Friday, June 25, 2010

Menangis kesyukuran

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Kata-kata yang selayaknya untuk mensyukuri nikmat ALLAH ini..baru sahaja check result second sem sejam yang lepas..Alhamdulillah lepas untuk semua subjek second sem..Lulus pun saya dah bersyukur giler dah, bukan senang nak lulus kot kat uni..:)

Doakan untuk saya yang bakal menghadapi paper Statistics bulan 8 ni..alhamdulillah hanya perlu meresit satu paper sahaja tahun ini..moga-moga ALLAH permudahkan..ameen..:)

Thank you ALLAH. Thank you semua atas doa. Allah sahaja yang mampu membalasnya. :)

Kebingungan

Di saat entri ini ditulis, result saya belum lagi dipublishkan sebab ada masalah apa entah dekat Mathematics Department..huhu, dah tak larat nak cuak. Sewaktu entri ini ditulis juga saya sekarang berada di York melawat Norehan dan Wani bersama Kak Reym..Nasuha dah lama dah balik Kelantan..:)

Alhamdulillah, jaulah yang seronok di York..berkenalan juga dengan junior first year di York yang sangat peramah..haha, selamat berkenalan Nadiah, Hanun dan Shakira..insyaALLAH bila-bila kita jumpa lagi nanti..:)

InsyaALLAH ahad ni maka pulanglah saya ke pangkuan Belfast yang sudah lama ditinggalkan..tak sangka cepat amat masaku berlalu di sini..yang pastinya jaulah kali ini banyak mengajar saya tentang beberapa perkara, termasuklah persahabatan..Alhamdulillah, sempat berjumpa dengan Wany Hk dan Liyana di Leeds Isnin lepas, walaupun tak berpeluang berjumpa di Warwick..

Selamat ke Mesir buat Nova Adila..Semoga diberkati niat dan usaha Nova dan Fatimah yang ke Mesir untuk mengikuti kelas talaqqi(betol kd istilah ni?) sebulan di sana..Subhanallah..Sekali lagi, doakan hati saya redha dengan segala ketentuan yang bakal dihadapi esok hari..Resultku~


Friday, June 18, 2010

Sepi Perantau



Sepi Perantau

Pabila kuberada di kejauhan
Adakala ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan jua teman - teman

Di kala itu kan kurasa
Agak kelemahan
Untuk Berjuang
Melihat mereka berbahagia
Di samping yang tercinta

Kegembiraan ku
Kesepian
Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini
Demi mencari keredhaan Illahi

Masa muda dilalui
Hanya sekali
Pergunakannya agar kau
Tidak sesali diesok hari

Ketenangan ada di sini
Tak jumpa karena kau tak mencari
Kebahgiaan tersirat dihati
Tak rasa kerana kau tak menghayati


Ma
cam sesuai pula lagu ini dengan kondisi diri sekarang..owh nak balik kotttt..makin-makin tengok amnan (adeq) yang dah besaq sekarang..owh rindulah!!banyak kali tengok video amnan kat facebook..

amnan, mak mok rindu kitak! T_T..alhamdulillah sudah sampai ke warwick..dengan sesuka hatinya daku berjaulah sendiri, semua orang amaze lah pulak..tapi inilah daku yang memang suka bersendirian pergi mana-mana pon..tapi kalau travel jauh-jauh tak retilah nak travel sorang-sorang, yang dekat macam UK mainland ni takpalah, senang ja..hehe..

tapi yang sedihnya, ramai pula orang warwick yang pergi jalan2 masa daku ke sini..maka sedikitlah manusia di Warwick ini..Liyana yang daku ingin sangat nak jumpa pon akan ke Leeds esok pagi..emm, apsal plan macam serabut nih..huhu..takpalah, mungkin takde jodoh kot..ingatkan nak pergi sekali ke Leeds, tengok-tengok diorang pergi awal rupanya..silap daku jugak tak tanya awal2..T_T

sekarang di bilik Farahsuke Hijou (farahin) Junior TESL yang daku baru berkenalan winter lepas semasa diorang datang lepak rumah kami sebelum ke PUISI..Thank you Farahin! :)

ok bye.

Selamat tinggal Cardiff

Alhamdulillah setelah seminggu lebih duduk Cardiff akhirnya hari ni akan ke Warwick bertemu sahabat di sana pula..Tinggallah Kak Dayang berseorangan di rumah memandangkan semua housemate dia tengah berjaulah dan balik Malaysia..

Banyak 'rahsia-rahsia' Cardiff yang telah kukorek di sini..haha..akan diingati sampai bila-bila, dan saya akan sentiasa mendoakan urusan yang terlalu 'rahsia' itu dipermudahkan..ameen..

Alhamdulillah Kak Dayang sudah lulus sebagai pelajar Tahun Dua Occupational Therapy..tumpang gembira bila beliau mendapat keputusan tersebut dua hari lepas..dan saya masih mengharap pada Illahi moga-moga berita gembira juga yang saya terima minggu hadapan..Ya ALLAH, Kau gembirakanlah hati kedua ibu bapaku dengan keputusan peperiksaan yang bakal menjelma ini..korang tolong doakan sekali boleh?T_T

Banyak pengalaman manis di Cardiff..lawatan ke Swansea tidak akan saya lupakan, InsyaALLAH..:)


Monday, June 14, 2010

Cemburu

Menyedari hakikat yang diri ini cemburu dengan sahabat-sahabat yang balik ke Malaysia untuk summer holiday..:(

Innalillahiwainnailaihirrajiun..

Tabahkan hati, kuatkan tekad untuk menghadapi paper summer anda!Hanya sedikit ketakutan sahaja ni, sabar sabar..

Juga menyedari hakikat bahawa sangat nervous untuk menerima result semester kedua..Ya ALLAH, kurniakan kecemerlangan kepada kami..tak mahu dah resit-resit..huhu

Mohon doa dari semua..Please!



Sunday, June 13, 2010

Kerana Sakit Gigi

alhamdulillah setelah semalaman diserang sakit gigi(gila nangis kottt!), rasa lega sikit skang selepas mendapat tips dari kak faezah warwick..nanti, kalau sakit gigi sila letakkan serbuk bunga cengkih pada gigi yang sakit. InsyaALLAH sedikit lega. :)


Allah yang memberikan kesakitan, Allah jua yang memberikan kesihatan.

Alhamdulillah, alhamdulillah.


Tak sempat nak update program jaulah di cardiff ini. Semalam amat seronok sebab berpeluang ke Swansea atau lebih khusus tempatnya ialah Rhossili Bay Gower. Cantik amat pemandangan di sana. Jatuh Cinta! :)

Ok, kalau ada masa nanti saya update blog kembali. kerja pon banyak tak buat ni. Huhu


Thursday, June 10, 2010

Jaulah Hari 2

Emm, hari kedua jalan-jalan ringan ja ke city centre..pergi student union beli baju cardiff uni(walaupun dah nak masuk 3 kali ke sini tak pernah pon beli sebelum ini.heh) dan membeli-belah makanan..hehe

Meraung kesakitan dengan gigi yang sakit pada hari kedua..yang peliknya, Kak Dayang pon sakit gigi juga..kami sama-sama berjemaah sakit gigi rupanya..saya sakit gigi sebelum ke sini lagi, dan begitu juga dengan kak dayang, sakit gigi sebelum saya datang lagi..hai, apakah maksud semua ini..

Allah yang turunkan kesakitan, Allah jua yang menyembuhkannya..:)

Takde yang menarik melainkan daku memasak spagetti untuk kak dayang dan housemate nya..haha, first time kotttt masak spagetti..:P

Wednesday, June 09, 2010

Jaulah Hari 1

Alhamdulillah selamat sampai ke Cardiff dah sekarang..Semalam letih juga menunggu di airport Belfast..alhamdulillah flight tak kensel..kalau kensel di Belfast lah daku ketika ini..nak dijadikan cerita, semalam menunggu flight lama giler kott..tapi rancangan Allah ada hikmahnya..:)

Sepatutnya pukul 950pagi dah terbang dah, tapi mungkin sebab hujan, banyak flight yang delay..Flight Kak Nik dan Kak Izi (final year Belfast dan dah jadi doktor dah waktu ni) ke London telah dikenselkan setelah lama menanti dari pukul 8pagi begitu, tengok2 pukul 10pagi flight diorang diumumkan kensel..fuh!tapi alhamdulillah diorang ambik tiket lain dan terbang dari satu lagi airport kat Belfast ni tapi jauh sikitlah..huhu

Dalam pukul 1230 begitu barulah flightku diumumkan akan berlepas, jadi terkocoh-kocohlah kami yang nak naik flight tu masuk perut kapalterbang..Namun begitu, pilot cakap pulak ada 'traffic jam' di udara, lantasnya kami terpaksa menunggu lagi 30mins di dalam perut kapalterbang sebelum diarahkan untuk berlepas..Allah Allah..

Terasa lamanya perjalanan ke Cardiff kali ini..pukul 4petang barulah dapat berjumpa dengan Kak Dayang dan Diyana dan terus menuju ke Spice Root, restoran Buffet di Cardiff..alhamdulillah akhirnya kan?ok sangat penat semalam, hari ini akan menyambung kepenatan..hohoho..


Ok bye.

Monday, June 07, 2010

Journal 1

Famili tak dapat dihubungi pula hari ni..Emm, rupa-rupanya jalan-jalan kat Tebedu bila baca status kakak di FB..hai, jalan sakan Gawai ni nampaknya..hoho

End up teringat nak hubungi mira..tak sangka mira pon ASTRO macam liyana sekarang..haha

Huhu, saya pon tatau kenapa saya cakap dah loghat utara skang..mungkin banyak sangat bergaul dengan orang utara kot..bukan nak kahwin orang utara tau mira..tak mungkin..kawan pengaruhi ni..hehe..ceyh, duduk sini kena loghat Irish tapi terkena loghat utara pula..adoi.

Esok ke Cardiff, InsyaALLAH..tak sabaq nak jalan-jalan..


Saturday, June 05, 2010

Menunggu

Perlu menerima hakikat bahawa penantian memang satu penyeksaan, tapi ketika inilah diri mencari hakikat sebenar diri sendiri..



Mode: Memang tak suka tunggu orang pon dari dulu lagi..



Maka oleh itu, jangan biarkan orang tunggu diri kita. Move!


Friday, June 04, 2010

Saya dan Kehilangan






buku-buku


Sudah 4 hari exam berlalu..tapi tak terkol lagi mira..sori deyh, saya banyak tengok cerita melayu petang2 sambil makan cucoq(exaggerate ja) lantas terlepas waktu malaysia..tak best sembang pagi, tak boleh gelak(sebab konfirm akan gelak..haha), rezeki tak masuk..hehe

alhamdulillah, 2 hari ja bank card baru dah saya siap dah..yeay!!lantasnya terus ke city centre petang tadi..hehe..mengidam nak beli buku yang ku usha 2 hari lepas ketika berniat untuk membuat bank card baru di city, tersinggah di kedai buku buang2 masa..buku tersebut ialah:

How To Win Friends and Influence People..

Isi buku pon mantap..kalau boleh nak ja berdiri sejam kat kedai buku hari tu..diorang tak kisah pon baca gitu ja tanpa beli-beli..hehe..tapi kan, tapi kan..end up hari ni beli buku lain lah pulak..hehe..entah macam nak memiliki satu buku ini:

Men From Mars, Women From Venus..

Nak beli dua-dua buku macam banyak sangat dan takut akan tak baca..emm, teringat buku ATN saya yang tak tahu siapa baca..sedihhh..kenapalah daku ini pelupa sangat dan tersangat cuai??umum kat facebook pon sudah, umum kat anjungmuslimat pon sudah..adeyh..teringat lagi pesananku kepada si peminjam untuk jaga buku elok-elok(ke saya misplaced ek?)..buku ajah men from mars ni pon saya tak ingat jugak siapa baca(sebab saya pinjam tahun lepas)..terpaksalah ganti kalau tak jumpa-jumpa ni..T_T

kadang-kadang rasa nak nangis ja dengan diri sendiri..cuai, pelupa, semualah..Saya tahu saya boleh ja nak beli lain buku-buku ni, tapi tetap tak sama dengan yang lama kan, kan?emm, redha jelah..Allah nak bagi yang lebih baik mungkin..akma, janganlah sedih2..:)


Memahami berlainan jantina juga keperluan..
hah, jam di sebelah tu pun ada kisahnya..
Bapakku, kamek dah beli jam kitak! :)


Selepas balik semula ke UK tahun lepas, bila entah sembang dengan emak, emak cakap jam IRELAND bapak hilang..hilang di tempat wudhu' masjid katanya..saya bagi jam IRELAND tu kat bapak saya sebab dia memang suka pakai jam(eh apakah?) tahun lepas waktu balik malaysia..tapi jam tu murah ja, GBP5..tapi bapak hargai sangat-sangat walaupun dia tak cakap..terharu saya bila dia pakai terus jam tersebut selepas menerima pemberianku itu..saya pula yang sedih sebab bagi yang murah kat bapak..lelaki memang tak banyak cakap, tapi mereka memang sangat hargai sebenarnya..

sedih pula saya dengar cerita emak, jadi saya pon berazam nak beli baru untuk bapak..jeng jeng jeng!dapat dah satu..puas saya mencari jam ini sebab pergi balik ke kedai jam itu beberapa bulan yang lepas takde pulak dah..tapi saya tetap merisik kedai itu kot-kot dah ada setiap kali ke city(owh takdelah setiap kali, cuma selalunya begitulah)..alhamdulillah, 2 hari lepas ketika saya melawat kembali kedai tu, wah gembira rasa di hati sebab banyak gila jam tu di situ..tapi tak dapat beli lagi sebab takde cash due to hilangnya bank cardku..:(

alhamdulillah, hari ni dapat juga beli..sempat rembat untuk diri sendiri juga satu since harga dia 2 for GBP10..hehe..lama dah tak pakai jam kott..sejak hilang(tengok hilang lagi, kan?) sewaktu di tingkatan 5 dulu, saya dah tak pakai jam sampai lah sekarang..

ikut genetik kot daku ini..bapak pon selalu hilangkan barang-barang dia..lol

ok bye.



Wednesday, June 02, 2010

:(

Bila baca entri bawah ni, amal diri macam takde pape ja. macam habuk, kuman pon ada. HUHU.
Nak jadi baik kena berkorban banyak. Camne ni? Amal cacat.. HUHU.



Semoga kita mendapat kekuatan untuk menambah amal seharian dalam hidup kita....

1. Solat Tahajud
di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2rakaat & solat sunat Witirsekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 15 min naik matahari, solat sunat Isyra q 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan di antara jam 8-12 tghari. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100xselawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmukepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Sama2 kita perbaiki diri, menjaga amalan wajib dan menambahkan yang sunat, sedaya upaya mensifarkan dosa dan berlumba2 untuk mentopup pahala..........

Inilah Secebis Ubat Hati, Hadiah dari Allah untuk kita.

Insyaallah, semoga kita semua mendapat kekuatan untuk terus ikhlas dan istiqamah melaksanakan yang sunat dan memperbaiki ibadat seharian kita, sebagai bukti cinta kepada Allah dan RasulNya..

Salam ISTIQAMAH.

"Ya Allah..bantuilah aku untuk memperbaiki ibadahku kepada-Mu.."

Tuesday, June 01, 2010

post selepas exam




Mencari ilham menulis.

Baru sahaja habes exam semalam. Alhamdulillah. Emm, banyak betul daku lupa. Padahal sudah berkali-kali buat latihan. Takpelah, tawakal ja dengan apa yang sudah diusahakan. Janganlah sedih ye. InsyaALLAH. Allah nak kita bergantung sepenuhnya ni. Kalau yakin sangat bimbang kita rasa semua itu adalah datang dari usaha sendiri tanpa bantuan dari ALLAH. Naudzubillah. Tawakal, doa banyak-banyak. :)

Semalam sewaktu dalam dewan peperiksaan, terperasan gelagat classmateku yang seorang itu. macam tak menulis apa-apa pon? duduk, belek-belek kertas, tekan-tekan kalkulator, tengok-tengok jam, alih-alih 45 minit selepas exam bermula, dia keluar dah. Hah? Haih, ada jugak yang tak kisah rupanya pasal exam. sempat jugak usha tengok paper dia dari jauh, kosong tak bertulis. HUHU.

Saya akui saya tak ikut sangat cerita Gaza sekarang. Apa yang saya tahu, bantuan ke Gaza disekat dan Zionis Laknatullah itu sedang berjuang menghalang bantuan masuk ke Gaza. Nampaknya saya terlalu mementingkan ujian dunia sampaikan berita pon tak baca sangat. HUHU. Tapi apa yang lebih penting, ubah diri untuk membantu Islam di sekeliling.

Semalam sertai Kuliah Online di paltalk tentang Gaza Flotilla. Paltalk daku bermasalah sangat. payah sangat nak online guna paltalk ni. HUHU. Kejap je sertai kuliah online, tapi apa yang saya dapat dari kuliah tersebut, untuk menjadi Salahudin Al-Ayubi yang ke-2 kena ubah diri untuk menjadi lebih baik. Kalau jadi engineer jadi engineer untuk Islam, kalau jadi doktor jadi doktor untuk Islam dan seterusnya.

Perancangan Israel sekarang sangat terancang, Bak kata kalam hikmah Saidina Ali, Kebatilan yang terancang mengalahkan kebenaran yang tidak terancang. Mereka tahu Umat Islam semangat mereka bermusim. Semangat semasa orang kata. HUHU. Terasa juga sebab jarang doa untuk sahabat di Palestine. Jahat, kan? Tulah Israel masih mengganas tu.

Emm, orang kafir pon membuat rancangan. Umat Islam perlu juga tau! Kata penceramah dalam Kuliah Online tu, Umat Islam wajib berada dalam organisasi untuk merancang bersama dan menghapuskan kebatilan bersama. Tak dapat buat kerja sorang-sorang. HUHU. Logik ja. Takkan nak pergi perang dengan Zionis sorang-sorang. Memang tak patut. Mati katak kottt~

Banyak kerja tertangguh ni. Selepas ini nak mulakan misi ke bank untuk settlekan bank card yang hilang. Alhamdulillah, check online banking tadi, duit masih di tahap selamat. Semoga ALLAH permudahkan urusan semua. Jangan cuai lagi akma. HUHU.

Hikmah tetap ada untuk semuanya. Berdoa selalu ya. Owh rindu pula dengan library lepas ni. Nak pergi library lah. hehe.