Alhamdulillah berjaya jugak rasanya, macam sedap setanding dengan tiramisu farahin, wan dan atykah. haha. saya je dalam rumah ini tak pernah nak buat makanan-makanan pelik (pelik ke?) macam ni. Jadi tengah cikgu dok ngajar kat depan tetiba teringin nak buat. Ini kes mengelamun semasa cikgu ajar. Cubaan seterusnya selepas exam ialah cheesecake. Yosh!


tiramisu pertama di Tahun Kedua. :)


Bermula dari Ogos nanti, kami akan pindah ke rumah baru. Farahin akan stay dengan adik-adik second year medic. Huhu. Tinggallah kami bertiga nanti sebab farahin belum final year lagi, kami bertiga dah final dah. Jadi inilah yang terbaik. Cewah. Tapi rumah baru sangat cantik (owh mungkin) tapi kecik sikit lah. Tapi oklah sebab 3 orang sahaja penghuninya. Sangat macam duduk dalam rumah. (apekah?)

Sepatutnya hari ini saya boleh sahaja menghadirkan diri ke kelas. Tapi macam 'termalas' sebab cikgu cakap tak wajib. Siapa nak mintak khidmat nasihat dan tunjuk ajar boleh datang. Mungkin saya sangat memerlukan khidmat tunjuk ajar tapi tak tergerak-gerak nak bersiap pagi tadi. Masih menatap nota Pure yang perlu diulang-ulang pembacaan. Hati kotor ni, tu pasal susah nak hafal. :(

Teringat pula dengan surah hafanku. Hutang surah hafazan saya dah banyak dah sekarang. Ada 5 surah, Al-Muzammil, An-Nuh, Al-Buruj, An-Naba', dan As-Saff. Adeyh, bila nak revise balik ni? T_T



ketika kelas masih kosong, saya sempat ambil gambar kelas untuk kenangan. hoho


ok bye.

Tuesday, May 11, 2010

getting married

Once getting married, everything would be doubled..
i. decision making process (you would need to have an approval)
ii. finance (you have to think about ours instead of mine, both needs and demand, balancing it)
iii. food (prepare a table for two, or in few years time might be for three or more)
iv. care (you would want to iron both clothes compared to when you are single)
v. parents (officially doubled – the ‘taking care’, ‘money’ and gladly, their bless would be doubled)
vi. others

sumber: mane-mane je.


selamat menempuh hari bahagia buat kak Zaffan tersayang..mungkin senarai di atas boleh ditambah dengan dakwah..InsyaALLAH, dakwah makin laju..!
[bagaimanalah rasa itu, kan?mesti dup dap dup dap..fuh!]

Monday, May 10, 2010

rindu KY..

rindunye kat KY..T_T
bila entah nak pergi melawat KY semula??
hari last menjejakkan kaki ke KY ialah selepas MOC 2008..
punyalah payah saya dan ajah ke KY berdua..fuh, semangat!

kalau boleh masa itu diputarkan kembali, mungkin saya antara orang yang paling bahagia..
tak semua yang boleh merasa hidup di KY, banyak kenangan manis, suka duka kehidupan..
mungkin dah beratus kali saya ulang ayat yang sama, 'rindu KY, rindu KY'..
hampir 178 kali [adamaya, 2010]..

dan untuk 2 tahun akan datang, pasti saya akan rindu balik kenangan saya di Belfast ini..
adakah kenangan di sini lebih hebat penangannya dari kenanganku di KY?
T_T

KY, saya pasti kembali untuk menunaikan hasrat saya yang satu..
akad nikah di musolla.lol
hehe, taklah dan mungkin tak akan tertunai..hasrat saya nak solat kat musolla balik suatu hari nanti..:)


[haha]

Sunday, May 09, 2010

HAHA

HAHAHAHA. [ok, tak sopan!]

untuk 2 tahun lagi (kalau panjang umo) saya akan gelak dengan apa yang berlaku hari ini.
arghhhh, malu!

[malu][malu][malu]

Syukur alhamdulillah

Alhamdulillah, sempena Hari Ibu ini, mendapat berita gembira dari warga Soton. Kak Naili dah selamat melahirkan anak lelaki. Tahniah Najib, dah jadi bapak dah kitak! Wah, rasa macam mimpi bila kawan dah jadi bapa.

Teringat cerita adamaya. (hahaha)

Ok, study!

Wednesday, May 05, 2010

Tarikh-tarikh

Tarikh exams:
24 Mei, 27 Mei dan 1 June.

Pergi court balik:
25 Mei 2010

Jalan-jalan melihat alam:
8 June-23 June(mungkin)

Pindah rumah:
1 Ogos 2010

Tarikh resit:
between 17-29hb Ogos

Balik Malaysia:
entah

Adamayatv3:
ada 5 episod lagi.lol
(sungguh kenapa aku lekat dengan cerita ni?)
*adamayatv3 memang takde kaitan*


Saturday, May 01, 2010

Program di bulan Mei


aturcara majlis yang terpaksa diinjak ke pukul 1050am..bilalah semua orang mahu punctual?T_T


Alhamdulillah, sejarah 6 jam pada 1 Mei 2010 telah tercipta..walaupun agak kucar-kacir tapi sangat gembira dengan penyertaan semua yang hadir..pada awalnya, AJK terutamanya afifah agak down sebab sedikit sahaja yang datang..T_T..namun, sebagai ketua, saya tak boleh down sekali, nanti mempengaruhi anak buah yang lain..:)

Maka, diteruskan segala agenda dengan perasaan yang berbunga-bunga..walaupun ada satu aktiviti yang terpaksa dimansuhkan sebab kekangan masa (pada pukul 10 pagi, hanya kak neri dan kak nini sahaja yang baru sampai), InsyaALLAH aktiviti yang lain telah membuatkan semua yang hadir gembira..seronok bila tengok semua orang gembira..^^


kek dari Kak Linda, mami usrah kami..nombor satu tuuuu!!^^


Pertandingan membuat dan menghias kek, dan Pertandingan Video Study Circle pon telah mendapat sambutan yang masyaALLAH..suka-suka-suka!!awalnya, saya menjangkakan sedikit sahaja kakak-kakak yang masuk pertandingan kek, tapi ada 5 kek sedap-sedap sangat..adeyh sedih pulak sebab tak dapat makan semuanya...T_T (tak ingat saya ada makan kek tak ek?huhu)

Video Study Circle itu insyaALLAH menjadi kenangan buat kumpulan usrah..alhamdulillah kumpulan usrahku berjaya membuat satu video khas buat mami usrah, kak linda, hasil kolaborasi semua dan kami mendapat tempat kedua dengan seri 84 markah dengan team usrah farahin, tapi undian yang menyebabkan kami kalah..hehe, takpe, kenangan itu yang penting..InsyaALLAH..


antara yang hadir..menjangkakan 50 orang akan hadir tapi hanya 30+ hati-hati yang terpilih..alhamdulillah..


Yang tidak hadir, saya pon tak faham kenapa..promosi sudah dibuat dari bulan 2 lagi, jadi InsyaALLAH kita sudah membuat yang terbaik untuk mengajak semua datang ke Hari Ukhuwah 2010(afifah jangan sedih-sedih)..mungkin ada antara mereka yang mempunyai kekangan tersendiri, dan Allah tahu kita tak dapat handle ramai orang, jadi Dia hanya bukakan hati beberapa orang sahaja..Thank you, Allah..:)

Familiku dan saudara maraku pon sedang berprogram di Sarawak sana..alahai, seronok tengok gambar mereka berkumpul untuk family day..dah imagine mesti riuh-rendah kalau berjumpa sedara mara ni..keluarga sebelah ayah memang agak rapat, alhamdulillah..tapi kena improve lagi institusi kekeluargaan kami ini..masih ada lagi kelemahan dan kekurangan..moga keluargaku dan saudara maraku terpilih untuk bersama-sama mencari keredhaan Allah..(menjadi tanggungjawabku dan pasanganku, mungkin?)


hanya pic kanak-kanak yang terpilih untuk disiarkan..hehe..ana, dah gemuk dah kitak!samalah..ngeh3..(baju pink yg dipakai oleh ana ialah baju pemberianku..muat lagi rupenyee..comel pink+hijau..adeyh tak padan!)


ok, done dengan satu program dah, masa untuk fokus study pulakkkk!!Selepas exam baru fikir MOC boleh tak bos??Inilah 'padahnya' mendapat bos yang sangat semangat, maka saya pon perlu semangat juga..T_T..(adeyh, teringat kerja-kerja lain..)

bye.