Wednesday, October 20, 2010

Jom Masak!

Bunga yang mulai layu. Moga hati ini tidak layu dalam mengingati penciptaNya.


Alhamdulillah semakin recover dari keserabutan fikiran. Thanks to Allah sebab Dia yang bagi nikmat ketenangan pada hamba-hambaNya. Dan tidak mustahil juga ketenangan ini akan pergi kembali kerana ianya hanya pinjaman semata-mata dari Illahi. Jadi, jangan lupa mengingati Allah, nescaya hati akan tenang kembali. :)

Bermulalah episod getir dalam hidup. Hampir sebulan sudah pengajian di tahun akhir. Ketakutan untuk menghadapai peperiksaan sudah mula terasa walaupun pertengahan bulan 1 nanti barulah examnya. Mungkin trauma sebab pernah resit paper beberapa bulan yang lalu. =='

Hari ni cadang nak jemput jiran selang 2 rumah untuk dinner sekali. Adik-adik Malaysian batch bawahku. Walaupun berjiran, tak pernah pon nak menghantar makanan ke, berkunjung ke. Kesian diorang dapat jiran tak best macam kami ni. InsyaALLAH akan masak yang terbaik untuk jiran dinner ni. Tambahan pula, kebelakangan ni, saya rajin pulak nak masak itu ini (tapi baking tak belajar lagi!arghhh). Pulun belajar masak ke ape? Tapi tak boleh lawan wan lah. Ada ja resipi terbaru beliau. =)

Tak dinafikan, memang kat UK inilah nak belajar masak. Kalau kat rumah jangan harap deyh. Mesti mak yang masak, takpun kakak sebab diorang ada suami. Saya belum lagi, jadi tak boleh masak selalu sangat. Hehe boleh tak macam tu? Adalah jugak sekali -sekala masak kat rumah, tapi tak confident pon sebab takut pada penerimaan famili untuk masakan bujang tersebut. Jadi akan berhati-hati memasak. Urgh, tak boleh bayang masak bersama mak mertua ke ape. Lagilah cuak. Mak sendiri pon saya dah cuak nak masak-masak. Saya harap mak mertua faham akan kecuakan ini. =='

Eh ape ni?Ok done with mak mertua.

Baiklah saya nak bersiap ke kelas. Mari memasak dengan hati yang riang dan penuh kasih sayang petang ni! :) :) :)






2 pEsAnAN:

miraroslan said...

nape kak akma suke bunga ni?? adekah hati akk berbunga2 skrg??

kak, skrg winter kan? explain!!!
saya rasa dak KY kan assabiah..mne pergi, pasti ade assabiahnye..

mood : baru jumpa junior ky saya yg dtg bertndang ke uni..kami senasib..hehehe

aKmA said...

jangan ditanya hati akak mira oii. mesti dia jawab biarlah rahsia je. hehe nampak berbunga ke? ada taman mungkin. :P

tak, tgh autumn lagi asenya. tapi dah sejuk mejuk dah ni. huk huk.

ui ui, siapa kat sana? senasib untuk mendapat yang lebih baik, insyaALLAH. :)