Thursday, November 26, 2009

Cerita Hati - MOC 2009




Sebenarnya saya tercari-cari gaks manelah diri ini pernah dengaq lagu cerita hati..bila ingat-ingat balik rupanya lagu closing MOC 2009 yang lepas..makanya bercarian lah saya di youtube sebab nak dengaq lagu sambil tengok ragam adik2 yang turut serta dalam MOC yang lepas..=)

Thanx Jpah atas video yang mantopmantoya..tahun depan wat lagi..gagaga~pada adik-adik yang masih berada di KYUEM kala ini, pastikan diri anda ke MOC tahun hadapan dan tahun-tahun yang akan datang..ayuh masukkan MOC dalam kalendar kalian ok!!hehe~


Cerita Hati

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta


p/s: Tetiba rindu MOC batchku..ada kat youtube tak??huhu~


Monday, November 23, 2009

lupa Rasulullah, lupa dakwah?




kami juga mencintaiMu ya Rasulullah,
namun cinta kami tidak segah cintamu pada umatmu..

teguhkan hati kami Ya Rabb,
tsabat pada jalan ini,
memegang sunnah terbesarmu,
DAKWAH.

~ya muqallibal qulub..tsabbit qulubuna 'ala dinik wa 'ala to 'atik~



Doa Rabitah

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.



Friday, November 20, 2009

perlukah aku khabarkan?

Lihat pada permukaan
Nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati yang terpendam persoalan

Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku

Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi

Kumohon pada tuhan
Berikan kekuatan
Untuk kuhadapi semua ini

Tuhan kuterus berserah
Berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah arah dan tersilap langkah


hai, mengapalah lagu ni best..macam ada kaitan ja dengan hal-hal keduniaanku..aish dunia, beradalah di tanganku jangan di hatiku..=)

saya tatau camna nak kasik korang dengar lagu ni..imeem pon 30saat ja, malaz aih nak letak cni..downloadlah di 4shared if nak dengar..kat youtube pon takdak..ni link klo nak dengar..


jumpa lagi.

Tuesday, November 17, 2009

ai ai ai

Saya suka search lagu kat youtube. Internet kat UK laju amat jadi macam x kisah kalau tak download lagu untuk hilang rasa bosan tym study2 kan. Boleh dengar kat youtube dulu. Kalau betoi2 suka, baru nak download..hehe~

Lantas entah macam mane terklik lagu ni. Speku sikitlah tapi takpalah, saja nak share. Kot-kot ada yang masih bercinta ke ape ke tym ni kan., dengaq lagu ni terus insaf kita pon tak tau. Saya alhamdulillah takdak komitmen dengan mane2 lelaki setakat ni [statement tak boleh blah]..cerita dulu, biaq pi la na..Malaz nak layan..Tapi tulah, hati kena jaga beb..huhu~





enjoy ka tak enjoy ka, sukahati hangpa la k..hehe~=)


Sunday, November 15, 2009

Bab Satu Tafsir At-Taubah

Baru-baru ini saya baca Tafsir At-Taubah..saja nak tambah ilmu yang tak seberapa ini..menarik dengan jalan cerita Bab Satu buku ini..buku ni karangan Tuan Guru Nik Aziz.

Kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah buku tu..best2..yang ni hanya 'sinopsis' yang saya buat untuk tatapan sendiri..

Intro
  • Surah At-Taubah atau Surah "Bara'ah" dianggap surah pengenalan politik atau siasah Islam.
  • Bab Satu membincangkan surah At-Taubah dari ayat 1-4.
  • Taubah diambil dari kata dasar "Taba Yatubu" atau "Raja' Yarji'u" yang bermaksud kembali atau undur semula setelah seseorang itu melepasi batas sempadan yang ditetapkan oleh ALLAH.
  • Dunia milik ALLAH, dan manusia sebagai khalifah di bumi harus menjalankan kuasa yang diamanahkan untuk mentadbir diri, keluarga, masyarakat, dan negaranya mengikut batas kuasa yang dihadkan oleh ALLAH. Tidak boleh ditadbir sesuka hati kerana dunia hanya pinjaman dari ALLAH. Wajib berusaha untuk melaksanakan hudud ALLAH di muka bumi.
Tiada Basmallah
  • Surah ini tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim atas sebab penegasan Islam terhadap golongan musyrikin.
  • Juga memperjelaskan prinsip Islam dalam menghadapi sesuatu perjanjian dan sentiasa adil dalam keadaan apa pun.

Perjanjian Rasulullah dan kaum musyrikin
  • Surah ini merupakan deklarasi ALLAH dan Rasul terhadap orang kafir musyrikin yang berada di kota Mekah/tanah haram.
  • Ayat 1-2: Menjelaskan kedudukan perjanjian Rasulullah saw dan kaum musyrikin Madinah. Sekiranya ada perjanjian yang tiada had waktu tertentu, maka kaum musyrikin dibenarkan menetap di Makkah selama 4 bulan sahaja. Setelah itu, sekiranya masih tidak mahu beriman kepada ALLAH dan Rasul maka mereka digesa untuk keluar dari Makkah kerana Islam telah berkuasa ke atas Makkah dan tidak boleh sekali-kalinya penduduk Makkah tidak memiliki akidah islamiyyah. Rasulullah juga memberi pilihan kepada mereka sama ada selepas tempoh itu mereka akan berperang dengan kaum muslimin atau pergi sahaja meninggalkan Kota Makkah.
  • Bagi perjanjian yang punya had waktu tertentu, ianya akan tamat dengan sendirinya pada waktu-waktu yang dipersetujui bersama dan perjanjian tersebut tidak akan diperbaharui. Inilah ayat yang menggambarkan kepimpinan Rasulullah dalam mentadbir negara dan berurusan dengan orang-orang kafir musyrikin.

Menolak politik dalam Islam:Syirik
  • Politik tidak harus dipisahkan/diasingkan dalam Islam. Islam tidak dapat bergerak dan sentiasa terancam dengan segala keburukan dalam negara. Politik Islam memainkan peranan penting untuk menjalankan hudud ALLAH bagi keamanan sejagat.
  • Persoalan politik adalah dalam cabang-cabang Islam. Orang-orang yang mengasingkan politik dari Islam bererti mereka telah syirik pada ALLAH. Pemisahan ini tidak sewajarnya ada dalam diri umat Islam kerana hal itu adalah fahaman sekular.
  • Ingat, tiada istilah ibadah lain, politik lain!

Ibadah haji dan pengiklanan Baraah

  • Kaum Arab Jahiliyyah masih terus melakukan ibadat haji di Mekah tetapi mengikut cara jahiliyyah mereka iaitu berbogel/bertelanjang [lelaki dan perempuan asing ketika tawaf] semasa melakukan haji. Oleh kerana hal ini, Rasulullah mengutuskan ahlul baitnya, Saidina Ali bin Abi Talib untuk mengiklankan pengisytiharaan Baraah. Peingisytiharaan berkisarkan arahan kepada orang kafir agar tidak lagi melakukan haji dengan cara jahiliyyah/kafir.

Malaysia dan Politiknya
  • Ramai yang tak ambil peduli akan keadaan politik di tanah air. Tidak mahu terlibat untuk menjernihkan suasana politik.Politik kotor, maka kotorlah. who cares??
  • Dakwah kena diteruskan untuk membawa Islam ke dalam politik, ekonomi, pentadbiran dan lain-lain lagi.

Perumpamaan yang dibawa oleh TGNA
  • Jika sebuah kampung penduduknya terhidu bau busuk kerana terdapat bangkai yang reput, maka bau busuk itu tidak akan berkesudahan jika penduduknya hanya menutup tingkap dan pintu rumah masing-masing, dengan harapan supaya bau busuk tidak memasuki rumahnya, dan mereka tidak akan terhidu lagi. Sampai bila penduduk kampung itu hendak berkurung dalam rumah masing-masing? Sebaiknya anggota masyarakat yang berfikiran waras mestilah bertindak bijak menghadapai bau busuk itu. Apa yang mesti dialkukan ialah mengajak ahli masyarakat suapaya mengambil langkah bersama menanam bangkai tersebut. Dengan demikian hilanglah bauy busuk yang mencemar udara kampung.

emm, entahlah TGNA..saya selesa dengan hidup saya sekarang..duit, famili, harta semua ada..selamat berusaha TGNA dan yang lain..!!i'm excluded ok..=)
[harap bukan inilah yang ada pada kita..IA~]

Friday, November 13, 2009

Kuasa ALLAH

~ihsan dari gambar orang~


Alhamdulillah, semalam sempat dengar talk dari Yusha Evans, seorang muallaf dari America Syarikat..menarik jugaks biodata beliau..menganut Islam semasa berusia 11 tahun..masyaALLAH~nak kongsi kat sini macam tak apelah, kalian boleh google nama beliau..terus keluar biodata nya..=)

Pengisian yang menarik dari beliau..antara yang saya ingat,

'do something for your religion, land, country, society..'

'integrate into society..'

'you're never walk alone, ALLAH will always be with you..'

'life with ALLAH is worth everything, life without ALLAH is worth nothing..'

dan banyak lagi yang tak sempat saya dengar dan faham..hehe~

Dan apa yang menarik untuk talk ini sebab saya terkesima dengan kehadiran classmate saya, seorang lelaki non-believer..terkejut gaks dia menyapa saya sebaik saja talk habis..positive feedback dari beliau, alhamdulillah..doakan semoga dia akan hidup dalam Islam sebelum ajal menjemput..Ya ALLAH, kami jua mohon rahmatmu..huhu~

Nak dijadikan cerita, saya teragak-agak gak nak kasik kertas promosi pasal talk ni, lantas saya kasik pada 2 classmates saya sahaja..apa yang mampu terucap di bibir kala itu hanya, 'feel free to come,' dan sedikit senyuman..pastu terus keluar dari dewan kuliah..ish ish..daie jenis apa kah ini??

Tapi, saya tak lupa nak doa pada ALLAH moga hati mereka terbuka untuk dengar talk itu..walaupun usaha sedikit ja, tapi kuasa ALLAH takdak siapa dapat lawan..itu yang saya suka berdoa..doa sembuhkan hati, doa diterangkan hati, dan banyak doa lagi..berdoalah selalu sebab itulah tanda kita ni hamba..=)

Alhamdulillah dari 2 orang yang saya kasik, seorang dibukakan ALLAH pintu hatinya untuk mendengar talk tersebut..dia sangat baik, pendiam dalam kelas, ada potensi untuk dikaderkan kepada Islam..doakan saya juga kuat untuk nak kasik AL-Quran free kat dia ni..mungkin dia pon tercari-cari jalan sebenar..

Ya ALLAH, tunjukkan jalan sebenarmu kepada kami..ameen~


[sekadar coretan untuk dibaca ketika tua nanti..=)]

Wednesday, November 11, 2009

Astaghfirullah



Mungkin kerana kita leka, sekali pena terlepas dari genggaman tangan,ucapan'opps' mendahului 'YA ALLAH', bila perut kenyang 'kenyangnya' mengatasi 'ALHAMDULILLAH', bila diri terpegun oleh keindahan alam, 'SUBHANALLAH' tertutup oleh 'cantiknya, bila dikunjung berita malang, 'kasihannya' terucap kerana kita lupa 'INNALILLAH', kadangkala kita lupa kerana terbiasa, tapi ingatlah agar bila IZRAEL mendekati kita, biarlah ucapan 'LAILAHAILLAH' menjadi juara mengatasi segalanya..



Thursday, November 05, 2009

5 November

Saya suka nombor 5..mungkin sebab saya lahir 5 Januari kot..salah satu sebabnya lah tu..dan memang suka lah nombor 5..tatau dah reason ape lagi..mungkin adalah terselit sedikit perihal peribadi di sebalik nombor 5 ni pon mungkin ada, tapi tak mungkin dikongsikan bersama..=P

Hari ni tarikh lahir mak saya..tapi seingat saya, saya tak ucap pon 'Selamat Hari Jadi, mak' kat mak..mungkin tak diajar dari sejak kecil kot..family pon jarang wish betday saya..jadi perkara ini normal bagi family saya..jadi untuk orang-orang tertentu, terimalah family saya seadanya..hehe~

Hari ni pon tarikh lahir mak kak dayang..ye, mereka berkongsi tarikh yang sama..teringat sewaktu di KYUEM dahulu..kak dayang kol makcik sebab nak wish betday..saya tengok sahaja, dan pernah cakap kat kak day, saya pon nak wish kat mak gaks..tapi punyalah malu sampai saya kol pada hari 5 November tu pon, saya tak wish pon..huhuhu~kitorang dok sembang cerita lain..

Dan hari ni jugak betday Kak Linda, mami usrahku di Belfast ini..kak Linda bila nak buat usrah??rumah dah canteq ni..miahaha~Iman pon dah besaq..Azam pon dah pandai main2 dengan achik2 dia, dulu dudok je ngan Abi die..ceyh ceyh..

Kalau nak cerita psal 5 Januari pulaks, ramai sangat kawan2 yang berkongsi tarikh lahir yang sama..di sekolah dulu pon 3 orang satu batch lahir pada tarikh ini..ade gaks kakak senior yang tarikh lahirnya sama..memanglah, satu hari tu, ALLAH boleh jadikan ramai hamba-hambanya..

Kun Fayakun, maka kalimah ini hanya milik Dia yang Rabb..subhanallah!!

Mak, hepi betday..doaku sentiasa bersama kalian, insyaALLAH..doakan saya baik2 sahaja di sini, terus berusaha menjadi anak yang solehah, dan tsabat dalam jalannya, dan dijodohkan dengan lelaki yang meletakkan ALLAH sebagai cinta tertingginya..=)

Thanks mom.


~mak dan nurina~


Sunday, November 01, 2009

Biarlah Kenangan


Bakti Kenyalang


MOC 2008

Rindu pada zaman KYUEM. Kadang-kadang kenangan sangat meresahkan, tapi saya telah banyak biarkan kenangan yang meresahkan berlalu di tiup angin sang bayu. Saya tahu, banyak lagi yang saya perlu lakukan dan teruskan sekarang. Berdoa untuk dijauhkan memikirkan perkara yang tidak perlu. Shuhh~

Terima kasih syara atas gambar-gambar kenangan di FBmu walaupun pic saya takdelah banyak sangat.=P

And people, thanx for being a part of my life. =)


Contoh Soalan dan Jawapan



Jumpa dalam internet baru tadi..terasa nak tahu pasal surah Al-Jinn..Tapi nak kongsi soalan yang sengaja nak mengelirukan seseorang muslim..Jika muslim itu goyah imannya (iman saya?), maka tak tahulah ape yang bakal dia jawabkan..huhu~



muslim..surah aal-jinn tu yang berkata-kata siapa??

Mohon dijawab dng clear...soalnya muslim paling suka bilang quran dr allah swt....nah surat al jin apa dr allah swt...kalau gitu allah swt = al jin ?


Jawapan Terbaik
dalam alqur'an juga ada surat yusuf..surat maryam..surat muhammad..tapi kami tidak mengatakan bahwa yusuf, maryam,muhammad dll adalam allah...
satu analogi yg sangat buta..

semua yg dalam alqur'an itu murni firman allah..tidak ada satu pun perkataan nabi muhammad..

dalam alqur'an tidak bercampur antara perkataan nabi dan firman ALLAH...


Saya suka dan setuju dengan jawapan ini..=)..banyak lagi soalan yang boleh memutarbelitkan fikiran muslim sekiranya banyak benda kita tak tahu..so Muslim, jom mencari..itulah sunnatullah, kita tak cari, kita takkan nampak, kita tak akan faham..hai saya pon terasa..huhu~