Tuesday, March 31, 2009

takziah kak dayang



..setiap yang bernyawa pasti akan mati..
..takziah buat keluarga Kak Dayang Nurhadziah Abang Saufi..
..semoga roh ayahanda kak dayang berada di bawah lindungan Nya..
..al-fatihah..

"Setiap sesuatu yang bernyawa pasti merasakan mati sesudah itu kepada kami kamu dikembalikan.."
[al-Ankabut: 57]

Ya ALLAH, Kau tabahkanlah hati sahabat kami ini..ameen~
doa kami mengiringimu..='(


~saya dan dayang~

yang teringat family di rumah,
akma~

Sunday, March 29, 2009

dari hati saya ke ni?

entahlah macam mana boleh tersesat ke laman ini..tapi boleh mengajak kita untuk berfikir jua..asalnya nak cari isu yang boleh dikaitkan dengan Malaysian Night..emm, tak habes-habes lagi isu ni..hairan2..sudahnye ade yang tak mahu pergi, nak kisah ape??anggap je takde jodoh nak jumpa insan-insan di Malaysian Night tu..hehe!!kalau nak kaitkan Malaysian Night untuk berdakwah, mengapa yang pergi tidak terus dengan missi tersebut??mengapa perlu point orang lain akan hal ini??tak fahamlah..

saya pon tak pandai nak cakap banyak, nanti sudahnye saya yang kena..saya tak nak timbulkan banyak konflik..naluri manusia, lebih-lebih lagi wanita seperti diriku, memang sangat berkonflik..tapi nak buat macam mana, manusia sememangnya sukar nak faham situasi individu lain..termasuklah diri saya sendiri..agak-agak senang ke nak berlapang dada??orang-orang terpilih aje boleh bersabar dengan baiknya..dan saya berusaha untuk menjadi orang-orang yang terpilih, namun kadang-kadang terkandas jua..

blog ini blog luahan perasaan??yes, exactly..kalau boleh saya nak juga luahkan segala bende yang bersarang di kepala ini..tapi sejauh mane keberanian saya??nak jaga hati orang ni susah, tak pasal-pasal kita juga yang kena balik..cara ini tak betul, cara begini yang betul..and for that, I thank you sebab sudi mengomen..manusia sekarang memang sudah banyak idea untuk berbicara, dan termasuklah diri saya sendiri..jadi, nak tak nak kena terimalah kan..hakikat hidup dengan manusia, bekerjasama dengan manusia..so akma, what do you think??




dikatakan semua ini mehnah dalam berjuang, tapi saya kadang-kadang malu dengan term berjuang nih..berjuang sangat ke saya nih??saya dudok depan laptop je, tekan itu, tekan ini..taip itu, taip ini..adeyh, berjuanglah sangat..kalau nak difikirkan, kerja dakwah ni sangatlah berat dan banyak..bukan setakat bawak usrah or join usrah, ta'lim, baca artikel ustaz-ustaz, etc..kalau kita boleh dudok dan renung sejenak, masyaALLAH, banyaknya nak kene perbetulkan, banyaknye nak kena buatkan..tapi kita ni manjakan sangat diri sendiri..tak nak fikir, tak nak peduli..

bangun solat pulak (ni saya nak peringatkan diri sendiri sebab terkandas pagi tadi), bukan dengan bantuan kekuatan nak bertemu ALLAH, tapi sentiasa harapkan alarm clock untuk kejutkan..alarm clock dah kejutkan pun, still liat nak bangun..ni ciri-ciri orang berjuang ker??qiyam pun nak harapkan alarm clock, nak tetapkan hari bile nak qiyam, nak tetapkan seminggu sekali berqiyam..Ya ALLAH, sedihnya dengan diri sendiri..dikatakan cintakan ALLAH dan Rasulullah s.a.w, tapi nak qiyam pun bersyarat..='(


~formula bangun subuh, tahajjud!!~


saya belum dapat lagi meraih cinta ALLAH..sama ada saya berusaha atau kurang berusaha, saya pun buntu..kasihkan ALLAH dengan bersyarat, macam mane nak dapat cinta Dia??nak baca Al-Quran sehari 2 mukasurat, nak baca Al-Ma'thurat kadang-kadang pagi je, kadang-kadang petang jer, kadang-kadang je tiap-tiap waktu..semuanya kadang-kadang..tapi saya harap, dengan syarat-syarat dan undang-undang ini, saya boleh terus istiqamah dan resahkan diri andai tidak menepati..resahkanku andai tidak di jalanMu..

kadang-kadang saya terfikir, salah ke hidup dengan undang-undang??ke saya berqiyam, baca quran boleh hadir dengan sendirinya??macam mane nak kaitkan dengan sunnatullah, kalau semuanya dengan sendirinya??any idea??ish, ish..beremosinya artikel ini..terima kasihlah sudi baca..harap bermanfaat pada yang lain, kalau tidak pon maaflah buang masa kalian aje membaca..hahhaha!!

akhir kalam, jalan dakwah itu gerun dan mengerikan kerana kita bertanggungjawab dalam amar ma'ruf nahi mungkar..amar ma'ruf sahaja tidak melengkapkan dakwah..nahi mungkar sahaja pun tidak melengkapkan dakwah..kedua-duanya seiring..cuba tanye diri sendiri, kita sedang berdakwah ker??dakwah dan solat itu kedua-duanya wajib..andai ada yang mahu menjadi golongan berkecuali, untuk apa hidup di muka bumi??dan para dai'e, ubahlah apa yang perlu diubah..jangan disebabkan tingkah kita, timbul fitnah pada Islam..(dush, terkena sendiri!)

teringat bait-bait lirik ini, mengharap senang dalam berjuang, bagai menunggu rembulan di tengah siang..tapi, saya tengah berjuang ker??huhu~


sekian dari diri,
akma.


Saturday, March 28, 2009

Tsaqafah

Buat semua warga Belfast, pakat ramai-ramai ke Kelas Tsaqafah Pendakwah pagi nanti!!


Masa: 9.30 am - 4.30 pm
Tempat: Morton, depan rumah Kak Neri.
[7 jam nih!!mesti banyak kita dapat, insyaALLAH]


atyka dan saya di depan Queens Belfast..jurukamera: Cik Wansyaz..hihi


akhir kalam, harap-harap ade warga Belfast yang baca nih..hoho~


Friday, March 27, 2009

erti?

..ketika langkahku disalaherti, hati dilapangkan untuk mengerti..
..saya pasrah, kerana saya tahu segalanya bukan terbit dari niat di hati..


biarlah di sini, madahku sejenak terhenti,
kerana kutahu jua, ada insan yang memerhati..

*pergantungan terus dari Illahi*


life must go on,
cik akma~

tanpa henti

..apa pun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti..
..dan kini, saya redha atas segala ketentuan..


..permudahkan, Ya Rabbi..



yang sesaje nak update,
akma

Tuesday, March 24, 2009

souvenir untuk famili

family saya tanya saya lagi bila saya nak balik padahal saya dah cakap kat diorang tarikh kepulanganku..hehhe!!comel-comel dan banyaknya pesanan mereka..setakat ini saya perlu beli 3 bijik handphone..hahaha!!untuk kakak sulung, kakak second dan adik bongsu..emm, harapnya ini boleh menggembirakan hati-hati mereka..

dah mention awal-awal dah saya takkan beli NOKIA..diorang pon tak kisah phone ape, asalkan boleh berMMS, kata kakak second saya..ala, nak MMS dengan siapalah jugak, suami kan dah ade..he3!!eh2, lepas bersuamilah baru boleh MMS semua ni..[silap penulis mendefinisikan 'membolehkan' ni..hehe]


saya dulu pun kurang jugak dalam memberi, apa salahnya saya berkorban sedikit sekarang..kakak tanya, ada duit ke nak belikan, kalau takde dia bayar kemudian..saya diamkan aje..biarlah diorang merasa apa yang saya dah rasa dahulu dari mereka..kakak saya ni pon selalu jugak berkorban..

malah laptop yang dalam jagaan dan milikan saya sekarang ini pon dia yang belikan..no worries, kakak!!(kat rumah tak panggil die kakak pon..hehhe)..tiket flight saya ke semenanjung kalau balik ke kolej-kuching tu dia pun selalu sumbangkan..='(

itulah kan..kalau seseorang insan tu ringan tangan nak memberi, orang yang menerima pon tak kisah nak memberi kepada yang pernah memberi kepadanya..hati akan rasa lain andai kita asyik memberi namun, orang yang diberi tu tak reti bahasa kata orang..gembira menerima aje, tapi memberi buat dunno..hehe!!memang keikhlasan si pemberi tu bakal tercalar sedikit, tapi insyaALLAH hati akan terus dipujuk bahawa pulangan memberi bukanlah dari manusia, namun dari ALLAH..

Tujuan kita dalam memberi pula bagaimana?? sering juga kita terlepas dengan point yang sangat basic ni..kita katakan kita memberi kerana ALLAH, namun tersasar dek motif tersendiri dan tersembunyi..mereka yang bertujuan sebegini, kadang-kadang akan dilanda kekecewaan sekiranya apa yang mereka mahukan tidak seperti yang diharapkan..maka, berkabunglah dan bermuram durjalah kerana motif sendiri..maka di sini, saya anjurkan lagi, muhasabah..teruskan bermuhasabah..=)

Andai tujuan kita tersasar kali ini, jangan diulang perkara yang sama..betulkan balik segala tujuan..membetulkan tujuan lantas terus membetulkan niat..insyaALLAH kekecewaan tidak akan hadir, malah akan terbit rasa puas dan gembira dalam memberi..bear in mind, tidak semua yang berpuas hati dalam memberi..sering diselitkan dengan keluhan, perasaan sedih ketika memberi..memang sukar untuk mencari insan yang benar-benar ikhlas memberi..anda mahu jadi salah seorang yang berpuas hati dan gembira??maka, hilangkan lekas-lekas segala motif yang tersembunyi..


~gambar comot ana dan rina..emm, rina nak apa yer??mak dia pulak yang berpesan souvenir dahulu..hehe!!~


beyond expectation through acception..


Sunday, March 22, 2009

Yang binasa bisa berganti?

Saya cuba-cuba search pasal Akademi Fantasia setelah mendapat berita AF kembali lagi dari seorang rakan. Maka setelah beberapa hari mengetahui akan berita ini, saya masuklah youtube untuk melihatnya. Adeyh, peserta sarawak pon ade?

Pasti keluargaku tidak akan berganjak dari menonton AF neyh tambah-tambah lagi ade peserta dari negeri sendiri..(mengikut pengalaman peribadi ketika sarat dengan jahiliyyah dalam diri dahulu, namun sekarang masih ada lagi sisa-sisa jahiliyyah ni..huhu!!). Pengalaman terakhir saya dan AF adalah AF5 kot. Saya ikuti penuh dua AF sahaja, AF4 dan AF5 dan kupohon AF5 adalah yang terakhir.
(no turning back dear!)

Apalah objektif Astro meletakkan program ini lagi di mata masyarakat. Ish, ish, ish sedih!! Dan apalagi Malaysiaku? Dengan isu PPSMI yang tak kebah-kebah (masih berusaha memahami isu ini), AF7 memunculkan lagi dirinya untuk mencari bakat-bakat baru dalam industri hiburan. Untuk apa lah jugak bakat ini pada negara? Malah sudah berlaku lambakan artis sekarang ni. Ramainya rakyat yang mahu menjadi artis. Boleh kaya, prinsip mereka lah kot.

Kalau dilihat dengan akal dan mata hati, Malaysia sudah tidak aman lagi. Banyak sangat dah anasir-anasir liar yang masuk menyelinap ke dalam hati Malaysians, tidak kiralah pemimpinnya, Exco-exco nya, orang-orang kuatnya, rakyatnya dan boleh dikatakan semua lapisanlah. Malaysia tak aman, lah!! Percayalah.

Jadi, apa yang perlu kita buat sekarang ni? Untuk hapuskan, tak pun kurangkan pun sudah memadai. Andai kita katakan diri kita dai'e, kita nak buat apa untuk handle perkara ni? Emm, kita ikut wonderpets lah nak?


Apa yang penting?
KERJASAMA!!

semacam nak tambah pulak

Apa yang penting?

KERJASAMA islah dan dakwah!!


~owh ini ke wonderpets??hehe~


Sebenarnya, penulisan saya ini sangat tersirat dan berlapik. Tahniah kalau-kalau ada yang faham. Kalau tak faham pun, tak usah dikenang-kenang sampai masuk mimpi ka apa ka. Untuk saya, saya boleh anjurkan diri bermuhasabah (walaupun kadang-kadang terkandas jua). Untuk pembaca, saya anjurkan jua muhasabah Cinta buat kalian.


Dari FirmanNya:
"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH; dan ALLAH dialah yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu),Maha Terpuji. Jika dia mengkehendaki, nescaya Dia akan membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan demikian itu tidak sulit bagi ALLAH.."
[Al-Fatir 35:15-17]

Allah boleh binasakan saya, dan gantikan yang lebih baik dari saya sekiranya Dia mahu. Kunfayakun!

nota kaki
Kerjasama:
orang lain buat, kita doa pon boleh masuk dalam kategori kerjasama tau!hehe..


yang baru tahu wajah wonderpets,
cik akma~

Friday, March 20, 2009

Utusan ke Mangga?

memang agak tak munasabah semua ni..best lagi baca harakahdaily.net dan yang sewaktu dengannya..adeyh-adeyh utusan, buat apa ni??takde berita dah ek??kasihan2..terima ajelah dengan suratan dan kebetulan di Utusan Malaysia ni..begitulah ceritanya andai manusia sudah tidak tahu membezakan keperluan dan bukan keperluan..[makcik, you should learn from this!]

klik sini
[berita muka depan nih, jangan main-main!!]


lagi faedah link ini
[untuk balance kan bacaan kerana dah terbaca benda lagho kat atas tu..huhu]

Malaysia wake up!!Banyak lagi isu kita boleh kupas, setakat selebriti ke PLKN nak buat ape??Ampun, hentak kepala kat dinding la macam nih..huhu!!
ok, banyak lagi benda nak kena buat..yeah, hari ni test!!sukeeeee...=)


~rina dan amnan terpilih untuk ke PLKN pada usia 2 tahun dan belum setahun lagi..hah, itu baru saya boleh terima jadi berita muka hadapan..hohoho~


yang tak sabar nak balik Malaysia summer ini,
akma~

Tuesday, March 17, 2009

just NICE..

saja-saja mempromot blog kesayangan warga Belfast dan seangkatan dengannya..=)

http://cookingexcellence.blogspot.com


~nyum nyum..nama ayam ini:ayam bakar berempah ibu Hanie..hehe~


hehe..semakin hari semakin hairan..owh ayat ni takde kaitan dengan pembaca ataupun NICE..hanya sebagai rujukan bilakah tarikh penghairanan ini berlaku..hohoho..blog saya adalah rujukan buat saya di masa hadapan..=)

hari ni pon telah bermulanya *episod sedikit baru* buat pemilik blog bukan seperti isu PPSMI itu..hehe!!(ini pon sekadar rujukan masa akan datang..jangan ambil kisah naaa..terima kasih!!


yang kerap gelak sorang-sorang,
akma

Monday, March 16, 2009

b4 tidur

ok, sudah..kak hanie, nanti saya kasi cengkerik untuk akak tanda terima kasih atas pemberian kek tempoh hari tu..heheh~

kite tamat permainan hati di sini..move on, akma!!

exam JUMAAT nih!!usaha~


ngomelan before tidur dari saya,
akma

wahai hati

~juzt NICE~


NICE yang baru berlangsung tidak seNICE dengan hati pemilik ini..serius macam nak berlari setempat bila fikir keadaan yang semakin meruncing diri yang bukannya dari segi personal sahaja namun kerja jua..kesemuanya bercampur baur, serius!

Jumaat ni saya exam MatLAB, doakan..cikgu MatLAB yang sangat baik, insyaALLAH saya akan dapat markah penuh..hehe~maka selalulah saya bertandang ke Library minggu ni untuk access software berkenaan in terms of belajar..terasa exam untuk Applied pon tak lame lagi..kalau campur kedua-dua module ini, 20markah boleh dapat andai betul semua lah, kan??markah ni masuk final, tak boleh abaikan..


mampukah??saya memang cuak-cuak seminggu dua ni..tapi buat-buat chill jer..seperti diri banyak bercakap minggu ni..dan hati pon tak terkontrol..tapi mujurlah tindakan diri boleh control lagi, kalau tak, saya akan ambil option berdiam sebentar seperti yang kerap kali dibuat sebelum ini..namun, kalau fikir pasal tanggungjawab, entah berdiam boleh masuk dalam pilihan ke tidak..huhu~


yang gundah gulana hatinya kerana runcingan cabaran yang dihadapi,
akma~

Saturday, March 14, 2009

tercalarnya makna keikhlasan

Emm, entah. Apa definisi ikhlas sebenarnya? Mari brainstorm sama-sama. Mungkin saya yang kurang ikhlas dalam berjuang. Jom salahkan diri!!

Saya hanya mendengar sahaja dulu. Sekarang saya sendiri merasa. Ikhlas, ikhlas. Sukarnya dirimu digapai. Teguhkan nurani kami Ya Rabbi. Sungguh, kau telah tunjukkan sedikit demi sedikit petunjukmu. Maka kumengerti akhirnya.


Ikhlas hanya pada lakonan? Tercalarnya makna keikhlasan. MasyaALLAH!!

Tuntunlah kami Ya ALLAH. Ikhlaskan hati kami. Ikhlaskan, ikhlaskan. Ah, sukarnya!


Untuk hati ini, husnuzzon lah. Bertabah ya!!



~ikhlaskah kita dalam bersahabat??~


akma~

Thursday, March 12, 2009

saya manusia

situasi 1: saya asyik tanye soalan same berulang kali, tapi jawapan masih takde2 lagi. kadang-kadang, saya rasa saya ni tak tahu malu ade gak. Sedih.

konklusi 1: Saya malaz nak pikir.


situasi 2: dulu tak pandang. sekarang pandang. semoga pandangan anda tak dikecewakan lagi. itu doa saya. Kecik hati? monolog sendiri.

konklusi 2: Berhenti berharap sudah.


susahnya nak jaga hati. emm, mungkin sebab saya manusia kot. kan?


Tuesday, March 10, 2009

cengkerik..eeee!!

ini cengkerik yang dah digorengkan


entahlah, tetiba macam nak cerita pasal cengkerik..ewww!!huhu..sejarah cengkerik goreng sangat dekat denganku..ish3, tidak dapat kulupakan saat makan cengkerik ini..huwaaaa!!bagaimana ceritanya biarlah menjadi rahsia peribadi sampai bila-bila..bagi yang nak tahu jugak, adeyh teruslah bertanya kepada diriku..hoho!!taklah, itu pon kalau saya terbukak hati nak cerita..hihi!!

tapi secara jelasnya, saya memang geli bile mengenangkan kisah cengkerik dan saya..huhu..inilah hadiah hari jadi saya yang saya akan ingat sampai bila-bila...watak terlibat dalam cerita ini adalah dirahsiakan..heheh~tapi, takdelah teruk sangat rasa cengkerik goreng..ok ajolah mase telan tu..huhu!!redho ajolah..

cengkerik goreng dan saya mungkin tidak dapat dipisahkan lagi kerana sudah berada di dalam ruh dan jasad ini..emm, saya akur..

akma~

Sunday, March 08, 2009

salam-salam


salam maulidur rasul..

semoga kita istiqamah dalam meneruskan perjuangan Islam yang memang telah sempurna ini.

jap..saya nak doalah..huhu~

~Ya ALLAH permudahkan urusan kami..ameen~


yang tengah blur nak mulakan dari mana dahulu kerjanya lantas terupdate blog secara tak sengaja sedangkan class test akan berlangsung rabu ini (inilah status sepanjang setakat ni..hoho),
cik akma

Thursday, March 05, 2009

hadiahku tiada seri

tersentuh lagi dengan lagu ini..mengapalah maksudnya terlalu bermakna buat diri..huhu~
segenggam tabah, teruslah bersamaku..





Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu



hadiahku tiada seri buatMu, Ya ALLAH..='(
blog akan menyepi lagi untuk hari-hari mendatang..maafkan~



yang semakin menyepi,
akma~

Wednesday, March 04, 2009

takziah farhan

merayau lagi pagi ini..kali ini berpeluang ke blog syafiq..intai-intai isi blog dan terpana dengan kenyataan..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Pengumuman: Bapa kepada saudara Mohd Farhan Mohd Rozi (Paan Birm) telah kembali ke rahmatullah pada 25 Feb 2009, 9am waktu Msia akibat strok ... bersama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada ruh Allahyarham. Berikut emel dari Bro Fahmi:

bla..bla..bla..


Ya ALLAH!!aku baru tahu akan hal ini..lantas kucapai handphoneku~

bayangkan seminggu baru diriku tahu akan berita ini..hari tu nampak jugak status ucapan takziah buat Farhan tapi tak tahu Farhan yang mane satu..huhu~

teringat waktu terakhir jumpa ayahnya tatkala kitorang dan najib pergi sekolah sama-sama dahulu..boleh rujuk link ini..ayahnya menunggu farhan sampai habis jaulah kitorang di sekolah masa tu..='(

farhan dan Mr Ho

takziah buat Farhan..moga roh ayahmu dirahmati..ameen~

dari kawanmu,
akma~

Tuesday, March 03, 2009

I'tiraf Jom!!




I'tiraf
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu



teringat kat musolla as-saad yang tercinta..buat semua pengunjung, jom zikir!!kalau endon mai blog saya lagi, jom zikir jugak!!heheh..insyaALLAH, kebencian itu tidak akan lama..tapi kalau masih benci, siapalah diriku ini..hidayah hanya datang dariNya..semoga kita ketemu hidayah itu..ameen~


nak pergi musolla summer ni!!rindu~



emm..saya redha

"ketahuilah..setakat ni tak pernah aku benci orang..
tp tak sgke aku benci giler seseorang..
dan org tu engkau...harap maklum..."


alhamdulillah, ALLAH tak letakkan perasaan benci kepada pemberi message ini..apalah sangat dibenci manusia, ALLAH kan ada untuk disayangi..no worries!!teruskanlah membenci kerana saya hanya manusia..jangan benci ALLAH ya!!naudzubillah min zalik..


maafkan andai tingkahlaku saya yang membuat hati anda membenci..terima kasih jua kerana atas komen itu, saya update blog yang pastinya dibenci jua oleh anda ini..saya doakan anda bertemu kebahagian yang bisa melupakan kebencian anda terhadap saya..


"ingat ALLAH, jiwa menjadi tenang.."


pemberi message adalah orang sama yang pernah mengatakan blog saya buhsan satu ketika dahulu dan menasihati untuk ditutup sahaja blog ini..if i'm not mistaken, nick InDu..terima kasih atas lawatan kembali..=)


mak, ayah, hidup di belfast banyak pancaroba, namun saya masih cakap hidup di sini ok sahaja..ada yang benci, ada yang suka..namun itulah kehidupan..mohon mak dan ayah saya selalu doakan saya dan rakan-rakan di sini..ameen~