Friday, April 30, 2010

Hari Ukhuwah 2010 Part 2


Tomorrow is the day...:)

setelah 4 bulan merancang, esok berlaku segalanya, InsyaALLAH...^-^



Hari Ukhuwah 2010 anjuran HELWA QMC

Lagu ini hadiah dari saya..Jatuh cinta dengan liriknya, esok daku mahu kumandangkan!:P

Hakikat Bahagia
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki


p/s:Waktu ini belum ready lagi...T_T..Moga ALLAH permudahkan..:)

Tuesday, April 27, 2010

Benci Jadi Sayang




Wall post Kak Neri sangat membuatku tertanya-tanya apakah yang berlaku di sebalik kenyataan beliau?Kenapa Kak Neri berkata-kata begitu secara tiba-tiba..Semalam elok sahaja kami jumpa sewaktu menyambut hari lahir Atykah di rumah Kak Linda, mami usrah kami..huhu~

Tapi, kalau diikutkan, betul kata Kak Neri tu..senang jumpa orang yang begitu..kadang-kadang diri sendiri pon mungkin tergolong tanpa sedar..T_T

Terutamanya yang bergelar pemimpin..Memang akan sering diuji dengan ragam manusia yang pelbagai..Saya akui, memegang amanah selaku Ketua HELWA Queens Malay Club sangatlah tidak sesuai di pundakku..Saya bukannya mempunyai ciri-ciri Ketua HELWA yang sebenar..kalau nak letak senarai ciri tu, Allah, banyak tak dipangkah kalau saya! Memang ramai lagi yang lagi layak.

Biarlah orang nak cakap apa pon..Saya dah malas nak layan..Suka atau tidak, biarlah mereka..saya pon tak faham macam mana nak memahami orang-orang begini..Kalau tidak suka sekalipun, keep that to yourself..Pray to ALLAH, pohon rasa cinta pada orang yang kita tak suka tu..kan lebih baik, kan, kan?:)

Memang kita takkan dapat puaskan hati semua orang..Saya dah banyak kali kena macam ni Kak Neri, dan selama itulah saya serah pada ALLAH untuk adili..Bukan ALLAH tak tahu derita hati kita (oppps, jantung bukan hati!)..Allah kan Pemilik hati hamba-hambaNya..:)

Sesungguhnya, kadang-kadang saya penat membawa watak saya di penjara dunia ini..Tapi bila mengenangkan terlalu banyak insan-insan istimewa di sekeliling saya, saya bersyukur ALLAH pertemukan saya dengan mereka terutamanya familiku..lantas kulupakan mana-mana insan yang membenci..

Ya Allah, bantulah aku untuk menghargai mereka...:)



Allah, Allah...

Inna lillah wa inna ilayhi rajiun
[dan sesungguhnya kepada dia lah kita kembali]


Diri telah menerima musibah..
Maka, kembalikan aku Ya ALLAH pada asalnya..
T_T



p/s:terima kasih ustaz atas nasihat..huhu

Sahabat



'Kalau ada yang tak puas hati, cakaplah ye. Saya cuba memperbaiki diri saya...'

Allah, saya pon tak faham dengan diri saya sendiri. Kalau saya dah tak biasa dengan seseorang itu, sampai bila-bila pon saya susah dah untuk biasakan diri. It takes time. Sesungguhnya dalam bersahabat memang akan ada hati yang terkorban. Terkorban menahan perasan. T_T

Bila dah pendam banyak sangat sebab tak berani nak cakap, sebenarnya boleh membunuh diri sendiri. Macam saya. Selalu berdiam diri kononnya luka di hati boleh hilang ditelan masa. Owh sifir saya sebenarnya silap! Rasakan hatimu sering tak keruan.

Dugaan dalam bersahabat memang banyak.

T_T

Monday, April 26, 2010

T_T

And you know who you are..T_T


Sunday, April 25, 2010

cerita bercampur baur



poster hodoh!saya tak tahu nak kasi ke tak kat AJK Promosi MOC kat KYUEM tu..


Sekarang bos banyak suruh saya buat itu buat ini untuk MOC..Tapi saya seronok sebab ada kerja..hehe..kalau tak memang banyak lagi benda tak bagus saya buat..walau sibuk pun, saya masih ada masa buat benda sia-sia..jadi, bila ada kerja ni saya suka..T_T..walaupun tak akan pergi MOC, sedikit sebanyak bolehlah membantu dari jauh..

Tapi kalau weekend ja mesti saya tak produktif pon..plan macam-macam weekdays, tapi entah, macam tak gerak ja plan..Hairan kan, rancang je, pastu tak buat..baik jangan rancang, tido lagi bagus!tapi, tengok atas meja ni beratur senarai yang perlu dibuat..huhu~

Btw, sebut pasal tido ni kan, adeyh2, kadang-kadang tido tak ingat dunia. Lepas Subuh ja tido balik...tapi takpe, kan?Sebab sekarang Subuh pukul 3 lebih dah. Takkan tak tidur balik?Kan, kan?Takpelah, nanti kat rumah mentua saya tak tidur balik pun. Buat sarapan, cuci baju, pergi kerja..ececeh!(kat rumah pun selalu tidur balik kalau ayunkan amnan, tidur sekali dengan nurina dan amnan..haha)

Sekarang selalu homesick..asyik rasa macam nak balik ja..hey, makcik, boleh tak sabar sikit??Kalaulah saya tak resit paper statistik tu mesti saya dah gembira terlompat-lompat nak balik sekarang..tapi, akma kena kuat tau!apa-apa pon kena sabar dan usaha lagi..(saya tak akan ambik statistik dah lepas ni)

Teringat kat adik sorang ni, waktu tu saya buzz dia kat ym dengan berstatuskan 'nak peluk mak'..biasalah awal-awal tu gurau-gurau dulu ambil mood sebelum cerita pasal kerja..tapi tak sangka dia tengah berdukacita..tu lah status nak peluk mak tu..huhu, adik2, kakak ni pon masa tu bermuram durja juga, dan kisah kita sama..T_T

tapi bila dia dah luah segala kat saya, kitorang bincang terus pasal kerja..tak sangka selepas itu dia ceria kembali sebab dah tahu macam mana nak buat kerja yang saya suruh tu..heheh, saya tahu yang baca ni macam pelik saya cerita apa, tapi lantaklah..hanya saya yang faham..tulah, buat ape baca blog ngarut ni?hah buat ape?:P

Pengumuman penting: Saya dah delete link-link kawan dalam blog ini.HAHA!bukan ape, saya seronok pulak bila blog disembunyikan.Tapi insyaALLAH saya tak delete kawan-kawan dalam hidup saya.hehe...

hoi study!

Friday, April 23, 2010

Sembang-sembang stress

Saya hairan. Kenapa ramai sangat orang beremosi dalam minggu ni. tak kiralah lelaki atau perempuan, semuanya dilanda demam emosi. Saya pon tak terkecuali. T_T

Dalam minggu ni pon, banyak kali menangis dalam 5 minit sebelum tidur. (apakah?). Rindu nak balik, benci dengan diri sendiri yang tak berubah, ujian yang kononnya bertimpa-timpa (hello makcik, orang lain banyak lagi masalah kot!), dan macam-macam lagi.

Saya berazam nak selesaikan satu masalah saya ni, tapi saya tak tahu bila masa yang sesuai. Macam perlu letak dalam jadual siap-siap bila nak selesaikan. Kalau tak akan berlalulah ia dan tidak diambil peduli lagi. Itupun kalau saya dah malas nak fikirlah. kalau masih fikir macam mana? Kan ke mengganggu nurani sendiri?

Saya pon tak tahulah kenapa saya sekarang ni. Macam nak lari sekeliling botanic garden sambil jerit-jerit. Owh, terimagine sebentar keadaan diri kalau betul-betul buat begini. Ala konon stress, baca Quran sikit, tulah pasal! Bawaklah baca Quran banyak-banyak. T_T

Teringin nak pergi Mesir. Bilakah masanya? Harap saya boleh jejak Kota Mesir sebelum saya tiada. Ameen.

Suka-suka Sembang.


Apa khabar?
Lama tak dengar cerita..
Amal saya semakin hari semakin tak bertambah..
Risau.T_T

Bila dah kahwin nanti (kalau panjang umur),
Saya nak buat satu blog untuk anak saya.
Mungkin blog ni akan tukar nama lagi.
(Weh, apsal cerita pasal kahwin tetibe ni?)

Dari akmadinen ke msakma,
Dari msakma ke mrblablabla(lol!),
Dan dari mrblablabla ke penyejukhatiumiwalid(gile panjang!),
Harap Allah permudahkan.

Dan satu blog ini menjadi inspirasi saya,
Walau tak jenguk selalu,
Tapi saya kagum dengan semangat dia,
Mereka seusia denganku..




Wednesday, April 21, 2010

lega sikit

Alhamdulillah, kerisauanku tentang kes saman itu telah berakhir. Syukur pada ALLAH sama-sama ye, sebab mungkin kerana doa kalian ALLAH permudahkan urusan saya dan rakan-rakan tentang kes itu. Kes saman inilah yang membuatkan saya tak keruan. T_T

Saya bercadang nak tulis panjang-panjang hari ni, tapi biasalah, malas nak tulis. haha. bye!


Friday, April 16, 2010

Emosi

Menulis dalam keadaan sangat tertekan. Bila mengadu pada ALLAH, tenang ja hati ni, tapi lepas tu terkenang balik. Saya tahu saya mampu lalui ujian ni. Tapi, selalu macam nak nangis ja. Kadang-kadang macam dah tak tahan nak duduk kat sini. Huhu~

Moga ujian ini bisa mendekatkan lagi saya pada ALLAH. Saya tahu ALLAH sedang rancang sesuatu untuk saya. Terima kasih ALLAH. :)

Bagi yang membaca post ini, doakan urusan saya hari Selasa ini dipermudahkan. Sangat memerlukan doa dari semua. :(

p/s:Akan update kembali urusan apakah hari Selasa ini. Don't stop praying for me! :'(

Tuesday, April 13, 2010

Merancang Kerja


Rancang Dengan Apa Yang Ada Di Tangan
Bukan Yang Kita Angan-Angankan
Kita Membina Cita Dan Harapan
Bukan Mimpi Dan Igauan

Perancangan Perlu Diperhati
Agar Tertib Rapi Dan Teliti
Matlamat Dan Caranya Selari
Masa Pun Harus Diambil Kira

Puncak Mana Yang Mahu Didaki
Lurah Mana Yang Mahu Dituruni
Semuanya Telah Pun Terbukti
Pasti Rancangan Akan Berjaya

Tenaga dan Kemampuan Diperhitungkan
Berjuanglah Dalam Satu Barisan
Umpama Batu Teratur Menjulang Ke Awan
Itulah Tunggak Dalam Merancang


p/s:Dalam Satu Barisan, Satu Saf!


Friday, April 09, 2010

Semakin sosial

Saya tak rasa ramai yang dapat detect blog saya..senang pulak bila blog dah 'bersembunyi'..hehe..Pengunjung blog ini sekarang pon entah siapa-siapa..kalau ada yang jerit di tin jerit tu pon, jerit iklan itu ini..dan lantas tindakanku adalah membuangnya terus..senang!

sekarang dah masuk bulan 4..tak sedar dah setahun lebih di bumi asing..apalah yang saya dapat ye dari belajar kat sini?kawan tu memang lah bertambah ramai, malah rasa macam terlalu sosial pulak..tapi sosial di sini in terms of berurusan dengan muslimin untuk urusan dakwah lah..

bila masuk organisasi ni, baru saya faham urusan macam mane yang dibenarkan..moga urusan kami selama ini masih berdiri di landasan sebenar..bimbang juga niat terpesong, kan?syaitan tu kalau dia bisik, kat celah mana-mana pon dia akan buat...awalnya memang niat kita benar, tapi boleh terpesong tanpa sedar..astaghfirullah~

Jadi, apa yang Ustaz nasihatkan, istighfar banyak-banyak kalau berurusan dengan berlainan jantina ni..susah, cabaran tu memang ada..nak kena jaga pandangan, hati, kata-kata, suara, macam-macam lah..Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH..takutnya!

teringat analogi PUASA dan MAKANAN.

Katakanlah saya puasa(sunat) kerana satu apa pon takde kat dapur. Makanan memang zerolah, sebab tu saya buat keputusan nak puasa..Ditambah pula, dengan duit yang sedikit, nak makan pun cukup untuk berbuka sahaja..Maka, memang senanglah urusan puasaku, tanpa apa-apa cabaran..

Berbanding dengan saya puasa(sunat) dengan terhidang banyak makanan di depan mata..jiran ni kasik ayam panggang, jiran tu kasik nasi kerabu dan macam-macam lagilah..Allah, maka berbolak baliklah hati nak puasa ke tak lagi..banyak sangat makanan ni..Maka, dengan iman dan rasa taqwa tu, saya didik nafsu saya untuk bersabar, kawal apa yang perlu dikawal, dan sebenarnya itulah puasa yang sebenar..Puasa untuk mendidik!

Hidup ini realiti, dan tarbiyah pun kena yang realiti..bukan sekadar teori sahaja..Apabila bergaul dengan muslimin ni, banyak jugak saya dapat belajar dari mereka..Lelaki ni memang lain dari perempuan..Kalau nak tahu apa lainnya, bacalah yang mars venus tu..:P (saya pon tak baca lagi!)..



~Solehah ke tak aku ni?Huhu~


Tuesday, April 06, 2010

Syukur

Alhamdulillah, baru ada masa untuk update balik blog ini. Dan, bangun pagi pada hari ini terasa sunyi yang tiba-tiba. Kesibukan yang dilalui mulai beberapa bulan yang lalu sudah semakin surut. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH kerana Dialah yang memudahkan urusan-urusan kami.

Namun, kesibukan yang lalu telah diganti kesibukan yang baru bertandang. Terasa adoi juga lah bila berhadapan dengan situasi sebegini, namun tak perlu mengeluh, akma! Buat kerja untuk Islam bukan sesuatu yang mudah, malah susah dan penuh liku. Jadi, walau apa-apa pun jiwamu perlu BESAR untuk menempuh hari yang mendatang yang semestinya lebih besar cabarannya.

Allah, permudahkan urusan pelajaran kami, dakwah kami dan semuanya..


^^

Thursday, April 01, 2010

Comel..^^

versi kecik


.comel pulak.

^^