Friday, February 27, 2009

Tag Atiqah pulaks~

bagi melunaskan janji, walaupun saya takde lah janji sebenarnye, (die paksaaaaaaa!!hehe), saya buat jugaklah tag ini..aduih, saat diriku memerlukan tag, kurang yang mentag..saat diri taknak terima tag, datang pulak tag tanpa dijemput..hehe~

saya mahu ambil masa 15mins sahaja untuk ini..harap berjaya sebab memang tak plan nak update malam ni..tengahari yang tadi itu cukuplah untuk wakil jumaat, sabtu dan ahad..hahah!!ok2, saya terus dengan jawapan tag dari atiqah tersebut..


1. Copy Badge "2008 Cute's Blogger Award" untuk diletakkan di blog anda.


atas kapasiti gambar badge tersebut yang agak tak sopan, saya taknak lah letak di blog saya..haha!!best lagi letak badge SOP..walaupun secara majoritinya, memang saya akan menang award tu, tapi kalau award tu tukaq jadi gambar muslimah bertudung kan ayu lagi..hoho~


2. Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

Atiqah Hamid, mengapa award ini diberi kepadaku??hehe~nak tahu siapa dia, sila ke blog ini..
3.10 facts about myself.
Macam nak buat apa yang wan buat..letak link terus untuk soalan ini..tapi macam takde link ja untuk di letak..maka terpaksalah menyenaraikan~

a. Tak terurus dari segi masa. Pendek kata tiada jadual waktu belajar yang baik dan memang lemah dalam management. (owh, pendeknya kata ini)

b. cerita hidup yang kurang menarik untuk di kongsi bersama. ah, rindu cerita dahulu. tersemat indah dalam kenangan cerita dari sekolah rendah hinggalah ke KYUEM. itu pun kalau ada signifikasinya dalam hidup saya. Kalau tak, langsung tak akan ingat sampai bila2.

c. boleh serius secara tiba-tiba dan boleh happy secara tiba-tiba jugak. Buat yang pernah melihat akan keseriusanku, mohon maaf andai tidak senang hati. Ada masalah yang menekan lah tu. Diharap jangan bertanya macam-macam di saat genting ini. Huhu.

d. risau akan keikhlasan diri. Bermohon supaya ALLAH letakkan keikhlasan dalam hati untuk setiap perkara. Tiada ikhlas, sia-sia sahaja.

e. suke sangat rayau blog orang. mengomen pon nombor satu. bak kata seorang blogger, saya adalah blogger berleluasa. Huhu. Namun, atas kesibukan sedikit sekarang ini, sudah jarang untuk mengomen. Hanya blog-blog terpilih sahaja untuk ditinggalkan komen. Sila ke blog NICE kami. Haha..

f. merindui as-saad dan aktiviti di sana. pagi, usai solat kami akan berjemaah ke DH untuk sarapan. pada waktu-waktu tertentu, akan bermastautin di musolla sebab study di sana lebih aman dari RC dan chalet. malam, suka order burger Abang Hafiz. makan sama2 malam tu lepas habis solat isyak jemaah. Huhu.

g. bakal pulang ke malaysia pada 8hb June 2009. Mungkin sampai pada tarikh 9hb June 2009. Andai berkesempatan, diri akan berjaulah sekejap ke kolej untuk mengambil kembali semangat as-saad. Sudah dikhabarkan jua pada family atas kelewatan balik ke Sarawak. Tapi ini sekadar rancangan. Tiket ke sarawak belum beli lagi. Balik semula ke Belfast 26hb June 2009. InsyaALLAH.




h. sudah cintakan belfast. hikmah saya berada di sini. boleh melihat banyak perkara yang saya kira hanya boleh disimpan maknanya untuk diri sendiri sahaja. Hehe. Boleh jumpa Adam, Anas, Akiff, Azam etc. Hehe. nama bebudak lelaki je saya senaraikan..Ngeh3!baiklah, boleh jumpa Syifaa, Najwa (yang tak suke saya tu..hu3!!), dan sebagainya.

i. suka membeli barang makanan walaupun takdelah makan sangat. (hahaha!!). tidak suka shopping baju etc. Kalau terasa perlu dan baju best baru saya beli. Setakat ini lebih suka kumpul beg. Adeyh~ Suka purple.

j. sabar menjadi bunga. InsyaALLAH. (bertuahlah andai ada yang faham..hoho).


ok, cukup sepuluh.dan ini nyata, saya memang tak boleh urus masa dengan baik. Rasanya saya sudah mengambil lebih 10 minit dari target awal, 15 mins..huhu~eh2, nak tambah yang ke-11.

k. tidak suka tag sape-sape. Suke susahkan hidup kim sahaja dari sudut tag. itupun baru sekali. Hehe. Baik, kan?=)

banyak lagi yang kalian tak tahu pasal saya. Emm, saya memang sedikit berahsia. Biarlah rahsia, kan kak siti??hoho..


yang suka purple,
cik akma~

macam ibu-ibu ek??

sedang jiwang-jiwang berjalan balik ke rumah, saya berhenti la kejap sebab nak melintas tak boleh kat jalan depan universiti tu atas desakan kereta-kereta yang berpusu-pusu untuk bergerak..maka bertabahlah diri menunggu untuk membuat lintasan-y..tatkala menunggu kereta-kereta berhenti dan agak lengang, saya terpandang seorang ibu (macam orang hongkong sebab mata sepet tapi bukan puan kimlah) dan anak kecilnya yang saya kira baru berusia setahun 6 bulan 8 hari (precise kan??hoho)..

diorang berhenti kejap kat jalan pejalan kaki tempat saya berpijak tu...ibu die ni sedang buat ape entah, macam bersih-bersih troli budak tu, dan budak tu dibiar berjalan sesuka hati..haish, takut jugak tengok nye...kang tak pasal-pasal pergi jalan kat atas jalan raya terus, sudahlah kereta banyak masa tu..peranan saya, tengok ajolah aksi ibu dan anak ni..

habis sahaja si ibu melakukan tugas die pon ajak anaknya ni terus berjalan, tapi anak die ni masih bermain kat tempat tadi..ibu die jalan aje tanpa mempedulikan si anak..adeyh!!tatkala itu juga, datanglah seorang gadis sunti berdiri di sebelah saya sambil menunggu jalan raya lengang untuk membuat lintasan yang sama dengan saya..dia pon terpandang-pandang anak kecil yang berlegar-legar di sebelah kami tu..adeyh, budak ni..malas dah saya nak tengok2 budak tu, pandai2lah die pergi ikut mak die jalan yang dah menonong ke depan tu..huhu~

sedang khusyuk tengok-tengok kereta lalu-lintas, tetiba gadis sunti itu bertanya dengan yakin nye kepada saya,

"is he your child?"

saya dengan wajah blur memandang gadis itu dan tengok balik budak tadi tu yang dah nanges2 kejar mak die..masa budak tu lari-lari anak ke mak die, gadis sunti itu gelak-gelak tanda die faham soalan die ajukan tadi tu sepatutnya tak perlu ditanya kepada saya..huwaaaa!!

waaaa, ape yang berada di kotak fikiran gadis ini sampaikan boleh bertanya budak itu anak sayakah??huhu..berfikirlah saya sambil tergelak sorang-sorang di sepanjang perjalanan..saya ni ade rupe macam ibu-ibu ek??hoho~


cik ana, kakak ana balik summer ni..hehe!!


yang tetiba nak update,
cik akma~

Tuesday, February 24, 2009

saya bercerita tentang cinta

couple haram, tetapi buat juga.
[idea menulis selepas meneliti message shoutbox Muscom]


emm, khinzir haram juga. tapi tak makan pula. kalau disamakan bercouple dengan makan khinzir boleh tak??tapi, khinzir boleh dimakan masa darurat. Couple tidak pernah dibenarkan dalam istilah darurat. Yang mana lebih mulia antara khinzir dan couple??Kalau dibandingkan, khinzir yang lebih mulia kerana kita boleh makan ketika darurat, namun couple..??


Tapi saya pun teruk jugak..tengok orang couple, diam sahaja..saya lagi teruk rasanya..='(
Saya berdoa dari jauhla.. (selemah-lemah iman..huhuh)


Ya ALLAH hijabkan hati ini. Semoga rasa itu kusimpan buat si dia yang benar-benar layak untukku. Si dia yang telah
Kau ciptakan buatku. Nekad, tiada cinta haram episod ke-2 dalam kamus hidup ini. Berusaha bersungguh-sungguh menjadi baik, kerana terdapat janji ALLAH untuk mereka yang baik.


anak bujang bongsu Kak Hanie..seronok jadi budak-budak..bukan faham istilah cintun ini..


[mode lega selepas selesai tugasan satu..yang dua tengah menyusul..adui, makcik bila nak siapkan??]


yang tetiba berbicara tentang cinta,
cik akma


Sunday, February 22, 2009

testing NICE

bukan saya yang buat..macam kurang matang pulak poster ni..hehe



muslimat-muslimat Belfast


testing-testing..muslimat Belfast, ok ker??heheh..terima kasih rakan kolaborasi atas poster yang menarik ini!!=)

untuk Kak Hanie yang selalu menjenguk blog picisan ini, berNICElah dengan kasih sayang ya!!heheh..

Saturday, February 21, 2009

maaflah blog

sekali lagi, bahana ketidakkemaskinikan blog menjelma..entah di mana silapnya..maafkan diriku wahai blog eigen (hehe) kerana tidak memberi perhatian seperti dulu..kasihan dirimu yang mendapat cik rumah yang tidak pandai urus masa ini..huhu~


:prioriti sekarang:
menyiapkan nota statistik yang tidak siap-siap
aktiviti NICE yang belum tersusun (3 minggu lagi, perlu mulakan dari sekarang!)
urusan kalendar dan masak-masak
urusan lain yang perlukan kesungguhan diri


bertabahlah blog, anda akan dilayan beberapa hari lagi..jangan merajuk ya!!=)


rakan kolaborasi NICE, sarah affendi..opps, farahin rahim..hehe~


Friday, February 20, 2009

bukan rahsia cuma belum sampai waktunya

The Source of Peace

[Pejabat Setiausaha SOP]
20hb Februari 2009
25 Safar 1430H


Mungkin bagi pengunjung yang lain, tidaklah menjadi apa-apa kejutan akan hal ini kerana mereka adalah ahli YG SOP. Dan bagi pihak yang lain pula, mungkin ada yang tertanya-tanya The Source of Peace itu apa sebenarnya. Saya tiru-letak kembali ayat salah seorang moderater yahoogroup ini.


"Assalamualaikum. Semoga ukhuwah yang terbina di Kolej Yayasan UEM tidak akan putus, Moga group ini dapat menjadi medan kita bertukar pendapat, ilmu dan pengalaman. Tujuan group ini dibina adalah bagi membincangkan tentang rangka kerja kita untuk membantu program dakwah Islamiyah adik-adik kita di KYUEM, agar sedikit sebanyak dapat membantu mereka menghadapi cabaran di luar negara, serta bertukar pengalaman bersama-sama juniors di KYUEM."


InsyaALLAH, itulah sedikit sebanyak diskripsi yahoogroup The Source Of Peace ini. Untuk tika ini, perancangan masih giat dibincangkan bagi menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti ketika cuti musim panas nanti. Semoga perjuangan ini akan terus thabat dan redha dariNya sahajalah yang diingini oleh ahli SOP semuanya. Adik-adik KYUEM sekalian, tunggu kemunculan kami ya! InsyaALLAH.

Untuk aktiviti pertama kami, yang rasanya kecil tapi bererti akan menyusul ketika NISE yang akan berlangsung Sabtu ini, 21hb Februari 2009 di University of Leeds (universiti idaman cik rumah dahulu..huhu). Mohon kepada yang berkesempatan, moleklah berkunjung ke Gerai SOP nanti. Nampak sahaja kelibat Saudari Fatin Nabihah and the Gang di kawasan gerai-gerai esok, itulah gerai SOP! =)

Jualan kami untuk esok hari:
  • karipap
  • kuih sagu
  • kuih bakar
  • apple cobler
  • koktail
  • tart kecil
  • tart besar

Buat mereka yang berkesempatan, cubalah rasa ya! Setidak-tidaknya, mohon heboh kepada sahabat-sahabat muslimat yang lain sekiranya tidak berkesempatan. Bagi peserta nasyid pula, jangan lepaskan peluang ini! Berkunjunglah ke gerai kami itu.

InsyaALLAH penanda buku hadis akan disebar-sebarkan kepada pengunjung gerai SOP nanti! Penanda buku tersebut adalah hak cipta terpelihara ahli SOP sendiri. Alhamdulillah, SOP punya nadi penggerak yang mantap-mantap belaka contohnya nadi NISE ini. Silap tidak menghantar wakil SOP untuk berentap ketika nasyid tersebut. Hehe. Maka, jangan ketinggalan untuk mengunjunginya. Rugi kalau tak menyinggah tau! =)

Buat mereka yang telah berusaha dalam memastikan kelancaran aktiviti sulung ini, terima kasih kami ucapkan. Semoga usaha ini walaupun tidak seberapa namun insyaALLAH punya nilai di sisi Illahi. Sama-sama muhasabah dan ikhlas. Eksklusif buat Fatin and the Gang, berjuallah dengan penuh kasih sayang! Kalian mampu mengubahnya. Salam perjuangan dari ahli yang jauh ini. Senyum usah dilupa!


Jazakallah hu Khairan Kathira.


Norakma Dinen
SU SOP 09/10


Wednesday, February 18, 2009

segenggam tabah




Segenggam Tabah
In-Team

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


emm, cik rumah suka lagu ni..buat yang berduka, buat yang kecewa, janganlah diteruskan rasa itu..bangkitlah semula untuk terus berjuang..jadilah seperti camar kelukaan yang tetap terbang jua untuk mencari secicip rezeki..=)

mohon, jangan diteruskan rasa itu..jenuh sekarang pasti akan bertemu tenangnya..percayalah!! betul, hati yang luka bukan semua yang peka..namun meredah kehidupan yang sukar, jalan itu bukanlah seorang-seorang..ALLAH peneman setia..teruskan usaha tanpa henti!!


yang berdoa di kejauhan,
akma

Tuesday, February 17, 2009

tag kundur kak dayang

Tag dari kak dayang
This is simple tag.
Like other tag, just answer the question..

terima kasih kak dayang kerana tag saya..yeye!!dapat update dengan riang..tapi, ni tag kahwen..aduih~


1. How old are you?
Umur saya baru mencecah 18tahun..kepada yang tak puas hati, tak payah bising-bising..bagi offline message cukup..hihi~

2. Are you single?
single but not available..

3. At what age do you think you'll get married?
arghhh..tension nye soalan ni!!esok lah!!saya muda lagi~

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
no idea because there's no one with me now..full stop!!=)

5. If not, who do you want to marry?
seorang lelaki taknak perempuan..(jawapan nak larikkk)

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
hahaha..bridesmaid seorang perempuan, bestman seorang lelaki!!(lagi jawapan nak larikkk)

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
apo-apolah..ish3!!ni soalan untuk artis ni..cik rumah tak layaklah benda-benda camni..huhuh~

8. Where do you plan to go on honeymoon?
Al-Hambra..Turki lagi..heheh~

9. How many guests do you think you'll invite?
benda teknikaliti ni sile tolak tepi dulu..

10. Will that include your exes?
ajak kot..apsal tak ajak pulaks??die pon akan ajak saya pergi majlis die..i'll do the same ler..

11. How many layers of cake do you want?
lagi benda teknikaliti ni..kek lapis boleh??banyak layer ok~

12. When do you want to get married, morning or evening?
apsal la lawak bangat soalan ni..haha..tengok masa tok kadi ok..

13. Name the song/tune you'd like to play at your wedding:
gelombang keadilan..hah, insaf sikit..

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?
makan talam semua..menu nasigoreng ja..naseblah tetamu-tetamu..hue3~

15. Champagne or red wine?
ribena pliz..sesuai dengan kaler tema:purple..hah, ambek~

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
entah..tengok tiket murah dulu..

17. Money or household items?
tak paham soalan..next!!

18. How many kids would you like to have?
redholah berapa pon..

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
tengok keadaanlah..mawi record tak??kalau die record nak gak lah..hue3~

20. Whose wedding plan would you like to know next
saya nak tag kim..siaplah Puan Kim..hihi~

tag seterusnya pliz..taknak tag kahwen2 lah..banyak nye tag kahwen yang saya terima..kang gatai nak kahwen susah pulaks..makkk, sik maok kawen dolok!!!huhuhu~


namun cukuplah doa ini untuk aku dan dia,
"Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa.."

ameen kan semua, boleh??terima kasih..


yang taknak kahwen dulu(statement ape ni??),
akma~


entahlah

sebenarnya lama sudah saya memendam rasa ini..ingin saya jelaskan di sini, blog saya tidak terlalu mementingkan bahasa..saya tidak boleh menjadi skema sekelip mata..ditambah pula saya memang kurang pandai dalam Bahasa Melayu..harap pengunjung memahami..

tapi apa yang boleh saya buat, saya tidak mahu terlalu banyak menggunakan singkatan perkataan seperti "yg" dan sebagainya..setakat ini, itu sahaja yang boleh saya lakukan..maka, mohon pada semua jangan bebani saya dengan isu bahasa..percayalah saya juga mencuba menggunakan bahasa yang betul..

entah, tetiba bosan dengan isu bahasa..kalau boleh, saya nak aje jadikan blog saya ni berbahasa sarawak..habes cerita..ade sesape nak halang??seronok lagi berbahasa ibundaku..namun, atas dasar keprihatinan tiada jualah saya meletakkan bahasa sarawak sebagai bahasa utama dalam blog saya ni..


seronok lagi berbicara pasal makanan..hehehe..rindunya ikan Turki ni..=(


sekadar luahan peribadi..abaikan andai tiada manfaat..


yang berkerut,
akma~

Monday, February 16, 2009

saya pun tak tahu saya cerita apa

emm, memang terasa lamanya tidak bercerita di blog peribadi ini..sungguh cepat masa berlalu, sampai tak sedaq dah nak balik Malaysia dah tak lame lagi..heheh~kakak dah kasi message dah hari tu, tanya bilakah diri ini nak balik..huhu!!untuk tika ini saya tak beli lagi tiket..terasa malas nak usha-usha tiket..kalau lah ade yang nak sponsor tiket balik, fuh bahagia amat rasanya..tapi malangnya, tak mungkin akan tercapai impian ini..huwaaaaaaaa~

masih dalam dilema..terus balik ke kuching summer ni atau menyinggah sekejap ke kolej kesayangan kerana ramai sangat yang menanti diri ini muncul di sana...especially kartun dan syudep tu..hahahha!!syudep, sediakan makanan yang banyak untuk beta ok!!hihi~buat kartun, kumpullah cerita-cerita sensasi anda tu..hari tu memang gelak sampai krem pipi tau!!tak habes gelak lagi ni...hak3!!bile nak buat next meeting nih??ngeee~


MOC yang sungguh emosi..sayaberbaju pink..ish3, ingat kembali 14hb Februari 2008..kalau ada yang rajin, silalah menjenguk entri saya bertarikh ini..hahahah~


ketika ini juga lagu chenta di blog kim sedang berkumandang..aduih, apa kes pulaks la puan kim ni letak lagu-lagu chenta ni..kan dah terkenang "memori silam" dah ni..puan kim sila tukaq lagu laen!!selamat pengantin baru pon boleh gaks..hue3~namun, terima kasih kerana entri "sarawakian" itu..hihi!!

dan akhir sekali, saya dapat rasakan idea menulis saya semakin berkurang..arghhhh, nak pindah tumblr lah!!(apa kaitan??marah alia kang~)..cerita PUISI tak tercerita sangat, cerita TURKI lagi, cerita Galway lagi, cerita kampung halaman banjir lagi, cerita itu ini lagi (perlukah bercerita semua ini??hehe)..nak kata busy, takdelah sangat pun..huhu!!apalah yang sedang dibicara di hati ini entah..huhu~

tiada yang nak tag saya ker??nak buat tag selama-lamanya lah kalau macam ni..barulah ade benda nak update..hahahhaha!!


ayah saya, mak saya, adik saya..seronok tengok mereka beraya..huhu~


rina yang terasing..aduih, awat hijau amat ni??baju hijau, dinding pun hijau..suka ya??ngeh3~


mereka berdua adalah anak sedare saya..amnan dan rina..=)


yang sudah tidak pandai BM,
akma~

Sunday, February 15, 2009

lafaz ini

seperti tiada ada,
MasyaALLAH
[tolong jangan difahami..hanya nukilan sendiri..=)]


cik rumah akan terus dengan updatenya.
InsyaALLAH


terus gembira kerana suka. hehe~


Monday, February 09, 2009

izin laluan

hajat diri mahu tutup sekejap blog,
seperti yang kerapkali dibuat sebelumnya,
namun dibatalkan sahaja dengan keputusan,
kubiarkan ia bersawang tanpa tulisan selama seminggu,

tiadalah jua cik rumah ini mahu ke mana,
cumanya diri masih belum stabil,
biarlah hati ini merasa dan muhasabah,
dan hanya mereka-mereka sahaja memahami


terima kasih kepada yang masih melawat..



yang benar-benar mengharap kekuatan dari sumber kekuatan,
akma~

Sunday, February 08, 2009

permudahkan

pening

gusar

terkezut


BLURRR!!


Ya ALLAH, permudahkan..
ameen~


Saturday, February 07, 2009

sarawakku

di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada encik Jpah (statistik bile nak keluaq??aku tak jadi top referrer, siaplah..he3!!) kerana mempostkan video Bakti Kenyalang itu..hah, barulah ade idea sikit nak letak ape dalam blog ni..hahah, tiru jap!!korang tengok ajolah yer, semua gambaq nye..=)


~tak semua dalam gambaq ni..rasanya picture ni saya copet dari ariff..hue3~



~hah korang, ingat celorot lagi tak??heheh..kalau nak lagi, sila2 mai sarawak..nanti saya buatkan..hahahahha!!tapi kak dayang tolonglah..hik hik~


~saat-saat indah menunggu bas..ingat lagi perasaan terseksa kalian itu??hahaha..sedih2~


~ingat lagi tak adik kecik ni??semangat semacam adik ni deyh, seram..hehe!!=)~


~hehe..syarif!!apakhabaq la anak jati sarawak ni..huhu!!entah diorang bawak lagu apa, tak ingat dah..ade sesape ingat tak??sounds familiar jugak lagu tu..aduih, short term memory la..keredhaanMU ker??ke tu lagu nasyid mase IAW, ke ICAN??huhu~


~inilah bapak angkat saya di Spaoh sana..sporting amat beliau..pakcik Hashim!!bilalah lagi nak jejak ke sana semula padahal dekat ajo..huhu~


~team bola sepak kampung KYUEM dan SPAOH..juga tak ingat sape menang..rase2 macam KYUEM..emm, entahlah..dunia bolasepak ni saya tak berapa nak tahu sangat..hehe~


~entah apelah yang best kat tangga ni..semua nak ambik gambaq kat sini..hahhahah~


~team keluarga angkat pakcik Hashim..ni first day kat SPAOH..masa tu ingat muka pakcik ja, tapi tak tahu nama..huhu~


~bersama beberapa rakan seSPAOH~

bila nak mai sarawak lagi rakan-rakan??kepada sesiapa yang nak pergi sarawak, boleh roger-roger cik rumah..nanti saya bagi alamat hotel, nombor telefon teksi, bus dan list-list restaurant best..hahahha~

huhu, rindu sarawak..sesungguhnya banyak yang 'tiada' di sarawak..alhamdulillah, selalu jugak kedengaran ramai dah anak jati sarawak berusaha menganjurkan program-program amal seperti jemput Ustaz Hasrizal ke kolej-kolej dan sekolah, lawatan itu ini ke sana sekarang..huhu!!ayuh anak sarawak, kite orak langkah!!=)

yang merindui keluarga di sana,
cik akma~

Friday, February 06, 2009

tak payah baca tau, saja nak update ni..

hehe..entah apa kejadah letak picture ni..he3!!tetibe rindu baju purple yang tu..tinggal kat rumah..mesrakan musolla as-saad dengan kami??hehe..

emm, terpulanglah pada pembaca lah untuk meneruskan pembacaan..saya dah remindkan dah, tak payah baca..saje2 cik rumah ni nak update..huhu~

secara jujurnya, diri ini masih pening-pening dengan segala benda yang berlaku di sekelilingku..semuanya berlaku serentak..macam nak koma pon boleh gak ni..tapi kehidupan bukan semudah yang disangkakan..ingat, saat perjalanan adalah pencarian diri...=)

2 hari dah Belfast bersalji, tapi saya tak update pun pasal tu..he3!!malas tetiba nak update blog..kalau nak tengok snow di belfast boleh rujuk blog rakan-rakan yang laen..picture pun saya tak berapa nak ambik..ngeh3~

saya betul-betul tak tahu nak cerita apa dalam ni..tapi saya nak update jugak ..hehe..hah korang, redha ajolah ye setelah membaca bende entah pape ni..serabut kepala, nak buat ape dulu yer pasni??huhu~

ok, tido dulu..(makcik, ini pilihan ape ni!!aduih!!)

yang serabut,
akma~



Wednesday, February 04, 2009

entah, boleh tak?

rindu Istanbul..huhu~


kaya dengan sejarah..=)



hehe..sape buat ni??tepuk tangan sikit..yeah!!kak day, sik maok try polah kah??heheh~


musolla as-saad..tunggu summer nanti!!insyaALLAH..=)


rakan-rakan seperjuangan..=)


entahlah tak tahu nak update ape..saje je letak gambaq..=)

Tuesday, February 03, 2009

NISE dan NICE

tiada daya kumelawan..putus asakah??mungkin jua..NISE(Nisa' Nasheed Extravaganza) Leeds, maafkan kami kerana tidak dapat menggunakan peluang ini..tiket mahaiiiiiii!!!!!sob..sob..sob!!tak mengapalah masih ada lagi pengganti jiwa yang tengah lara ini..fokus yang ini sahajalah!!ngeh3..

!!NICE!!

ingat lagi pada NICE??owh, tak ingat yer??mari saya perkenalkan semula..NICE adalah merujuk kepada aktiviti kolaborasi kami, Cik Akma dan Puan Farahin (hahah!!) yang dulu tu..alhamdulillah pihak Queen's Malay Club (QMC) telah meluluskan proposal 'riangria' kami..he3!!makanya, bakal berjalanlah projek itu, insyaALLAH..




terima kasih kepada pihak QMC kerana membenarkan kami menjalankan aktiviti ini..banyak jugak cabaran di permulaan ini..tidak mengapalah, inilah mehnah(fuh3) yang perlu ditempuh!!=)

NISE di Leeds tidak dapat kami hadiri walaupun terdapat peluang yang sungguh baek, namun terpaksa dibatalkan sahaja penyertaan kerana masalah pengangkutan, tiket mahaiii(adui2), kena consider kena bawak hadiah balik ke belfast lagi (berat2..haha!!) dan sebagainya..poning2 diriku malam ni!!huk3~

NISE EIRE di Belfast??pembaca setuju tak??saya sangat setuju!!hahahaha..orang-orang belfast, mari bergabung dengan masyarakat IRELAND sahajalah..susah benar nak pergi mainland tu..grrrrr!!NISE EIRE di Belfast, NEXT (Nasheed Extravaganza kaum Adam) EIRE di Galway..wah, best jugak ni..takde lah penat nak angkut hadiah, tak gitu orang belfast??kui3~

emm..NISE EIRE??tercapaikah??emm~


yang mimpi sahaja??,
cik akma~


Lemas dan Terus Tenggelam, Mahukah??

Sungguh suka dengan entri yang saya copy paste kan dari blog muscom tercinta..pada perkiraan saya, jarang sudah yang melawat ke blog tersebut..entah mengapa, sibuk mungkin..maka, di sini saya ingin berkongsi artikel yang saya baca dari blog berkenaan..bacalah dengan hati dan akal..=)



:bermula:

Dalam hidup bermasyarakat, seringkali kita tidak lekang dengan ungkapan privacy, kehidupan sendiri dan macam-macam lagi. Kita tidak suka jika perihal kita dan tata cara hidup kita diganggu gugat oleh orang lain. Bahkan dengan yang demikian timbullah peribahasa “jangan ganggu tepi kain orang”. Tetapi sedarkah kita, bahawa dalam hidup bermasyarakat, kita bukanlah hidup berseorangan. Kita adalah ibarat sebuah kapal yang diketuai oleh ulil amri (pemimpin2) yang terpercaya. Kapal dan bahtera masyarakat ini lah yang membawa kita sama ada ke arah kejayaan yang gemilang atau pun kehancuran.

Sungguhpun, manusia ini hidup diatas daratan, tetapi selayaknya, hidup kita adalah lautan yang penuh gelora dan tidak selalunya tenang. Maka Allah dan Rasul telah menetapkan aturan hidup yang cantik, indah dan sempurna sebagai jalan hidup. Tetapi, malang dan sangat kesal sekali bilamana kita tidak menurut apa yang telah lama kita ketahui. Kita hanya pandai bercakap undang-undang Islam, hukum Islam dan macam2 lagi tentang Islam.

TAPI, ADAKAH ISLAM ITU TERTEGAK DENGAN KATA-KATA??? ADAKAH ISLAM ITU TERBINA DENGAN AIR LIUR?? ADAKAH TAMADUN ISLAM ITU SENDIRI GAH DENGAN UCAPAN-UCAPAN DAN CERAMAH-CERAMAH??

Kalau lah benar Islam ini tertegak dengan kata-kata, Rasulullah tidak perlu berdakwah ke merata tempat. Kalaulah benar Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa makam sahabat banyak di serata pelusuk dunia. Kalaulah Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa perlu mujahid setia mengangkat pedang menaikkan maruah Islam?? Maka Islam ini bukan tertegak dengan kata-kata sahaja!!

Islam ini tertegak dengan perbuatan yang selaras dengan apa yang diucapkan berpandukan Quran dan Sunnah. Dan dalam kita hidup bermasyarakat juga, dalam bahtera perpaduan tidak kira anda agama apa pun, anda bayangkanlah, jika kapal yang anda naiki itu dilubangi atau dirosakkan oleh segolongan pihak. Contohnya, ada segolongan lelaki cuba melubangkan lantai bahtera itu dan anda berdiri disitu, sedang suasana luar kapal itu penuh gelora dan lambungan ombak. Adakah anda akan berdiam diri?? Adakah anda akan duduk disitu sahaja dan anda akan berkata , “ini bukan hal aku.aku tak buat apa pun. Biarlah diorang” Adakah anda akan berdiam diri kerna anda tahu yang jika kapal itu dilubangkan, maka anda akan turut tenggelam dan mungkin sekali anda juga bersalah kerana tidak mencegah apa yang dilakukan itu.

Ini lah masyarakat. Inilah yang sedang terjadi kepada masyarakat. Bilamana pelaku kerosakan dan pembuat dosa dan maksiat bebas mengatakan yang urusan mereka adalah hak mereka sahaja, bahkan dengan lantang mengatakan , “Suka hati akulah. Kubur masing-masing. Aku tak susahkan orang lain”. Peminum arak, penzina, pelaku maksiat memang melakukan dosa itu sendiri tanpa mudharatkan orang lain secara zahirnya. Tetapi azab Allah tidak hanya tertimpa pada satu golongan manusia sahaja.

Mahukah nanti bilamana kita bertanya kepada Allah: “Ya Allah, kenapa aku diazab sedangkan aku tidak lakukan apa yang mereka lakukan??. Lalu Allah menjawab , “Apakah tanggungjawabmu yang telah Ku berikan ilmu dan hidayah sedangkan kau tak berani membetulkan kaum mu??” Maka juga bilamana kapten kapal kita juga melakukan silap dalam menakhoda kapal itu bahkan kita ketahui yang kapal itu jika terus berada pada laluan yang diterajui nakhoda kapal itu akan menyebabkan kapal yang kita naiki akan karam, adakah kita akan mendiam diri bahkan mungkin sekali berkata, “Nakhoda hebat membawa kami ke jalan yang hebat”. Sedangkan kita tahu di hadapan penuh batu dan karang yang akan merobekkan badan kapal dan menyebabkan kita semua lemas. Adakah itu yang kita akan lakukan???

Maka sedarlah, kita ini adalah bahtera yang dirangkumkan menjadi satu ummat. Maka bilamana ada nya kemungkaran dimata kita dan tidak kita berani untuk mencegah bahkan tidak terasa untuk membenci, akan sampai satu ketika kapal ummat ini akan terus lemas dalam kejahilan sehingga sampai ummat yang akan menggantikan kita dan memerangi kejahilan itu. Maka fikirkanlah, adakah kamu akan menjadi ummat yang tenggelam atau yang akan membetulkan kapal ini??

:berakhir:



mungkin boleh dikonklusikan sendiri.maka, tanya pada diri peranan kita dalam pelayaran bahtera kehidupan yang bukan hanya kita sahaja di dalamnya, namun berjuta-juta (lebih-lebih lagi) ummat Rasullullah s.a.w sedang bersama dalam pelayaran. kita, bukan hidup seorang-seorang.

terima kasih kepada blog MUSCOM di atas perkongsian..

www.muscom.iluvislam.com
[sila lawati jika berkesempatan ya!]

Monday, February 02, 2009

tiada snow

emm, bukak blog rerakan masing-masing cerita pasal snow, salji, snowman dan macam-macam lagi..maaf kepada pengunjung semua kerana blog saya takkan cerita pasal salji a.k.a snow sebab faham-faham sajalah ya..hehe~

seronok melihat mereka seronok bermain salji segala..saya ni tak tahu pun nak buat snowman sebab bahan asasnya(salji) takde..malah tak pernah tengok pon betul-betul..maka tak terciptalah snowman itu..saya sekadar menjadi pemerhati dari kejauhan, hanya melihat tertubuhnya snowman..eh, sayu nye cik rumah??

[tiada kaitan peranggan di atas dengan perenggan yang seterusnya..hehe~]


~rindu berprogram bersama..sesuatu yang bukan mudah~


lama benar tidakku coret dengan panjang melebar..nak bagi alasan busy, tidaklah berapa ok sebab takde busy mane pon..mungkin pening-pening lalat lagi kot, sebab perlu menerima satu cabaran yang entah luar biasa ke tidak..maka, berusahalah cik rumah!!=)


kalau dinilai kemampuan diri, sungguh tidak tercapai akal..namun, segalanya bukan mustahil!!anda berpijak di bumi nyata, ingatlah!!berusahalah semaksimum yang pasti!!


yang mengharap kekuatan dari sumber kekuatan,

akma~


nak, nak!

bermula persekolahan.
sekarang jua kuteruskan langkah.
tiada lagi pandang ke belakang.
titik.

dan padamu,
aku mungkin musuhmu.
tetapi padaku,
kaulah SAHABATku.

berpijaklah di bumi nyata.
buka mata seluas-luasnya.


[seperti mahu meniru aksi Puan Kim di blognya..owh, macam tak jadi..he2!!]