Saturday, June 27, 2009

sik payah paham mun sik paham


~5/10 of us with 3/8 are adik kawan-kawanku plus yatie who's taking the picture..faham??~



hah!!kamek asa nak berklaka sarawak juak alu pa nangga kak dayang klaka sarawak dalam blog nya..bagus juak eyh asa tek..sekda urang paham gilak apa diklaka..lagipun nang jarang klaka sarawak rah sitok..mun ada pon sikit2 ajak..apa salah sekali skala..

kamek nektok nang kuat ati nak berjalan di kuching nun..sejak pindah ke serian tok, nang sikpat jalan..bagus juak lah..kamek dolok rah kuching nang kaki jalan juak..mun sik ngan kazen ngan kawan..tapi mun selalu ya ngan kazenlah..nektok nang beraie nak jalan ngan kawan lamak nok almost 3 tahun sik jumpa..

tapi mun diekotkan nang ada juak pegi kuching..tadik pon lekak pergi matang kejap..ngunjok muka ngan pak teh ngan ibuk..pa kazen kamek [anak sidak] nak kawen minggu2 depan..adalah meeting sikit untuk majlis kahwen ya..rindok ati dah nak kawen dah kazen2 ku..masa limpas matang tek nang sayuk ati nangga dak satok lok..sorilah satok, sikpat kamek ngagak kitak lok..sempat nangga giya2 ajak..huhu~

aoklah, di kesempatan tok, kamek maok ngucap takziah pake sahabat seperjuangan, wan syazzawani wan omar atas kehilangan ayahanda tercinta..wan, sabar wan ah..kamek tauk kitak kuat..=)

oklah, harap2 ada jodoh ngan kawan2 lamak kamek tok. Thanx ALLAH atas pertemuan balit, dan mediumnya, pesbuk.. ritok tek nang sekda mood gilak. nang kepak. tang tiba2 juak ada agik masalah lain..malas maok padah, bukan urang kesah pun nak.. dah, nak tido..kepak nyawa.


~rindu kitakurang..=(~


Tuesday, June 23, 2009

Ayat Ayat Cinta



~comel~

Ayat-ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati

Terkisah ku di antara cinta yang rumit


Bila keyakinanku datang

Kasih bukan sekadar cinta

Pengorbanan cinta yang agung

Ku pertaruhkan


Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah

Ayat-ayat cinta bercerita

Cintaku padamu


Bila bahagia mulai menyentuh

Seakan ku bisa hidup lebih lama

Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud


Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta

Pengorbanan cinta yang agung

Ku pertaruhkan




Cik Rina suka bangat lagu nih sejak kecil lagi..kalau nangis2 tu, bawak lagu nih, lantas terdiam dan seolah-olah menyanyi bersama..senang jugak nak pujuk dia kecik2 dulu..adeyh, kalau selawat tidak pulak..hedonisme, hedonisme..hehe~

sekarang umurnya sudah 2 tahun 2 bulan..sudah pandai bercakap, maka sudah pandailah menyanyi..pernah beberapa hari yang lepas, seawal keberadaan saya di bumi sarawak, ketika itu beliau sedang tidur di dalam kereta semasa perjalanan kami ke Santubong, tetiba terbangun ketika lagu Ayat-ayat Cinta ini berkumandang di radio..kalau terbangun sahaja tidaklah berapa hairan, ini tidak, terus menyanyi mengikut bait-bait lirik yang die tahu..Adeyh, masih minat ker??

Si Amnan pun sama..sudah terjangkit perangai dengan kakaknya ini..mulalah tersengih-sengih bila dengar lagu tersebut..apalah yang best sangat dengan lagu ini entah..saya tidaklah begitu meminati lagunya..novelnya pun saya tidak pernah membaca penuh..sehelai dua helai, dah buhsan..namun lain pula kebelakangan ini..alahai~

Tetiba perasaan nak memahami lagu ini memuncak..tetiba rasa nak membaca bukunya..namun filemnya, emm nanti kot..Emm, ada jugalah mesej disebalik lagu nih..Yup, tinggalkan cinta..simpan sesempurna yang boleh untuk yang layak..Amboi rina dan amnan pun tahu, kan??Takkanlah makcik die ni tak faham2 kot..penat anak sedara dok ulang lagu yang sama..=)

Oleh kerana tersembang perihal ini, baru-baru ini berbicara pasal jodoh dengan mak dan kakak..ala dah 22 tahun dah, make a movelah, kan??hehe..kakak saya 23 tahun dah kahwin dah..saya 22 tahun masih merangkak mencari ruang untuk berbicara perihal ini..diakui saya tidak biasa berbicara soal jodoh dengan famili..dan pada suatu malam yang hening..

Mak tanye.
"Ko ni nak kahwin orang Kelantan ker?" [panjang cerita kenapa timbul orang Kelantan nih..]

Kakak sambung.
"Kahwin lain-lain negeri nih susah, banyak prosedur.."

Ye ker??

Mak cakap lagi.
"Hati-hati kalau nak kahwin orang Kelantan. Kelantan ramai orang PAS.."

Hahahahahhahaa...saya dah tergelak!!

Kakak sambung sambil gelak2 jugak.
"Yelah, kita ni BN, mane boleh dengan PAS.."

Hairan.

Saya gelak lagi dan sambung perbualan dengan mereka..Saya cakap nak ke Kelantan jumpa Ajah pun disoal banyak..anti betul dengar Kelantan..adui!!Saya baru nak mula balik baca Ayat-ayat Cinta, orang lain dah selesai Bercinta Sampai Ke Syurga nya..wohoo, biar lambat asalkan selamat..kan, kan??



~macam nak ke turki lagi..best~


Orang PAS ke, orang BN ke, Orang DAP ke, Orang Keadilan ke, tak kisahlah mak..asalkan boleh Bercinta Sampai Ke Syurga..*wink*


Monday, June 22, 2009

Kisah Semalam



~greenwich~


semalam ingatkan dah boleh mula dengan kursus belajar kereta, tapi atas sebab-sebab yang tak munasabah kelas tersebut terpaksa dibatalkan. Bakal diceritakan selepas ini.

Sebelum pukul 10 pagi, saya dan kakak sudah berada di tempat kejadian. Maka saya teruslah pergi mendaftar. Sudah, saya tertinggal kad pengenalan saya di rumah semasa mem'fotostat' nya. Maka terpaksa korbankan RM20 untuk kad sementara sebagai pelajar kursus. Semasa mendaftar pakcik berbangsa Cina ni kestau lah yang sekiranya tidak cukup 10 orang untuk berkursus 5 jam tersebut, beliau akan tangguhkan kursus ke minggu hadapan.

Sudah mula bibit2 kerisauan di situ. Kawasan tempat tinggal saya ni, bukannya ramai sangat pun yang teruja nak belajar, kalau di Kuching tu lain ceritanya. Kebarangkalian tak cukup 10orang itu sangat tinggi. Kelihatan pakcik berusia, kakak2 remaja, dan beberapa orang pemuda sudah menampakkan diri. Rata-rata ke tempat tersebut menaiki van tambang, motosikal, saudara hantar dan lain-lain lagi. Dan ade jugak yang dah lama tunggu berbanding saya. Dalam hati saya berbisik, kalau tangguh ni, kesian lah pada mereka. Sempat saya memberikan hujah kepada kakak bahawa tindakan menangguhkan kelas hanya sebab tak cukup orang, sangat tak patut.


~saya suke frame ini~


Puas menunggu, cuma 9 orang sahaja yang tiba. Hanya perlu seorang lagi. Maka, pakcik berbangsa Cina itu pun bersuara, "Kelas cancel..!!" Aduhai, lepas sesi soal jawab dengan gadis kaunter pasal proses macam mane nak cepat dapat lesen, saya dan kakak terus berlalu pergi. Sekali lagi, saya kasihan pada mereka yang datang. Terpaksalah mereka naik van tambang semula untuk meneruskan kembara ke rumah barangkali. Untuk saya sendiri, tidaklah berapa kisah sebab kakak yang hantar saya ke sekolah memandu tersebut. Sedikit bertuah berbanding yang lain. Kelas akan bermula minggu hadapan pula. Heh, kalau makin sedikit macam mane?? Pelik.

Dalam kereta saya membebel dan didengari dengan tabah oleh kakak. Mengapa mereka tak hargai 9 orang insan yang datang hanya kerana mahu memenuhi kuota 10 orang?? Bagi mereka mungkin buang masa untuk mengajar. Tapi mungkin ada antara mereka yang terpaksa membatalkan hal-hal penting semata-mata untuk menghadiri kelas semalam. Mungkin pakcik yang berusia tersebut boleh terus dengan perniagaannya, kebunnya atau apa-apa sekalipun dari membuang masa juga menanti peserta kursus ke-10. Dan pelbagai lagi kemungkinan.

Teringat tutor2 saya di Belfast sana. Wajah inilah yang selalu bersendirian di kelas. Tiada pelajar lain yang hadir ke tutorial. Tapi tutor2 tidak pernah sekalipun membatalkan kelas dek kerana hanya saya seorang sahaja yang hadir. Tetap juga terus mengajar saya. Pernah juga guru Applied Maths saya cakap, kalau tak pergi tutorial, bukan guru yang rugi, tapi pelajar itu sendiri. Berbeza sungguh dengan situasi yang saya alami di sekolah memandu tersebut. Guru pula merasa rugi kerana seorang lagi pelajar tidak hadir. Memang pelik.

Biarlah apa pun, semoga saya beroleh manfaat dari situasi yang saya alami. Mungkin kerana ini saya lebih menghargai usaha insan lain.

Sekian.

Friday, June 19, 2009

boleh lah..

Dari selasa sampailah rabu, saya try check result dah muncul ke belum. kelihatan masih belum ada apa2 perubahan di database. owh, mungkin budak maths lambat lagi keluar result kot, bicara hati. khamis, simptom malaz nak check sebab takde perasaan. biarlah esok-esok.

Petang tadi saya check lagi. owh dah terisi markah modul2 semester 2 saya. entah2 semalam dah keluar. satu demi satu saya perhati, perlahan-lahan saya scroll hingga bawah untuk tengok markah ketiga-tiga modul saya sambil menutupi sebelah mata dengan telapak tangan. Aih, pelik!!Dan, emm~

Cik tina, pasni saya emelkan result saya. Sahabat KPM, jangan lupa emelkan Cik Tina result kalian. Kalau tidak, kebulur lah korang takde biasiswa masuk. Pasal result saya, majoriti as expected. Paper Statistik, paper Keliwon saya semester kedua yang lepas. Walaupun boleh dianggap bolehlah, tapi menjadi kayu ukur untuk saya teruskan dengan modul ini atau tidak untuk tahun kedua kelak.Untuk 2 paper yang lain, alhamdulillah mencapai target.

Akhir kalam tahkim, terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih. Ada sesuatu yang ingin dikongsikan bersama. Namun biarlah isu ini reda sedikit dahulu. Kelihatan ramai pula blogger yang membicarakan halnya kebelakangan ini. Takut ada yang muak padahal apa yang ingin saya kongsikan ini ringan-ringan sahaja. Isu khas saya dan famili saya. Adeyh, macam-macam.

p/s:itu pun kalau saya ingatlah nak update pasal ni. lately, sering lupa. pendrive penting pun lupa mane letak. kot-kot hilang. sudahlah hal-hal SOP, hal-hal penting yang lain pon dalam pendrive tersebut. Moga dipermudahkan urusan nak gali balik dokumen2 penting. huhu.

Thursday, June 18, 2009

untuk panduan masa hadapan

.ingin kukatakan pada dunia tapi ALLAH sahaja yang tahu.
.saya pasrah tanpa usaha.


tuan rumah are you okay?

Tuesday, June 16, 2009

mengarang ketika mengalami pelbagai emosi

~ini wajah terbaru amnan..pendiam, tak selalu nanges..bagus2!!~



~seronok melayan karenah makcik nih..mengade banyak~



~ish, ish, ish..memang sukar dikawal kalau tengok kamera..saya tak ajaq yang pasti..haha~



~saya pasti dah besaq nanti mesti die malu tengok diri die sendiri..hehe~

saje je nak letak gambar cik rina nih..alahai, semakin gediks!!bukan salah saya yer...haha!!sangat banyak perkara nak diceritakan..tapi tak tahu nak mula dari bahagian mana..cemburu pada cik ajah yang sekarang berada di kolej, rindu adik-adik KY, rindu nak lawat musolla, semualah..hajat hati memang nak pergi kalau dekat..namun, ternyata takkan kesampaian dek kerana kejauhan ini..sedih!!

buat mira, kalau tak dapat jumpa di WOW mahupun MOC, kita jumpa kat KL Sentral pon ok gaks..hihi!!bulan 8 ni, insyaALLAH saya akan berlegar-legar di semenanjung sana..kite keluar jom!!saya belanja, nak??heheh~tak dapat di Malaysia, kita jumpa kat UK ok!!ameen~

tahun lepas, saya yang sibuk-sibuk packing nak keluar dari kolej, tak sangka cepat benar masa berlalu, kini giliran adik-adik KY pulak..apa-apa pun yang berlaku selepas ini, sentiasalah hubungi saya ye!!rindu nak gelak habes-habesan ngan korang nih, tengok kartun nanges, yana nanges..yana, jangan lari masa wida' lagi tau!![teringat kat yana yang buat-buat bizi sediakan makanan tym wida' senior dulu padahal lari dari kitorang..hehe!!]

kalaulah saya punya keberanian nak bagitau kat family nak pergi kolej esok, memang dah kestau dah..tapi saya yakin dan pasti, keinginan saya hanya tinggal sekadar keinginan sebab baru balik dah nak terbang lagi..tak mungkin, tak mungkin..


mira dun worry, I'll make an effort to meet you, insyaALLAH..=)

untuk wal yang bakal terbang esok, jalan elok-elok..mesti rindu nak makan tengah2 malam ngan wal..bye, wal!!huhu~

to kak dayang, ingat gik sik kitaduak mujuk Papa Chew g tanjung malim waktu nak dekat Award's Day??hahah..lelah alu berpujuk nya..alulah sidak eica ikot sekali..kesian Papa Chew...apa ndak dipolah nya kinek tok, kah??huk3~



Sunday, June 14, 2009

internet lembab, saya semakin malaz

saya sudah memiliki akaun facebook..maka yang memiliki facebook boleh lah add saya pada bila2 masa..search saja, Norakma Dinen, pasti jumpa..saya malaz dah nak add sape2 dalam masa terdekat nih sebab internet tak berapa laju, ditambah pula kerja tertangguh yang sangat banyak..perlu berkejaran dengan lajunya!!maaf pada mereka yang terlibat [ala2 ayat kak dayang dalam latest entrinya..]..email pon masuk hari nih dah 2 hari tak bukak..

gambar ade tapi malaz nak upload..agak lembab pencapaian internetnya, maka dengan itu saya diserang penyakit malaz yang bertubi-tubi..kalau kerja saya siap, saya upload gambar, tapi itu pon kalau saya takde penyakit tu dah..kot2 dikuarantin lagi..argghhh, biarlah blog saya buhsan, dah memang buhsan pon nak buat macam mane kan??=)

walaupun sudah memiliki akauan facebook, namun ada sesuatu di friendster yang tiada di facebook..tapi tak mengapalah, hidup perlu diteruskan..mungkin penglibatan saya di facebook membolehkan saya bertemu dengan rakan-rakan seLumbaKuda, seSainsKuching, seMatriksLabuan, seKYUEM dan sewaktu dengannya..

insyaALLAH dalam masa terdekat saya akan belajar memandu..adeyh, macam takut la pulaks since kayuh basikal pon tak pandai..ni kes betul2, kalau tak caye tanya kak dayang..harap2 ketidakpandaian mengayuh basikal tidak memberi kesan atas kelancaran saya belajar memandu kereta..tak kan, tak kan??atas desakan rumah yang terlalu jauh dari bandaraya kuching membuatkan saya berkobar-kobar untuk belajar sebab nak jumpa kawan lagi, jalan2, ke rumah sedara dan semualah..hik3!!

masanya untuk mengundurkan diri..doakan penyakit malaz saya beransur pergi!!shuh shuh shuh..!!

Thursday, June 11, 2009

selamat sampai betul2~

selamat sampai di Kuching..tapi sedihlah, internet kat rumah sangat lembab..nak bukak emel pon susah dan payah..sangat risau macam mane nak handle perkara ni..rumah dah ler tepi hutan..nak keluaq ke city pon pikir dua kali since ambik bus pon jauh dari rumah..kereta ade pon tak terbawak jugaks sebab tak pandai bawak keta..keh3~

aduhai..macam mane nih????

pening..pening..pening!!

nak bukak blog pon payah..nak pindah rumah lame balik lah..huk3~

Sunday, June 07, 2009

sebelum terbang ke Malaysia

dengan ini dengan rasminya saya meninggalkan bumi Belfast dan 27 Tates Avenue beberapa minit lagi dari waktu entri ini dibuat..untuk pembaca, doakan perjalanan kami selamat hendaknya ya!huhu, tak sabaq nak sampai Kuching meow meow!!naik belon 16 jam ke Brunei pastu baru p KL..masaklah dalam flight esok pagi nih..

untuk pengetahuan, kami ke London Heathrow dulu dari Belfast nih, pastu baru esok pagi meneruskan perjalanan..transit di Brunei 12jam, dapatlah duduk hotel free..jalan2 kat Brunei best gaks nih!!=)..malam kat Brunei tu baru sambung journey to KL..dan akhirnya ke Kuching!!hopefully 10hb June akan sampai ke Kuching..doakan perjalanan kami..

buat Wal yang sorang2 kat rumah, buhsan2 pergilah rumah jiran..keh3!!jaga diri wal..thanx for being a very helpful housemate!!sayang wal..nanti singgah2 lah dunluce tu yer..selamat terbang gaks 17 June nih!!jaga diri bila terbang nanti..=)

KPM scholars, cik tina kimsalam!!tak sangka cik tina reply emelku..hik3!!die pesan guna mask dalam flight gaks, same nasihat kakakku..huhu!!tapi lupa nak beli lah!!harap2 takde pape..ok, kami naik flight dulu yer, wal!!

bye bye landlady yang baik..=)

p/s:cik rumah masih setia dengan maxis..pape hal text me or kol me, ok!

Thursday, June 04, 2009

sesaja

salam wbt..

semoga semua ceria2 dan bahagia selalu.. ameen..
hingga kita semua ketemu lagi, samada SOP mahupun MOC.. insyaAllah..

see ya..

4 June 2009

~entah apalah yang kami buat..hik3~

alhamdulillah selamat sampai ke bumi Cardiff 2 June yang lepas..cuaks gak masa nak naik flight ke sini..yelah, first time travel sorang-sorang..kalau dari KL-Kuching tu tak boleh nak kata ape dah, banyak kali sampai tak terkira berapa kali..bayangkan tengah malam sebelum ke sini baru nak kestau kat mak nak pergi jumpa dayang..padahal banyak kali dah kol family tapi asyik lupe je nak kestau..

tengah malam itu pon saya kol 2 kali..sekali sembang pasal lain, pastu lepas letak phone baru teringat tak kestau family nak jalan-jalan without a friend pon ke cardiff..biaselah orang tua, memang concern kalau anak dara jalan sensorang..tapi anak dara ni langsung tak concern diri sendiri..heheh~

tapi saya ni pon kadang-kadang cuaks gak..nasiblah dikurniakan seorang teman yang selalu bagi tips-tips before nak terbang tempoh hari..trimas, cahaya..sampai ke cardiff banyak jugaks miscommunication yang berlaku..kelakar lah kak dayang nih..heheh!!saya pon same gaks, blur sentiasa..padahal dua2 cakap sarawak, macam mane lah boleh selalu berlaku miscommunication ni entah..


~bersama kak dayang dan iphone nya~

"kamek tunggu di sekian sekian sekian.." kata kak day..

"ok, kamek dah sampe.." beberapa minit selepas itu g mesej kak day, cakap dah sampai di tempat yang dijanjikan..


siasat punya siasat, salah tempat menunggu..dia ingatkan saya di sekian sekian tempat, padahal saya di tempat lain..hehe!!ish3, lain kali kite kene speaking nih, baru tak salah faham..=)

semalam ke Cardiff Bay..seronok gaks..naik Logos Hope yang berlabuh di cardiff port..kami pon tak lepaskan peluang untuk naik kapal ini sebab free sahaja..kalau tengok sejarah Logos Hope ni, macam menarik gaks..lame jugak diorang buat aktiviti ni rupenya, belayar ke setiap pelusuk negara untuk berbakti..tapi rasanya kapal ni milik orang Kristian since banyak buku-buku yang diorang jual dalam kapal ni, ada unsur kristianiti..emm, entahlah..naiklah sendiri..ngeh3~


~Logos Hope~



misi ke cardiff [takdelah misi sangat..saje je~] nak tolong habeskan stok makanan kak dayang..gila masih banyak kot..dengan ayamnye yang tak padan duduk seorang, susu segar yang banyak lagi dan bakal expired esok, coco pops yang ade satu lagi kotak tak bukak lagi, dan sebagainya..wheetos saya di rumah sana tu, insyaALLAH akan fly ke malaysia..bukan saja2 nak bawak, tapi sayang pulak nak biarkan..bawak jelah kalau muat..ish3, sedar tak sedar 4 hari lagi insyaALLAH akan fly ke malaysia..

banyak kerja tak siap lagi nih..aduima!!



~suka bentuk bangunan belakang nih, dahler kaler ape??kaler purple!!hehe~



p/s:selepas ni nak bersiap ke Bridgend pulak..factory outlet kat sini..entah ape yang best, kite tengok dulu yer..adakah bukan kaki shopping ini akan terpengaruh??tapi menyedari diri adalah perempuan, jawapannya mungkin lah jugaks..hehe~

Tuesday, June 02, 2009

beberapa perkara


Ternyata rentak blogging saya seakan-akan menghilang. Ayuh kayuh semula. Tambah-tambah lagi, habis sudah digoreng segala kertas peperiksaan, boleh kayuh lebih pantas selepas ini. Ah, yakin sahaja. Kembali pada topik.

Serba sedikit yang ingin diceritakan.


Peperiksaan

Tamat sudah exam cik rumah ini. Paper last macam semester lepas jugak lah. Masih kantoi. Paper ini yang saya terberani membiarkan beberapa soalan tidak dijawab sebabnya, tidak tahu nak jawab apa. Nak goreng pon tiada perencah. Blank. Namun, alhamdulillah paper sebelum ini ok ok sahaja. Hendak bertawakal, tapi tak cukup usaha. Malunya pada ALLAH. Mohon ALLAH berikan yang terbaik buat cik rumah cukuplah. Tak tahu nak guna penilaian apa untuk memilih modul bagi Tahun Dua kelak. Kesemua subjek seperti seimbang payahnya. Nak senang ke, cik rumah?? Kalau nak pergilah masuk Tahun Dua di SRK Lumba Kuda. Ish ish ish.



~Gambar ini diambil ketika mahu berperang dengan kertas Applied. Saya antara yang terawal masuk dewan sebab tu masih lengang dewannya. Yakinnya?~



~Paper Applied yang saya suka. Sukahati sahaja tangkap gambar, kan?? Saya duduk paling belakang ketika ini dan kebetulan terbawa handphone, maka snap sahajalah buat kenangan..~


Packing

Dalam sibuk-sibuk mengulangkaji pon saya sempat-sempat packing. Kadang-kadang buat multi-tasking. Seronok, simpan-simpan barang sambil membaca Matematik. Jangan terkejut, jangan hairan. Matematik tak main kira-kira sangat, kadang-kadang ayat matematik lagi pelik untuk difahami. Boleh meroyan juga hafal, ingat, faham ayatnya. Tak percaya, sila tanya orang-orang yang belajar Matematik di Greenwich (first listed ni!), Manchester, Southampton, Surrey (terpaksa senaraikan), dan di mana-mana tempat lagi. Tak bawak kalkulator pon takpe.

Masa ni, alhamdulillah 50% barang dah di pack. Selepas balik dari Cardiff insyaALLAH siaplah semuanya. Emm, nak letak mana semua barang ni?? Tak mintak izin tuan rumah sesiapa lagi untuk parkingkan barang-barang. Since next term akan duduk rumah lain, semua benda kena angkut.




~checked. checked. checked. masih ada lagi tak dikemaskan sebabnya takde tempat dah nak simpan. huhu.~



~heater pon dah masuk kotak. Kotak barang pon dah berbalut~


Family

Beberapa hari lagi akan terbang ke Malaysia. Seronok, tapi kadang-kadang tak keruan pulak rasanya. Berdebar-debar pula hati ini. Tika ini juga, ole-ole untuk Amnan tak terbeli lagi. Kesian, Amnan. Kelak 'Achik' beli rah Kadip ok??Untuk family members yang lain, siap dah masuk dalam beg terus. Balut lagi tu. Bukan apa, saja nak habeskan pembalut hadiah. Alhamdulillah habis juga.


~for kakak 1st, kakak 2nd, dan adik..nak beli lagi frame di sebelah hadiah ini untuk seseorang..siapa dia??biarlah rahsia..eh2 makcik yang pesan tu (selamat habes exam hari ni!) jangan perasan tau!!pesanan u masuk dalam list lain..hihi~


~amnan bersama rina..macam manalah penerimaan rina terhadapku??I'm not a children friendly bak kata wanjomsms (hehe), tapi saya gila ngan budak-budak. Comel~


Kanak-kanak Belfast

Rindu pada kanak-kanak Belfast semuanya. Sejak masuk musim peperiksaan ni, lama sudah tidak ketemu. Apalah khabar Adam, Anas, Syifa', Athirah, Azzam dan lain-lain lagi. Dan Akiff pon tak lama lagi dah nak berhijrah pulak. Kejap nya masa berlalu. Macam semalam baru bertaaruf dengan Akiff. Hehe. Akiff, ingat permintaan Achik hari tu ok. 3 tahun lagi. Yeah!Kak lyda, Akiff suka lah dengan request saya hari tu. Kita proceed, nak??Hehe. Bakal merindui AkiffsayangAchik~


~Syifa', Athirah, Anas, Adam. Gambar ini saya copet dari FB kekasih Kak Ninie. Walaupun tiada FB tapi boleh mencopet, macam mana tu?? Masih tiada keinginan untuk berfacebook. Kalau ada mesti nak kena layan comolot (sape pulak comolot ni??). Kasi makan comolot, tidurkan comolot. Ish tak bersedia lagi. hikhik~


~Akiff sayang Achik Akma jugak. Bukan Achik Wan jer. Hehe. Dah besar nanti pergilah Sarawak ye akiff!!~


Sampai sini sahaja coretannya. Bersiap sedia untuk ke Cardiff. Doakan perjalanan saya selamat, ya!=)