Saturday, January 31, 2009

take your time




masyaALLAH, dari mana datangnya keberanian Recep Tayyip Erdogan ini??kekuatan dari sumber kekuatan kata kak zaf..sumber kekuatan tiada yang lain hanya ALLAH sahaja..

TAKBIR!!
ALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR!!
ALLAHUAKBAR!!

maka, apa peranan kita sekarang??terus dengan boikot dalam membantu Palestine??terus dengan derma untuk meringankan beban??bisik hati, kita terus dengan doalah..doa senjata orang mukmin..emm, betul-betul!!

maka teruslah dengan boikot (jangan henti!!), teruskan dengan derma (infakkan!!), dan teruskan dengan doa (istiqamah!!)..bisik hati, alamak sampai bila ya??sampai habes bumi Palestine dimamah Israel??buntu, kan??

Sebuah negara bernama M*lays*a, tak nak mencontohi apa yang Prime Minister Turki buat ker??takpe2 Negaraku, take your time!!


eh, Palestine kat mane yer, ibu??sebelah Malaysia ker??
[tanye anak itu]

eh tak, Palestine bawah Turki, pergi tengok peta dunia tu..
[mamai-mamai sambil menunjukkan letaknya "kertas" peta dunia baru yang dibeli semalam]

[sambil anaknya menghampar peta dunia]
mane bu??tak jumpe pon??

[terpaksa jua melayan karenah anak]
kat sini, sayang..eh, jap!!ISRAEL??

ibu cepatlah bu, mane PALESTINE tu??nak pergi!!
[terus memaksa ibunya]

kelu..


Negaraku, take your time ya??
inilah padahnya take your time, negaraku!!!
alahai..


~adik, teruskanlah menangis..negara tu tak sedia lagi..hu2!!~


Friday, January 30, 2009

buat-buat??

emm..semalam alhamdulillah masih ada lagi sayang ALLAH pada kami untuk mengikuti sedikit info dari seorang ustaz..sakit jugak pinggangnye sebab lame sangat..hu3!!tapi yang sedikit ini tidaklah setanding dengan kerja dakwah Rasulullah, kan??=)

banyak jugak yang ditanya, sampaikan kenal Ustaz itu padaku..sempat bertaaruf pulak tu..adeyh, redha ajolah..

"akma, kalau tak faham, buat-buat faham.."

apo ajolah ustaz eyh..takpa, tak paham cari orang laen untuk faham, kan??masih ada kudrat untuk berbuat begitu..cari sendiri pun boleh, insyaALLAH..kalau bersungguh memahami ilmu ALLAH, insyaALLAH ALLAH bagi jalan, kan??

susah kalau berpegang pada quote, "buat-buat paham" ni..sampai bile-bile pon kita tak akan faham sebenarnya..nak menyampaikan pada orang lain pun payah, sebab terikat dengan 'pendirian' buat-buat faham..

samalah macam belajar..contohnya, saya belajar Matematik ini..selalu sangat buat-buat faham, sampaikan terhuyung-hayang bila dudok exam..begitulah jua sekiranya ada yang bertanya pada diri, terhuyung-hayang jugaklah 'point' diri..tak gitu??


tapi ingat sekiranya ada yang bertanya, kalau tak tahu, jangan buat-buat tahu jugak..kalau tak tahu, jawab tak tahu..itulah level kefahaman kita..bukan sebarangan bersusah payah nak bagi orang faham..senang lagi kalau diam sahaja..


tapi, diam sahaja bukan jalan terakhir..sebaliknya, pergi balik mencari..tambahkan pengetahuan, dan teruskan bertanya pada yang tahu..insyaALLAH kita sendiri pun boleh sampaikan seperti orang yang tahu..hehe~


“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui..”
[An-Nahl, 16:43]


dari talk tersebut,

apa yang saya dapat??banyak juga..

apa yang saya tapis??juga banyak..


ilmu jangan disia-siakan..


Thursday, January 29, 2009

suka

jalan-jalan blog orang, lompat sana lompat sini, alhamdulillah banyak jugak manfaat yang dapat..maka, saya mengambil inisiatif untuk kongsi-kongsi apa yang patut, insyaALLAH..

Yang pahit akan menjadi manis bila di sentuh masa…
Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Manis atau pahit hanya diri sendiri yang merasa, lalu menilai kesannya pada hati dan jiwa. Kemudian akan wujudlah pilihan samada untuk mengingati atau melupakan. Yang pasti, setiap dari kita akan mengingati setiap kenangan itu dengan cara yg tersendiri.

Terlalu banyak kenangan. Ada yg perlu dikongsi, ada yg perlu dibuang, ada yang hanya perlu disimpan. Kebodohan diri, cukuplah diri sendiri yg mentertawakan. Itulah pelajaran yg mendewasakan. Kejahilan hati, lambang kelemahan yang mahu disingkirkan. Itulah keazaman yang mencetus perubahan. Kemanisan yg dirasai, mengundang kesyukuran. Itulah tanda pemurahnya Tuhan Ar-Rahman.

Lalu nikmat Allah yang mana hendak didustakan?

[nukilan suara di blog sangpelangi]


Saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan manakala saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu.
[pesanan Syed Qutub]


Kemenangan Islam tidak akan dapat diraih tanpa pertolongan daripada Allah SWT dan pertolongan Allah hanya akan dicapai apabila pejuang mendekatkan diri kepadaNYA.
[pesanan Hassan Al-Banna]


hatiku??='(



moga bermanfaat ya!!=)





Wednesday, January 28, 2009

kuimpikan

Aku impikan diriku
Yang sentiasa ghairah bertasbih
Mengadu rindu kepadaNya
MengasihiNya sepenuh jiwa dan raga
mencintaiNya sekuat hati


Aku impikan diriku
Yang sentiasa mengalirkan air mata
Akibat rindunya aku kepada penciptaku
Akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
Akibat segannya aku kerana sering menipu
Kecintaan ku kepadaNya


Aku impikan diriku
Yang hatinya sentiasa bergetar
Apabila nama Tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang
Bila disebut azabnya
Tetapi tenang semula
Bila dicerita kasih sayang Nya yang Maha Luas


Aku impikan diriku
Yang setiap detik mengingatiNya
Akan nikmatnya yang tidak tehingga
Kerana aku tiada apa-apa
Dialah yang Maha Pemberi


Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakal padaNya
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku
Maha suci dari menzalimiku
Kerana Dia penciptaku
Yang penuh dengan kecintaan kepada makhluknya



tidak pernah mahu untuk menjadi diri yang lalu namun selalu mengimpikan cintaku padaNYA melebihi segala yang ada di dunia..Impian perlu atas usaha dan istiqamah, akma!!adakah kau LUPA??aku tanpa cintaMU, bagai layang-layang terputus talinya.. terima kasih Ya ALLAH atas indahnya sujud..='(



yang ingin merinduiMU,
insan ini..

Tuesday, January 27, 2009

erks??

gadis-gadis(hehe) Tates
[atiqah, cik rumah, wal]


makcik-makcik (haha!!) melrose
[farahin bos, ilihanis, sya, farahin hashim]


semakin bercuti panjang, semakin malaz mahu update kurasakan..adeyh, penangan apakah ini??emm..buhsan memang buhsan duduk rumah, tapi best juga..he3!!nextweek dah mula balik sekolah..=)

seronok ke Galway bersama makcik-makcik ittew..tahniah kepada bos kerana berjaya merancang perjalanan dengan tentatif sekali..hah, koreng..nak berjalan 2-3 hari pon kene ade tentatif tau!!hehe..

Galway pon chanteq gaks..city die best2..nantilah upload gambar lagi ya..malas nak upload nih, layan cerekarama jap..larikkkk~


yang berjiwa melayu,
cik akma~

TAG PAKSA SEKERASNYA DARI ENCHEK PALI

Disebabkan Pakcik Fazdhly telah mentagkan saya (maen jugak ya tag2 ni, pali??hehe), maka terpaksalah saya "bermaen" jugak..adeyh, cik rumah ni susah nak layan tag..blur jugaklah dalam tag ni..takpalah, terima ajolah ya jawapannya..

pali, seriyesli, ni tag paling susah!!huwaaaa~

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song name down NO MATTER HOW silly it sounds.

4. Put any comments in brackets after the song name.

5. Put this on your journal/blog.


*If someone says, “Is this okay?” … you say?*
MENJADI DIRIKU - EdCoustic

[camna nak jawab soalan ini sebenarnya ya??hu2.."redho ajolah ya dengan diriku yang sebegini.."]

*How would you describe yourself?*
CINTAILAH ILLAHI - In-Team
[bekerja keraskah saudari dalam meraih cinta Sang Pencipta?]

*What do you like in a girl?*
SESUNGGUHNYA - Raihan

[susah betol mahu cari kaitannya..sesungguhnya, wanita solehah adalah seindah-indahnya perhiasan dunia]


*How do you feel today?*

WANITA - Siti Nurhaliza

[bersyukur menjadi seorang wanita..ooo aku wanita, aku kaum hawa, yang memang rapuh hatinya..]

*What is your life’s purpose?*
DROWNING - Backstreet Boys
[Emm, keep me drowning in YOUR love, ya Rahman~]


*What is your motto?*
KITA - Shiela On 7
[Pastikan kita seirama walau terikat rasa hina..hina, pulaks dah..hu3!!]

*What do your friends think of you?*
SOLEDAD -Westlife
[saya ni ala-ala soledad la jugak..ngeh3!!]

*What do you think of your parents?*
ANDAI KAU PERGI - Indigo

[ Huhu, tepat pada masanya lagu ini..andai kau pergi..tak ku dapat imagine perasaanku ketika itu..hu2!!]

*What do you think about very often?*
SEBERAPA PANTAS - Sheila On 7

[Seberapa hebat kau untukku banggakan?cukup tangguhkah dirimu untuk selalu kuandalkan?mampukah kau bertahan dengan hidupku yang malang?Sanggupkah kau meyakinkanku di saat aku bimbang?erm, speku giler lagu ni..he3!!]


*What is 2 + 2?*
TIADA LAGI TANGISAN - Aishah
[adeyh, pelopor tag ni takdak soalan lain ker??hehe..tiada lagi tangisan untuk jawab 2+2, guna jari pon boleh!!]


*What do you think of your best friend?*
NANTIKAN KU DI BATAS WAKTU - EdCoustic
[Sahabatku, jangan layan cinta before kahwin..hayati lirik ini sedalam-dalamnya..jika benar, nantikan sahaja si dia di batas waktu..jaga hati!!=)]

*What do you think of the person you like?*
MELAWAN KESEPIAN - Siti Nurhaliza
[Apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti..airmata tertahan, waktu untuk dijatuhkan..nanti kita kan tahu, betapa bijaknya hidup..sepahit apa pun ini, pelajaran yang bererti...bertabahlah~]

*What is your life story?*
KEIMANANKU - Haris Shaff Fix

[seujung rambut pun aku takkan bimbang, jalan ini yang kutempuh..fighting!!Ya Rabb, tetapkan muslim kami dalam apa jua perkara..]


*What do you want to be when you grow up?*
TAPI BUKAN AKU - Kerispatih
[serius tak tahu apa kaitan soalan dengan lagu ini..emm, tapi bukan aku yang nak jadi doktor nanti..cikgu2!!=)]


*What do you think of when you see the person you like?*
BELAIAN IBU - Hijjaz
[sungguh besar pengorbanan ibu..kasihmu membawa ke syurga]


*What will you dance to at your wedding?*
LAGU TEMA PAS - Shoutul Amal
[erks, menari pulak dah..pali, aku pon layan lagu ini..hehe!!]


*What will they play at your funeral?*
KEREDHAANMU - In-Team
[adeyh, soalan ini..abaikanlah soalannya..semoga pemergianku dalam keadaan yang diredhai..huhu]


*What is your hobby/interest?*
SELAMATKAN DUNIA - In-Team
[mari selamatkan dunia!!mari bergandingan menuju hidup yang sempurna]


*What is your biggest fear?*
CUBA UNTUK MENGERTI - Siti Nurhaliza
[semoga bertabah!!jalan yang dipilih bukanlah mudah..kucuba untuk mengerti dalam melayari kehidupan]


*What is your biggest secret?*
MENJEMPUT BIDADARI - Epicentrum
[Saat perjalanan adalah pencarian diri..itu rahsiaku, mencari diri dan hakikat diri..semoga dipertemukan..]


*What do you think of your friends?*
IZINKAN KU PERGI -Kaer
[redhalah dengan kepergian ini..biarkan kumula kembali kehidupan..maafkan daku duhai kasih, izinkan ku pergi..erks, nak pergi mane nih??]


*What will you post this as?*
KALIMATAN - Talil Al-Habib
[zikirku, zikir kalian]



habes jua..alhamdulillah..


Monday, January 26, 2009

wanita


Wanita - De Hearty

WANITA

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Friday, January 23, 2009

kanak-kanak

bakal ke galway bersama atiqah, wal dan makcik-makcik Melrose..senyaplah lagi blogku...harap tiada sesiapa yang keciwa..(ah, bajet saja!).. menjaga budak bukanlah sesenang yang didamba..tapi takpelah, at least itu merupakan latihan buat masa sekarang..(erks)..seronok menjaga atirah!!=)

~atirah seronok melihat diri sendiri di skrin komputer~


naseblah atirah ni bukan seaktif akiff..tapi seronok juga melayan akiff!!sangat soleh..bukannya gemar bermain dengan perempuan, I mean acik-acik di sini lah..bagus, tarbiyah sejak kecil..he3!!si atirah ini juga seronok melayannya..kebanyakan kanak-kanak dibagi sahaja teddy bear, pasti mudah sahaja berhenti menangis..namun, taktik itu bukan pada atirah ya!!=)

mahu tahu cara memujuk atirah??masuk sahaja Youtube (pulas telinga sendiri jika tidak tahu laman ini), searchlah aliff baa taa..maka, itulah hiburan kanak-kanak ini..riang ria menyanyi bersama kanak-kanak kecil di dalam video klip itu..berhenti tangisan kepiluannya..=)

alhamdulillah kanak-kanak seperti ini telah dididik sejak lahir lagi medium ke jalan yang lurus..insyaALLAH thabat di jalan ini..didiklah anak-anak anda, atau adik-adik anda yang masih kecil itu ker, anak saudara ker, dengan sebaik-baiknya..sedih amat pada keluarga yang berbangga anak-anaknya memasuki Bintang Kecil la, Bintang itu la..nasiblah belum ada lagi matahari dan bulan dikaitkan..(erks!)

~peganglah quran di hatimu~

baekslah, berundur dahulu..doakan perjalanan kami selamat hendaknya!!owh ya, atirah juga suka zikir di bawah ini..=)

Kalimatan habibatan ila ar-Rahman
Khafifatan `ala al-lisan, thaqilatan fi al-mizan
Subhanallahi wa bi hamdih, subhanallahi al-azim


yang mahu ke galway,
adik akma
[pakcik pali, don't be too emo pasal ini..hakikat, terima sajo!haha~]


Wednesday, January 21, 2009

takkan bulan jatuh ke riba



..insyaALLAH, zikir ini bisa mengubat hati..
[kliklah play..hehe]

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

~senyumlah walaupun hatimu derita~

ayuh riang melompat bintang!!
[mengambil kata-kata kak zaff..entah apalah maksudnya..hehe]

..takkan bulan jatuh ke riba kerana bulan sentiasa bersinar di langit sana..
kan, bulan??


~cik pacat, ini sahaja yang mampu saya lakukan ketika ini untuk memujuk anda..huhu~


yang sedang mengubat hati,
cik akma~

..kpd korang dan adik2 KY ku..

~no other place can replace..the one and only, As-Saad~


rindu KY??rindu As-Saad??

insyaALLAH ini pengubatnya..

blog guru paling lembut di KYUEM,
Ustazah Husna..=)

http://myawfa.wordpress.com

walaupun Jpah dah linkkan (mane boleh lawan Jpah bab blogging, kan??harus koreng setuju!!) tapi saya nak jugak promot, kot-kot ade yang tak tahoo lagi..=)


Kepada Juniors merangkap current seniors KYUEM, selamat mendapat result..
mari sama2 doakan yang terbaek..
alamak!!berdegup sama..!!

~syukuri segala~


yang risau jugak result sendiri,
cik akma~

Tuesday, January 20, 2009

Selepas Exam, Yahookah??

~biru laut turki..bumi Istanbul melambai kembali..erks??~


Seperti sedia maklum, cik rumah dah habes paper sabtu hari tu dah..dan hari ni merupakan hari ketiga rileks-rileks saya..adakah saya bergembira ketika ini??free sangatkah??meh2 saya cerita sikit ape yang saya buat sepanjang hari2 'rileks' ini..

kalau ikut majoriti jam, banyak jugak masa yang saya buang dengan perkara yang tak berfaedah..huhu!!seperti menonton sin chan, tengok youtube majlis kahwin bersama makcik2 laen di tates ni (ha3!!) dan banyak lagi..AJL tengok di youtube aje, itu pon persembahan 4 artis terpilih sajo..malaz nak tengok AJL yang full tu, takde Shoutul Harakah jadi tak mahu tengok..(bajet2!!)

Esok mungkin jadualku sangat penuh..he3!!pagi hingga petang berkemungkinan akan menjaga athirah..hah, sape athirah??tyra banks leeds tu ker??owh, tidak!!motif sangat menjaga adik yang dah besaq..hue3!!nantikan saja, itu pon kalau saya rajin post pasal athirah yang chumel ini..kami sama2 chumel tau..(erks??)

Malam esok plaks, kawan2 Kak Nik akan menumpang tidur di rumah ini..di sebabkan Kak Nik masih sibuk di hospital sekarang dan tidak berkesempatan balik ke rumahnya (housemate Kak Nik ni semua bakal doktor, maka bertinggallanlah mereka di hospital tym weekdays), beliau memohon bantuan saya (sebab habes exam) untuk melayan mereka sekejap..makanya, esok Tates ade tetamu!!senorok menerima tetamu kerana tetamu itu kan membawa berkat..insyaALLAH..


~Kakak usrah, Kak Nik dan makcik Surrey, Ajah~


dan hari yang ditunggu2, 23hb Januari 2009..bakal berjaulah sekali lagi..dan destinasi kali ini adalah Galway..Jaulah bersama makcik2 Melrose dan 2 orang housemates saya, Wal dan Atiqah..Wan dan Che Nad tak pergi sebab maseh dalam exam..semangat nak pergi ni sebab ketua perjalanan begitu semangat sekali, tak gitu puan light??hehe..bakal balik pada 25hb dan insyaALLAH on 25hb tengah hari tu plan nak tengok persembahan nasyid di Galway..NISE (pertandingan Nasyid Uni di UK) kat Leeds tak dapat pergi, saya pergi yang Ireland punye ajelah..=)

tapi itu cerita teknikaliti saya..sebenarnya, hati saya pon bercerita jugak ni..dua tiga hari ni asyik tak senang hati kerana masih memikirkan kertas applied yang horror hari tu..masyaALLAH, adakah kurang konsep tawakal dalam diriku??naudzubillah..tetap dipujuk hati untuk tidak mengingati paper berkenaan..Ya Rabbi kurniakan aku keindahan rasa tawakal kepadaMU..yakinkan aku pertolonganMU~

teringat kat hadek-hadek di KYUEM sana yang bakal menerima keputusan AS-Level mereka esok..semoga baek-baek hendaknya ya!!'adik' akma di sini pon risau jugak dengan resultku ini..sama-samalah kita berdoa kepadaNya dengan sabar dan solat..nak sibuk tanye ke tak result kalian ye??tapi kalau hadek-hadek tak mahu share, tak mengapa..hehe~


~bersama adik adam dan kak dayang~


yang risau jugak,
cik akma~


Tag BOIKOT dari Syara


The rules as follows:
a) List down 5 of the products that you are boycotting
b) List down 5 of the products that you will try your best to boycott
c) List another 5 of the products that you find it's hard to boycott

saya tukar soalan boleh ke syara??haha!!macam tak berape nak beza aje soalan a dan b..saya tukar yer!!soalan c je saya tak tukar..hehe~

a) Barang BOIKOT yang tak pernah dan kurang sentuh..

1.Starbucks

Alhamdulillah, sejak lahir sampai sekarang, saya tak pernah lagi minum-minum di Starbucks..entah kenape, berat sangat nak berbelanja di sana..sekadar kopi, wal pon pandai buat..(eh??)

2.GAP

Yang ni pon tak pernah beli..tapi, dulu pernah teringin..before balik summer nanti nak beli satu pakaian GAP..naseblah, kesedaran memboikot datang..no GAP!!

3.Kit Kat

Alhamdulillah, bukan hantu coklat..pernah jugak makan ni tapi tak berape nak gemar..Kinder Bueno lagi sedap..tapi jarang jugak dah makan sekarang..jimat???diet??ah, ape-apelah..ngeh3~

4.Coca Cola

Bukan minuman kegemaran, alhamdulillah..jarang jugak minum air ni..tapi, adik dan cousin saya suke giler coca-cola..ini tugasku untuk mendidik mereka berpaling cinta dari Cola..

5.McDonald

Memang jarang berMcD..kalau ada pon ketika di LCCT sahaja tatkala bermalam dan menunggu flight balik Kuching di sana..even di Kuching ada jua McD, tapi tak terliur pon nak makannya..

b) Barang BOIKOT yang sudah sebati..

1.KFC

Ini antara kegemaran saya..memang harus saya berjihad NO KFC lagi dah..dulu memang start2 jugak taknak ke KFC tapi disebabkan pengaruh famili dan rakan sebaya, hatiku lumpuh..alhamdulillah, tadi kakak cakap pasni memang tak pergi KFC dah..doakan thabat~

2.MAGGI

Mak saya akan beli Maggi setiap bulan, 2 pek yang satu pek 5 bungkus tu..(ke, satu bungkus 5 pek??mane2 lah..) untuk buat stok mase lapaq..alhamdulillah mase kol mak tadi die cakap, “baek, mak tak beli lagi dah MAGGI,”..hehe~

3.TESCO

Saya nekad untuk mewajibkan diri untuk tidak meNESCO..banyak lagi hasil TESCO dalam simpanan..tengah berusaha menghabeskan secepatnya..sakit mata~

4.NESTLE

Saya minat MILO jugak..pendek kata semua ahli dalam familyku minat MILO, NESCAFE sume tu..tapi takpelah, TEH BOH kan ade..

5.KOTEX

Perlu bertukar.

c) 5 Barang susah nak boikot

1.Nokia

Handphone saya Nokia..tapi beli baru, LG Viewty..handphone NOKIA ittew tak boleh saya habeskan mahu pon buang macam barang2 TESCO tadi tu..lagipun, banyak kenangan tersimpan kemas di sebalik handphone berkenaan..=(

2.Google

Tahu milikan Yahudi..blogspot dalam google..perlukah bertukar ke wordpress??kerna itu termasuklah ia dalam barangan yang susah untuk diboikot..seperti kata syara, guna medium ini untuk kutuk mereka..hue3~

tak dapat pikirin tiga yang laen..=)



Syara, trimas..habes sudah..kali ni saya nak tag lah..seorang aje yang bertuah sebab katanya nan ado (motif ikut penulisan Hadek Pali) yang pernah tagtag beliau..hah, NAZRI..sila buat tag ini..hue3~


yang boikot,
adik akma~

Sunday, January 18, 2009

Tag dari Zulhilmi

~blue mosque dari jauh..rindu pulak pada Turki~

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

  • Benda ya??Laptop kot..


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?

  • YAZOO Campina (Milk Chocolate Shake) GBP0.89


3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

  • Nape rase macam soalan ni tetibe muncul??tiada laen, akad nikah di Musolla As-Saad..bersanding, takde tempat impian pon..tak sekaya Mawi!!


4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?

  • Soalan ini pon, tetibe muncul..hubungan apa ya??


5. Adakah anda dilamun cinta?

  • Berusaha untuk berada dalam lamunan cinta..Cinta, yang HALAL itu HALAL, yang HARAM itu HARAM..kupilih untuk berada dalam pautan cinta HALAL..ya Rabbi, kurniakan rasa izzah itu..


6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

  • SARAY di Turki..nak tavuk satu!!


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

  • New Cambridge Statistical Table (NCEST)


8. Apakah nama penuh kamu?

  • Norakma binti Dinen


9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?

  • Mak kot. Jarang cakap dengan ayah..huhu~


~di perkarangan luar sebuah istana~

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?

  • Entah..tak pernah ada niat untuk berjumpa dengan insan yang tak pernah saya jumpa..nak jumpa orang yang pernah saya kenal dan jumpa, boleh??


11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?

  • Apakah motif soalan ini??kerana saya peramah, saya rapat dengan semua..lenguh nak taip..(hah, bajetkan??)


12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?

  • Jarang..khidmat washing machine jer..trimas untuk landlady sebab kasi washing machine baru..=)


13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?

  • Musolla As-Saad


14. Pelukan atau ciuman?

  • Geli..abaikan~


15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu
.

  • diamonder yang sibuk bangsa-sawan
  • gile tangkap gambaq
  • nak pergi US..pok chek, beralihlah ke UK..he3!!
  • ambil further maths!!usaha!!
  • ade blog sendiri


16. 8 perkara yang amat saya gilai buat masa sekarang

  • Blogging
  • Yazoo Campina (Milk Chocolate Shake)
  • Budak-budak
  • Beberapa lagu Shoutul Harakah

Ah, penat pikir.. 4 ajelah..hehe~


17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
.

  • Ya ALLAH!
  • Menggelupur
  • Boikot!
  • Bertabah giler
  • Saya
  • Takot~
  • Palestine
  • Israel Laknatullah

Itu aje kot..ade lagi satu perkataan ni..tapi terpaksa dirahsiakan..ajah, simpan perkataan di ‘ym’ itu kemas2..hehe~


18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.

Saya tak gemar baca buku..tapi nak jugak baca “Men Are from Mars, Women Are from Venus”..ceyh!!berapa mukasurat cik rumah mampu baca agaknya??huh!!


19. 10 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.

  • Selamat Pengantin Baru kat blog mahagurukim..boleh dengar tapi dalam keadaan terpaksa..naseblah mahagurukim tukaq lagu, Lagu Untukmu dari Pakcik Husain dah..kim, letaklah lagu Shoutul Harakah plaks..hehe~
  • Keimananku – Haris Shaff Fix
  • Nantikanku Di Batas Waktu by EdCoustic..sedikit jiwang tapi suka lirik lagu ni..hayati dengan mata hati..belajar2 tekan brek!!
  • Menjadi Diriku dari EdCoustic jugak
  • Selamatkan Dunia

Sudah kot..tak tahu dah lagu ape lagi..


20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
.

  • Menghargai PERSAHABATAN
  • Susah payah family..huhu~

malaz nak listkan lagi..


21. Mari men’tag’ 9 orang lain.

Seperti biasa..tak tag blogger laen..


~Yeah!!habes..alhamdulillah selesai~

tag dari syara seterusnya selepas ini..hehe!!


yang muda,
Cik Akma~



episod harupurple

~rindu As-Saad~


Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi..diriku masih tidak tidur-tidur lagi..kulepaskan pandanganku ke luar tingkap..hah, haru giler menjenguk apekebende la jugak di luar tingkap??tipu jer, saje buat ayat novel..owh, lama tak bercerpen..erks??jangan tertipu, saya tak pernah ada cerpen sendiri..tapi dulu pernah gak try2 buat..tapi 5-6 mukasurat aje, tak habes..tema cerpen biarlah rahsia..haha!!gelak guling-guling kalau baca balik cerpen pendek itu..naseblah dah tak simpan..alhamdulillah..

siri haru bermula..adui, paper yang bagi ana (seronok plak berbahasa arab ni..hehe) killer, Applied Maths..paper lastku yang merosakkan mood habes exam..entah, perasaan tak puas asyik sekali bertandang sekarang ni..soalan demi soalan kulihat, mak ai, camne nak jawab nih??huwaaa...ditenangkan kembali hati..masih jua tak tenang tatkala ramai sekali yang keluar awal dari dewan peperiksaan..heh, diorang ni dah siap ke memang taknak buat??takkan kejap giler nak jawab 6 soalan itu..huhu~

pakcik muda di sebelah saya dari awal exam melilau aje mata..tengok2, dah tutup kertas jawapan+soalan, berdiri, dan terus berlalu pergi..magic skali!!diriku, masih terduduk membisu di meja kecik ittew..mahu saja menangis di kala itu jua (ayu nyer~), tapi tetap terus berdoa untuk ditenangkan hati yang resah..nekad, takkan keluar selagi masa masih ada..tepat 530pm, kami (saki-baki tak keluar awal) menjatuhkan pen..redha ajelah..huk3~


~motif??iklan sat..CINTA, yang HALAL itu HALAL..yang HARAM itu HARAM~


keluar dari dewan, alamak gate Botanic Garden dah tutup!!dewan peperiksaan berada di bahagian atas Botanic, jadi kena guna laluan Botanic untuk sampainya..tapi, nak dijadikan cerita gate untuk masuk Botanic kat dewan tu dah tutup..diorang memang akan tutup gate-gate di sekeliling Botanic pukol 5ptg..adui!!maka, berjalanlah ana (dua kali dah!) tanpa tahu jalan, meredah malam yang dingin..betol2 tak tahu jalan pulang kalau tak masuk Botanic garden..

nak dipendekkan cerita, saya ikutlah mamat sekuliah saya ni dari belakang secara senyap..gile cepat die jalan..memang tak sempat nak follow..pakcik tunggulah!!dengan kerabunan dan malam yang gelap, pakcik itu hilang entah ke mana..die belok mane??huwaa!!maka kuteruskan berjalan tanpa henti..asing sekali jalanan ini..try kol wal untuk mencari jalan pulang..juga tak dapat membantu..akhirnya, mintak khidmat Kak Tom dan Kak Zilal untuk carikan saya di mana memandangkan mereka berkereta..haru kan??

naseblah jumpa Asia Market..try kol Kak Tom lagi untuk inform diri sudah di Asia Market..alhamdulillah setelah beberapa kali try kol, berjawab jugak panggilan..tragis jugak hari ni..berjalan sehingga ke Palestine!!memang cuak jugaklah ketika sesat2 tadi..terfikir nak naek bas pergi city, pastu baru tahu camne nak sampai rumah..peliks plan ni..awatlah tak terfikir nak kol taxi terus??diri kebingungan dengan kesesatan dan exam bercampur baur, memang susah nak fikir logik..tapi alhamdulillah ALLAH bagi ilham untuk kol Kak Tom dan balik semula ke Asia Market yang dijumpai di awal 'kesesatan'..


~berjalan sehingga ke Palestine!!di street inilah kumenunggu Kak Tom..huhu~

terimas buat yang membantu..doakan paper applied saya itu okay!!tawakal, cik rumah!!dan doa buat saudara di Palestine jua..huhu~


yang haru walaupun dah habes exam,
cik muda akma~


Saturday, January 17, 2009

bertabah giler

~entah motif apa jua diletak picture ini..senyum!!hehe~


empunya blog baru menjenguk blog sendiri.haru!!
exam last tadi sangat susah.haru!!
sesat tatkala mencari jalan pulang lepas habes exam tadi.haru!!


nantikan siri keharuanku..
memang harubiru!!

yeah, dah boleh bukak blog!!tekad dan azamku berjaya..huhu~


Monday, January 12, 2009

:notis 8 jam:

salam2..

ok, saya kira nak private kan sekejap blog ini mulai esok sampailah saya habes exam sabtu ni..ini adalah kerana saya mengalami kebingungan yang melampau dan masalah hati yang tak sembuh2..(masalah hati merangkumi banyak skop, harap maklum!!)

nanti sabtu datang lagi ke blog saya yer..hak3!!exam habes pukol 530pm waktu UK..tak sabar nak membantai semua paper..huhu!!

yang akan menutup blog subuh esok,
akma..

:macam-macam:

awal pagi dah bersenam dengan wal pergi beli topup untuk elektrik..fuh, giler dahsyat gadis2 Tates gune elektrik bulan ni..tak sampai seminggu pon untuk GBP30..haha!!sejuk2..yelah, oil pon dah habes..masih setia menunggu abang oil untuk hantar oil sekarang ni dan menanti heater untuk berfungsi kembali!!terpaksa gune blower dan segala waktu dengannya dahulu sekarang..

dah masuk minggu exam dah ni..lusa ni paper first..menggelupur kan??itulah, saya pon tengah menggelupur sekarang ni..tapi, study nye takde lah mantop sesangat berbanding rakan2 laen..tiada teman untuk bersama2 study ni, boleh leka kadang2..hehe~

okies2, saje2 nak update sebenarnya..okies, itu aje!!selamat berexam semua!!bagi yang masih cuti ittew, doa untuk kami ya!!terimas....doa buat palestine jua!!=)


:demo di belfast:

adam pon semangat turun demo..Allahuakbar!!


akiff sedih yer??kanak-kanak pon sedih dengan keadaan di Palestine..huhu~

untuk banyak lagi gambar boleh ke blog rakan belfast ini dan ini..


:ulangtahun kelahiran:

meriah warga Belfast..6 orang birthday in Januari..Ustaz Nabir, Adam, Akma, Kak Neri, Kak Nini, Bro Aminul (suami Kak Nini)..


terimas!!puas makan kek minggu lepas..hehe~


:speku:

eh2??ni sape pulaks ni??makcik, kasi la chance adik tu cari barang best..hik3!!carboot dihatiku..carboot kat Surrey(bukan nama sebenar) naek kereta baru boleh sampai, katanya..ni kat Belfast ni, naek plane..tahniah!!carboot pertama di bumi Belfast..apekah??haha..


yang menggelupur mahu exam,
adik akma..
(wah rasa macam muda!!)
*pali, aku pon hadek jugak!!*



Saturday, January 10, 2009

untukmu jiwa-jiwa kami

selama lebih 60 tahun Israel 'berjuang' untuk merampas tanah dari bumi Palestine yang sekarang hanya tinggal Genting Gaza dan Tebing Barat..klik gambar untuk tumbesaran..


Filastin Tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Alloh, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamu
Tercatat sebagai syuhadamuuu


mahu peluk adik ni..hu3!!

suke sangat lagu di atas ni..untukmu palestina!!ok, bersedia untuk berdemo..warga Belfast berdemo hari ni..orang2 Belfast jom turun!!Ustaz semangat giler semalam, jom semangat same!!hehe~

yang berusaha memboikot,
cik akma
(cambest pulak tulis ni)


Friday, January 09, 2009

yang benar

ok..sebenarnye, saje2 nak update ni..exam??a'ah, exam nextweek..meroyan, kan??tarikh examku 14, 16, 17 Jan..memang haru!!berturutan gittew..tapi, takpelah..revise jer ape yang patut..persediaan untuk exam pon tak mantap lagi sebenarnya ni..adui!!

Jaulah ke Turki tempoh hari, saya serahkan pada Cik Wan untuk merungkai perjalanan kami di kota Istanbul itu..jangan lepaskan peluang membaca sejarah yang ada diselitkan dalam post beliau..wah, glamer gitu!!wan, sila kira berape orang tetamu yang bertandang di blog anda pasni..hue3~


istana pada zaman khalifah dahulu di Istanbul..Kamal Attarturk (ye, tahu salah eja..hee!!) pon pernah tinggal dalam istana ini..serius besar!!tak larat nak jelajah dalam istana ini..namun khabarnya, setiap kali khalifah yang tinggal sini dan kamal juga, pasti tak lama mereka menghuninya..after 4 o 5 tahun mereka terus meninggal..wallahu'alam..


dan, saya tertarik dengan satu entri di blog seseorang..saya tidak menggrab apa-apa kerana videoklip itu memang umum..jadi, jom saya kongsi lagi!!hehe..



Jom DOA!!Doa untuk mak ayah, keluarga, Palestine, saudara-mara..doa untuk ketenangan ketika nak jawab exam nanti bukan untuk diri sahaja tapi sahabat jua..doa untuk menjadi anak yang soleh..doa untuk mendapat kefahaman islam pada diri, keluarga dan masyarakat..doa untuk mendapat teman hidup yang soleh dan solehah jua..hehe~

banyak benda kite nak doakan, kan??maka, jom tambah AMAL..takkan mintak aje kan, selari jualah dengan amal..insyaALLAH..terkesan dengan entri ustaz hasrizal yang terbaru..di manakah kita ya??muslim ilusi atau muslim realiti??kembali menilai diri..doa sahaja, amal tiada, adui, apa cerita??

hancurkan ISRAEL!!

yang masih cik dan bukan puan,
cik akma
(tibe2 tulis ini)

Wednesday, January 07, 2009

assabiah ya?

jamal@musollaassad.com


entah semangat NekNak mane merasuk diri..rindu As-saad kembali menguasai..ini bukan cerita dongeng okies!!huhu..siapakah bloggers KYUEM sekarang yang boleh kuperintahkan mengepos perihal musolla as-saad ini..mahu tahu cerita musolla!!anda tahu orang merindu bagaimana, bukan??kartun, pliz..hehe~

baeks, semangat assabiah juga merasuk di kala PUISI08 dahulu..aiyoh, makan talam pon nak cari geng kolej jugak..in certain cases la..ngeh3!!entah tak berape nak tahu, apsal lah KYUEM ini sangat assabiah??hue3~


tidak mahu garnet berassabiah garnet, kami diamond, topaz, sapphire menyertai sesi fotografi itu..haha!!kesian garnet..laen kali lah yer!!kalau nak ambik pic house jangan depan house laen..memang tak akan jadik!!hehe~



semangat chalet!!teringat kak sal..huhu!!bersama kak day yang semangat la syarqiah, la gharbiah!!


first day pon telah menunjukkan ciri-ciri semangat ittew~


giler suker pic ini..kim!!anda sangat chumel..hik3~


current seniors KYUEM, PUISI09 menanti kalian!!saya confirm kalian juga berassabiah nanti!!erks??penulis tidak berapa pasti untuk ke mana winter camp nanti..assabiah di mane lah tahun depan ek??hehe~


Monday, January 05, 2009

:kehidupan semakin berliku:





BINGKAI KEHIDUPAN


Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

lagu tema PUISI08..dimaklumkan jua dijadikan lagu tema brothers PMS08..lagu ini sangat semangat!!!best2..bilelah Malaysia nak buat lagu jihad yang best macam ni??asyik lagu cinta-cintun aje, kan??hehe~


Dipetik kembali dari info buku kecik PUISI08..
"Tahukah anda yang Imam Hassan Al-Banna telah menubuhkan Ikhwanul Muslimin ketika berumur 22 tahun tanggal 1928. Jadi, apakah sumbangan anda tika ini untuk Islam?"




soalan lebih tertuju pada diri penulis sendiri..apakah sumbangan yang telah saya sumbangkan untuk Islam??kembali menilai diri..andai diriku di bumi Palestine, bisakah dirasa umur menginjak ke 22??mungkin sudah bersemadi di alam sana..masyaALLAH~

teruskan berdoa untuk saudara kita di Palestine!!dalam usaha memboikot..(penulis nak boikot Tesco memang susah, tapi nak usaha dulu!!doakan..)

selamat hari lahir buat diri sendiri..22 tahun sudah??Ya ALLAH cepatnya masa berlalu..harus menerima hakikat diri sudah semakin dewasa..fuh3~




Sunday, January 04, 2009

:entri 5 minit:

start: 11:52 AM (waktu UK)

pictures di bawah di ambil semasa penyelinapan keluar sekejap selama 2 jam bersama Ustaz Nabir dan family yang sempat hadir juga ke PUISI08..terescape ceramah Dr.Amin yang first sebab nak melihat alam Killarney..hu3!!

sungguh, keindahan Killarney sukar untuk digambarkan dalam bentuk perkataan..sila pergi sendiri Killarney..khabarnya Killarney memang sebuah perkampungan yang paling canteq di bumi Ireland..=)



merenung jauh nampak??hehe~


rumah orang Irish..comelkan?


lagi rumah orang Irish..suke tengok!!sangat comel..=)


bumi Killarney yang menghijau..


adam..gambarnya menjadi wajib bagiku..juga comel..ngeh3~


kambing biri-biri yang terlalu banyak di Killarney..ini baru satu tempat..belum tengok tempat laen pulak..=)


Ustaz Nabir dan Keluarga..meriah sungguh!!best sangat jalan-jalan masa tu..ukhuwwah orang-orang Belfast..hehe~


bersama syifaa yang macam makcik bomoh pulak pegang tongkat..hehe!!


bermain dengan kuda..penulis hanya memerhati dari jauh..hak3~


owh..lebih 5minit la!!huhu..ok, sambung study!!
sambung ke baru nak start??haha!!

end:12:12 PM