Sunday, November 30, 2008

.:NICE:.

'adam tak sayang acik,'..ujar Adam, anak Kak Hani kepadaku..

'hah?'kelu lidahku..

lantas menyambung, 'kenapa adam tak sayang acik??'

'entah, tak tahu..'jujur si Adam..

'tapi, acik sayang Adam..' sambungku..

Adam hanya menjawab dengan senyuman selepas itu..

aduhai, jujur benar si Adam..kelu lidahku!!ha3..tak payah jujur sangat Adam, berlakon sayang kat acik pon takpe..huwaa!!teringat pulak kat Cik Ana dan Cik Rina..mereka pon bukan gemar sangat dengan saya..adakah terbukti diriku memang tidak digemari oleh kanak-kanak dengan kata-kata jujur si Adam??alahai..Adam, Adam..

sembang dengan Kak Ninie sebentar tadi berkenaan satu projek kolaborasi A&F..emm, cadangan yang baek jugak tu..light, cadangan telah diperbaiki!!nanti kita bincang lagi..alhamdulillah dapat partner yang sangat semangat seperti semangat yang ada dalam diri ini..semoga dipermudahkan ALLAH..

masih dalam cadangan, dan kami mengharapkan doa dari kalian..doakan projek kolaborasi ini diterima dari pihak atasan..terima kasih buat abang light yang awal-awal lagi dah buat promosi..ceyh!!disebabkan pengarah projek, F minta dipromot, saya hanya menurut perintah..=)

doakan NICE kami!!Northern Ireland Cooking Excellence..
punya visi tersendiri..=)

~dicopet dan mencopet..trimas poster..halal2..hehe!!~




p/s: perlu pandai masak!!COOL, nantikan..hahaha!!terima kasih CUN!!=)


Aduhai mimpi..

Mengapa mimpi semalam meresahkan hatiku
yang sedang kembali tenang..
terjawab??
wallahualam..

ah, mimpi..
boleh dipercayakah??



frost di luar sana..salji jangan turun..kami kesejukkan!!

Thursday, November 27, 2008

jatuh bangun semula

class test tadi melihat betapa blur nya saya pada soalan2 yang senang dan kurang senang..hampir 30minit untuk menjawab baki 6 soalan yang setiap satunya bernilai 0.5 markah..owh3, memang sangat2 blur ketika itu..

hikmah:
sentiasa bersedia lebih awal lagi..walaupun ada soalan yang senang dan biasa jangan diambil remeh..pasti akan ada yang mengelirukan!!pengajaran hari ini..ingat itu!!

insyaALLAH, saya akan ambil cuti memblogging selama mana yang saya mahu...hidup tak terurus sejak dua menjak ini..kepala pusing, jiwa kacau dan busy dengan urusan laen..diharap urusan kami ini dipermudahkan ALLAH..akan diumumkan beberapa purnama lagi andai mendapat feedback positif..kalau ternegatif pon insyaALLAH akan cuba dipositifkan dengan strategi2 bijak..hehe!!

insyaALLAH paling sekejap bercuti adalah 3 hari..bos blogger dah luluskan..trimas, bos!!setialah bertandang walaupun takde entri baru selepas ini..hahah!!


adik!!jangan sedih!!kakak cuti tak lama ok!!senyumlah, senyumlah (sila baca ikut tune lagu senyumlah M. Daud Kilauan, artis favourite kim khabarnya~)



sorry

salam..

emm, mungkin ade yang dah terbaca pasal post saya sebelum ini..untuk menjaga hati dan mengelak spekulasi saya remove kan entri itu..anggaplah kalian bertuah kerana membaca entri nukilan 'dari hati saya' itu..=)

feel free to comment again, akan diperbaiki dari semasa ke semasa..thanx!!to fatehsaleh, thanx sebab melihat entri dari sudut berbeza..harap anda telah membaca reply saya..hek3!!memang insan punya pendapat masing2 dalam menilainya..tiada sesiapa salah dalam hal ini..=)

cumanya, untuk tidak terus menjadi spekulasi pihak laen, saya sendiri yang perlu bergerak..bergerak untuk meremovekan dan memperbaiki nukilan dari semasa ke semasa!!terima kasih!!=)

ikhlas,
akma~


Tuesday, November 25, 2008

alasan saja

ah, bosan menggunakan GUEST account..malaz masuk account sendiri yang berpaswed 'sangat menarik' itu..ajah, saya tahu paswed anda..jangan tukar, saya nak cube masok lagi!!=)

sebab??virus2 sedang menyerang file2 di account saya..trojan la, daia la, apala..ah, mahu beli laptop baru ka beli antivirus secara Ebay??mana lebih seronok??

kerana itulah entri saya tidak ber'picture'kan gambar REAL..GUEST account tak boleh access file di account sendiri..maka, beli yang mana??laptop ka antivirus??

alasan saja nak laptop baru..

ceyh..

:sambungan:Bilal bin Rabah



salam kalian..mari sambung cerita Bilal..=)

sebelum itu sesape nak bace balik kisah Bilal part 1, sile scroll ke bawah..trimas2!!malaz betol penulis letak link

Setelah Rasululullah s.a.w bersama kaum muslimin berhijrah dan menetap di madinah, Baginda pun mensyariatkan azan dan memilih Bilal sebagai muazzin pertama dalam sejarah Islam..ketika di Perang Badar, perang pertama yang disertai kaum muslimin lagi Bilal sudah ikut berperang..Umayah bin Khalaf,tuan Bilal yang kejam dulu tu turut menyertai peperangan ini..maka bertemu lah mereka di perang Badar ini kerana perang Badar menemukan kaum muslimin dan pasukan kafir Quraisy..

tapi kan, before tu umayah memang taknak ikut pon berperang..takut agaknya kot..tapi Uqbah bin Abi Mu'ith yang mendesaknya untuk ikut sekali..Uqbah inilah yang paling gigih mendesak Umayah untuk turut serta dalam perang Badar..

pasukan muslimin bergerak maju dalam peperangan itu sambil melaungkan kalimah "Ahad..Ahad.." yang mana kalimah itulah yang diucapkan oleh Bilal semasa penyiksaan nya yang dahulu..apalagi, Umayah cuak giler kot..sebab terlalu takut, dia mintak perlindungan dari Abdurrahman bin Auf untuk menjadikannya tawanan perang dengan harapan dia terselamat..

namun harapan itu tinggallah harapan..tanpa mempedulikan kata-kata Abdurrahman yang menghalang Bilal membunuh si Umayah, tiada kompromi, Umayah telah terbunuh di tangan Bilal..tidak timbul untuk memaafkan sahaja Umayah kerana Umayah memang layak dibunuh..Umayah dibunuh oleh Bilal bukanlah sebab peribadi, namun, pedang Umayah yang dipegangnya kala itu telah sarat dengan darah-darah kaum muslimin..maka, berakhirnya riwayat si Umayah, Uqbah pun turut terbunuh dalam perang tersebut..

Bilal sentiasa bersama Rasulullah s.a.w sepanjang hidup Baginda..dialah yang menemani Rasulullah memusnahkan Latta dan Uzza..dia juga ikut serta dalam setiap peristiwa penting, menjadi muazzin, menghidupkan syiar-syiar Islam sehingga Islam berada di tempat yang tinggi di dunia..



namun setelah wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w, Bilal berhasrat untuk tidak lagi menjadi muazzin dan hasratnya itu dikhabarkan kepada Khalifah Abu Bakar..Bilal bertindak sedemikian kerana dia ingin berjuang di medan perang sehingga syahid..pada mulanya Abu Bakar tidak setuju dengan keputusan Bilal, tetapi disebabkan tebusannya dahulu ke atas Bilal adalah kerana ALLAH, Abu Bakar membiarkan Bilal bebas memilih...

maka dari itu, Bilal telah menghabiskan sisa hidupnya untuk berperang di jalan ALLAH. Bilal tidak mahu lagi mengumandangkan azan kerana setiap kali mengumandangkan,"Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah, " pantas dia mengenangkan kenangannya bersama Baginda Rasulullah s.a.w, dan tidak dapat dikawal kesedihannya itu..

kali terakhir Bilal melaungkan azan adalah ketika Khalifah Umar mengunjungi Syam..semua kaum muslimin memohon agar Bilal mengumandangkan azan setelah tibanya waktu solat walaupun hanya sekali cuma..tatkala laungan azan itu, para sahabat yang pernah hidup bersama Rasulullah menangis kesediahan terutamanya Khalifah Umar..

dipendekkan cerita, Bilal bin Rabah, pejuang Islam yang sangat gigih membela akidah dan keimanan wafat di Syam, syahid di medan perang..hasrat Bilal tertunai jua..subhanallah..

semoga para pembaca dapatlah sedikit pengajaran dari kisah Bilal bin rabah..rujukan dari kitab karya Khalid Muhammad Khalid, 60 Sirah Sahabat Rasulullah s.a.w..semoga bermanfaat~


Monday, November 24, 2008

bila hati berbicara

terperasan..mane grandpa yang sekelas dengan saya itu??macam dah lame pulak tak jumpe..mane2??kalau die ade mesti duduk paling depan sekali dalam dewan al-kuliyyah..dah masok minggu kedua baru saya perasan grandpa takde..hu3!!

dielah orang pertama yang tegur saya di dewan kuliah tau sebabnye saya duduk sebelah die mase tu..masa tutorial pon die duduk sebelah saya..tapi takdelah sebelah sangat, selang 3-4 kerusi aje..terasa kehilangan pulak die tiada di sisi..erk??

kagum tau dengan warga emas di sini..dah tua pon still nak belajar..kagum2!!alamak, teringat pulak dengan Unity Amoaku..tak jumpe langsung dah..manelah pergi makcik Unity sekarang ni??rindu nak cakap dengan die, sebabnye die cakap slow2, sesuailah dengan saya yang tidak petah English..huwaaa!!

emm, fikiran saya selalu bercelaru sejak dua menjak ni tau..biasenye kalau jiwa kacau saya pasti tutop blog sebab nak avoid curahan2 emo menyelinap masok ke dalam blog..tapi rasa macam tak baek pulak..kesian pada pelawat..especially pali yang menjadi fanclub tak rasmi blog saya..kah3!!pali, sukahati engkau nak muntah dengan statement ini!!


*****************************************


~berharap untuk apa yang kuperlu bukan apa yang kumahu~


kisah laen..

aku harap ini keputusan muktamadku..

"...But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not.."
[Al Baqarah 2:216]
tenangkan hatiku dalam redhaMu Ya Rabbi..sungguh2, aku inginkan ketenangan dan petunjukMu kerana hanya Engkau Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu!!=(


Sunday, November 23, 2008

sudahla orang2 mainland

ok, ok..tetibe macam bosan, lalu menulis..entah macam terperasan..tak tau la mungkin saya seorang aje kot..weekends mesti dunia blogging sunyi sepi..hanya saya yang kadang2 melalak di alam maya..ni semua gara2 bloggers di UK yang suke jalan2..heh!!jangan jalan2 lagi ok..motif nak cakap aku jeles kat korang2 sebenarnya..

ok biarkan saya dengan penjelesan saya..dan kini, anda di UK tak jeles ke ngan kami di belfast ni yang hujung minggu tak pergi memane pon??duduk kat rumah, ala2 gadis melayu (tolong jangan kaitkan kami dengan gadis melayu TV9 itu ok..) yang penuh kesopanan dan kesusilaan study di hujung minggu??tak jeles ke??sile jeles ok!!tension ni, tension!!aku tipu, aku tak study pon!!

mode:
JEALOUS sikit je..

persoalan:
bile lah nak merayau mainland ni..duit tak terusik sangatlah kalau macam ni..

untuk mereka:
ajah, kim, dan sesape di mainland, duit sponsor tinggal berape dalam simpanan??
berjimat tau!!especially ajah yang gila ke LONDON..
weh mekjah, london ala2 kuching je pon..penuh jeles sebenarnya.


~setakat ini, belfast pon ade jugak..eleh tol!!~


ok, habes jeles..=)


Saturday, November 22, 2008

Bilal bin Rabah

~i love islam~


menulis dalam mood yang kurang enak ketika ini..namun dalam usaha meredakan apa yang sedang dialami..Ya ALLAH bukakan pintu hati kami untuk menerima hidayah dariMu yang sememangnya sentiasa hadir di setiap sudut ruang waktu..

nak cerita pasal Bilal bin Rabah..insyaALLAH boleh meniupkan semangat ini kembali!!saya mahu study..tak mahu masalah itu mengganggu saya!!jom2 dengar saya cerita..tapi kan, macam bakal panjang aje cerita ni..takpe2, sahabat Rasulullah s.a.w ni..jangan lemah jiwa nak bace okies!!jihad~

saya memilih untuk bercerita pasal Bilal bin Rabah sebab die adalah Bilal bin Rabah..even namenye sangat terkenal dalam kalangan kite tapi rasanya ramai yang tak tahu cerita Bilal sangat kan, termasuklah diri ini..jap2, nak letak kata ganti name ape ye untuk Bilal??'die' lah ek..

rase2 nya semua orang tahu beliau ialah muazzin di zaman Rasulullah s.a.w dahulu..tapi mari kita menyeloroti (betul ke word ini??macam celorot la pulak..hu2!!) kisah die sebelum masok Islam dahulu ok!!Bilal dahulu adalah hamba kepada Umayah bin Khalaf, ketua bani Jumah..Bilal adalah seorang Habsyi dan berkulit hitam..

Bilal mengetahui tentang Muhammad melalui orang di sekelilingnya termasuk tuan nya, Umayah sendiri tetapi perbicaraan yang didengar olehnya penuh dengan kebencian, prasangka buruk dan kemarahan..meskipun begitu, Bilal merasakan agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w sangat unik dan best berbanding kondisi masyarakat pada zaman itu yang jahiliyyah..lagi pula, Bilal pon pernah mendengar Umayah dan para pembesar lainnya mengakui kemuliaan dan kejujuran Baginda..

diorang ni risau sebenarnya kaum Quraisy akan beralih ke Islam..tapi dalam masa yang sama diorang takjub dengan agama baru Rasulullah ini..pernah antara mereka berkata,'Muhammad tidak pernah berdusta, Muhammad bukan tukang sihir.Muhammad tidak gila.Namun kita HARUS menuduhnya pendusta, tukang sihir, dan gila agar masyarakat tidak berlumba-lumba untuk menganuti agama baginda..'..jelas kan??diorang mengakui keperibadian Rasulullah s.a.w yang sangat terbilang sebenarnya..tapi diorang berdegil taknak ikut atas beberapa sebab antaranya jeles sebab nabi baru, Muhammad muncul dari kalangan Bani Hasyim bukannya Bani Jumah, iaitu kabilah mereka..


~Bilal is proud to be a Muslim..how about us??~


dengan izin ALLAH, Bilal pergilah berjumpa sendiri dengan Rasulullah s.a.w dan terus masuk Islam..Pengislamannya menjadi tamparan hebat kepada Umayah bin Khalaf..entah, Umayah berasa malu dan terhina apabila hambanya ini masuk Islam..kerana itu, die terpaksalah menerima siksaan yang sangat1000x (mungkin lebih dari itu..) pedih..die dibaringkan di padang pasir yang sangat panas, dan tertindih dengan batu besar yang panas jugak..macam berada di antara dua bara api..bayangkanlah betapa kejamnya..huwaaa!!=(

siksaan kejam itu berterusan dan akan berakhir sekiranya die memuji barang sedikit pun tuhan-tuhan mereka iaitu Latta dan Uzza..namun desakan-desakan yang datang tidak langsung membuatkan Bilal berganjak dari terus menyebut, "AHAD..AHAD.."..kalau diikutkan boleh je Bilal pura-pura puji sikit, tapi die memang kental dan tidak akan memuji barang satu ayat pon..MasyaALLAH betapa hebatnya insan ini..die pon pernah kena lempar dengan batu oleh anak-anak kecil sambil dirinya terikat di tiang lampu..

dipendekkan cerita, datanglah Abu Bakar As-Siddiq untuk membeli Bilal dari Umayah ketika penyiksaan Bilal itu..Umayah pon bagi ajelah sebab bagi die dari die bunuh Bilal yang dah sangat tak bermaya, baek die pergi jual aje..dapatlah duit sikit, kan??lebih menguntungkan kekdahnye..Umayah berkata kepada Abu Bakar, "Demi tuhan Latta dan Uzza, seandainya engkau membelinya dengan satu tail emas, aku pasti memerdekakannya.."

adui, masih jugak dengan Latta dan Uzza die tu..Abu Bakar diam ajelah dan malaz nak layan si Umayah ni..tapi pastu die cakaplah, "Demi Allah,sekiranya kalian meletakkan harga 100 tail emas sekalipun, aku pasti membayarnya.."..ambek kau Umayah!!macam nak tahu pulak perasaan Umayah ketika itu..mesti rase macam, alamak ruginye tak letak 1000 tail emas!!hue3!!

maka, Abu Bakar dan Bilal pergilah menemui Rasulullah..dikhabarkan saat itu bagaikan hari raya yang sangat menggembirakan..owh3, macam panjang la pulak nak sambung lagi..setakat ini dahulu..pasti saya akan sambung!!harus tau!!don't worry!!=)

waaa, nak study!!mood kembali ok..tapi study ke tak pasni ek??hahah!!!



Friday, November 21, 2008

tukar sudah

~miss rina..erk, bukan mr highton punya miss rina ok!!~


tukar sudah!!canteq dari dulu ker tak??haha!!tak kesahlah..janji purple!!peace2..yang tak puas hati box untuk comment ni macam besar sangat,kan kan??try jugak tukar size tadi tapi macam lari sikit design die..yang layout ni pon saya try lebarkan lagi..tula kalau perasan macam lari jugak la..tapi tak kesah la..heheh~

owh2 kepada yang nak tukar layout tapi takot hilang widget bila tukar layout boleh hubungi saya..saya ada jalan penyelesaiannya tanpa perlu anda buat sekali lagi link2 bloggers ataupun widget2 laen..ke ade yang dah tahu??hue3!!

rina pon suke tau layout baru saye, kan rina kan??adui, comel bangat anak sedare saya ni..kakak saya kasi pic ini pagi tadi..jahat tau diorang kasi pic ini berlatarbelakangkan 'wanted'..gigi die dah tumbuh!!tembam jua...kui3!!panjang sudah rambutnya..hoho!!takpe2, dah besar nanti bertudung jua..=)

pelayar, suke tak layout ini??keh3~


syukur

~ajah, jalan2 kat sini nanti nak..ha3!!kawasan uni sajo..yang laen tak teruja ke tengok Queens??hak3~


tiada post untuk khamis..itu adalah probability yg sangat tinggi, takyah gune Bayes Theorem..busy turn masak petangnye (owh busyla sangat..hek3!!), nasib baek diorang housemate selamat lagi dengan masakanku yang sukahati sebab saya memang suka hati memasak..hue3!!dan juga malam nya terpaksa bertarung dengan pure dan statistics punya assignment..alhamdulillah siapla jugak..mane ade siap!!

hoho!!sekejap aje dah sampai Jumaat lagi..alhamdulillah lagi sebab maseh berada di bumi ini..mari bersyukur same2!!emm, esok SPR untuk Queen's Malay Club..ape itu SPR??macam pilihanraya jugakla..pilih2 sape nak terajui the next jawatan QMC untuk tahun depan..semua, Wan Syaz terpilih ok!!mungkin sorang2 dalam jawatan itu..makanya die lah yang menang!!hahaha~tugas khas gitu..wan, motif saya promot anda di sini!!promot saya jugak!!kui3~

hujung minggu ni ape nak buat ye??dapat ke tak study applied ni??cabaran masa lapang tau!!sejuk lagi satu hal..nextweek next class test untuk applied..giler takot!!sebab masok tajuk projectile dan Simple Harmonic Motion...even dah belajar dulu, maseh jugak takot ok!!dan naseb baek esok ade SPR dan usrah..takdelah terbuang sangat, insyaALLAH..=)

owh2, hari ni saya kene siap satu tugasan usrah esok!!waaa, suke2!!nak pilih siape ye??pilih siapa??ok2, nanti saya kongsi di sini sikit2 untuk menambah sedikit kekuatan dalam menyampaikan tajuk sampingan usrah esok...yeah, semangat!!=)

peace~


Wednesday, November 19, 2008

penat pikir tajuk

niat di hati nak copy paste soalan conan untuk si conan di shoutbox itu..tapi macam malas pulak nak edit2 kala ini..ah, yup2!!saya memang pemalaz sedikit tapi rajin ke dapur..he3!!!

malam ni kene siapkan assignment applied..satu soalan kecik lagi..soalan mencari work done..emm, bertemu lagi dengan projectile di sini..dan yang sedang menjengah diri sekarang untuk subjek applied adalah simple harmonic motion yang saya kurang faham suatu ketika dahulu..rugi tak ambik fizik!!naseb baek ada basic untuk further maths..=)

nextweek ada exam untuk applied lagi..alamak, alamak, alamak!!macam mane ni??dahle yang class test hari tu dapat 8 markah aje..huwaaaa!!tapi jangan bimbang, markah penuh 10..insyaALLAH okey la tu kot untuk permulaan ini..tapi nak 10!!hey3, tak bersyukur kah??

class test statistics pon dapat 8 jugak..alamak, kena bersungguh ni!!mat saleh boleh aje dapat 10..ape kes ni??huk3!!pure mathematics aje yang tak ade class test..semuanya 100% berharap pada final..alamak lagi!!takutnya..semoga dipermudahkan..hu3!!

mode sekarang:
risau pada pure..=(

pengajaran semalam:
biar cepat asalkan selamat!!sudah tidak percaya pada 'biar lambat asalkan selamat'..
sebab lambat semalam sakit kaki..peribahasa itu rejected!!

untuk ajah:
cepat masok yahoogroup!!

untuk pali:
bile nak buat homework yang aku kasi??lame sudah aku tunggu..
satu lagi, sedekahkan pasu baru untuk econslover..kesian die~
=(

untuk housemates:
nak masak ape esok ni??mesra.net??pulak nye..
begini lah perasaan ibu2 kot, asyik pikir nak masak ape tiap2 hari..
kesian ibu~
masak nasi ambeng ajelah..tiqah mesti suka..kui3!!


..finish..


~rindu pada greenthumb..pali, motif ko bermuka masam di sini!!ape kes??bini lari ke??~




Tuesday, November 18, 2008

imbau kembali

~terselit di dalam fail gambar..ambil sajalah buat perhiasan..adik2 di pantai dalam rasanya~


emm..macam nak cakap lagi..

melihat entri mira, blog muscom, blog syumul dan sebagainya membuatkan satu perasaan muncul tetiba dalam hati dan diri..teringat pada mereka~

baitul hasanah mengenangkan saya pada Tunas Harapan..mesti pun tidak se'gah' kelolaan mereka2 namun entah kenapa usaha kecil ini terlalu menusuk di kalbu..terkenang kembali penat lelah berusaha untuk menjayakan..ajah kepalanya dan kami sekadar pengikut yang setia, menyokong usaha dakwah..


~wajah gedik seorang wanita..kui3!!~


banyak yang saya belajar dari program kecil ini..perlunya istiqamah dalam melakukannya..kalau tidak, tiada hasilnya!!ada juga timbul perasaan kurang yakin untuk menjayakannya, namun semangat ajah yang luar biasa sedikit sebanyak menghidupkan kembali semangat yang hilang..

tidur tak menentu untuk menyiapkan bookmark, awal pagi sudah terpacak di IT Centre, malah hari2 pulak tu..pakcik It Centre pon dah macam tahu kami nak buat ape..berkampung kot di sana..owh, rindu screen komputer yang besar itu~

penjualan choki2 jua adalah antara salah satu usaha untuk menambah modal projek kecil kami ketika itu..trimas kartun dan kak dayang kerana menolong..alhamdulillah penjualan yang tak sehebat mana menyumbang jua dalam modal..sampaikan kepalanya pon dipanggil, Ajah Choki-Choki ketika itu..hehe~


~ajah saya simpan lagi lebihannya, bawak sampai ke sini..nanti datang belfast, ambeklah sikit..hehe!!~


Di Tunas Harapan pula, saya berpeluang mengetahui kisah di sebalik tabir segelintir kanak-kanak di situ..duduk berbual bersama penjaga mereka ditemani Mr Mahadzir yang menolong dari segi pengangkutan kami ke sana, membolehkan saya mengetahui kisah2 sedih mereka..terus mentafsir diri, kenapa saya masih kurang bersyukur??

kalau dilihat mereka ramai yang nakal..namun ada jugak yang sangat sweet dan lemah lembut..adik elisa yang tersangat canteq, juga seorang yang manja..tapi sayang tiada keluarga lengkap..yang lelaki nya pula ada jugak yang baek-baek..nakal pon ada..pernah diri ini bagai dirobek apabila melihat kad sdn bhd buatan Nurul SC bercerai-berai dek dikoyak dengan jayanya oleh adik Cina itu..adui, nak marah pon tak dapat, mampu gelak aje..ha3!!takpe2, budak2 biasalah kan..=)


~kemanjaan adik elisa bersama shid~


aktiviti sukaneka kami pon banyak yang gagal..semuanya kerana salah paham mereka pada instruction kami..nak tak nak teruskan ajelah permainan dan saya seperti biasa hanya mampu gelak aje melihat 'kemusnahan' aktiviti..hak3!!takpe2, budak2 biaselah..=)

itulah kan, walaupun saya ada keluarga lengkap (walaupun saya tiada adik lelaki mahupun abang kerana semuanya perempuan..), masih lagi kurang menghargai..maaf familyku, saya memang kurang baek..huk3!!waaa, hampir seminggu tak kol mak..anak bertuah!!

ok, ok nak tidur~


~sewaktu sukaneka~



20 tetap 20

owh tajuk di atas bukanlah berkaitan dengan usiaku..2 bulan lagi menjangkaulah diri ke dua puluh dua..sounds tua, tapi takpe..age is just a number (owh terharu..)..20 di sini saya referkan buat 20 minit..memang, memang..20 minit takkan menjadi 10 minit..

10 minit= sakit kaki

equation di atas saya telah dapat provekan beberapa jam yang lalu..owh3..asyik lewat aje hari ni..10 minit nak start kelas baru keluar dari rumah..apa sudah jadi??biasalah perempuan..owh kasihan perempuan!!weyh, saya juga wanita!!

berbalik lagi, 10 minit baru nak start perjalanan..alamatnya memang lewat..perjalanan ke school sudah saya arif memang 15minit untuk ke lecture theatre dan 20 minit untuk ke David Bates, tempat berlangsungnya kelas tutorial..maseh juga lambat!!apa sudah jadi??

makanya, segera dihayun langkah akibat kelewatan yang dibuat-buat..owh saya berjalan laju??waaa, tidak2!!saya memang berjalan lambat..orang2 tertentu sahaja tahu..kui3!!tapi saya gagahkan jua berjalan secara luar biasa hari ini mungkin boleh sampai awal sedikit..tapi maseh jua 20minit tempoh perjalanan..terfikir kembali, luarbiasakah saya berjalan tadi ataupun macam biasa sahaja??emm..


~iklan talam..jangan jadi macam mereka, talam dua muka..kui3!!~


duduk dengan kepenatan sesampainya di kelas pure..owh, Prof Wickstead dah mula mengajar, terus dibaginya kertasku..dia tahu nama saya??maka, 68 markah sahaja untuk assignment lepas dengan 14 markah hilang secara percuma sebab soalan conan hari tu tak buat..emm, puas hati..syukur2~

habes kelas pure, mulalah nak balek sebagai orang pertama keluar dari kelas..amboi2 akma, dahla lewat, nak keluar awal pulak??hampeh sungguh!!tapi, arghhhh..kaki saket!!terasa menyengat ketika berdiri..hahahha!! rasakan, lewat lagi!!!petunjuk dari ALLAH, jangan lewat untuk ke kelas!!paham itu??

maka, saya mahu berusaha untuk tidak lewat lagi..paling2 pon 15 minit awal untuk keluar dari rumah..erk, 20 minit tetap 20 minitlah!!mane boleh jadi 15 minit!!ini azam apa??hush~maka terbukti dari cerita,

10 minit=sakit kaki
15 minit tak terbukti lagi kan??

QED!!seronokkan maths??=)


Monday, November 17, 2008

tag dari pok chek

hahah..pok chek maaf sebab lambat selesaikan hutang ini..ini kerana tag ittew sangat tak best..tapi bile buat, ceyh kejap aje rupenye..hahahah~

1. Put The logo in your blog

Musolla Community

Maaf saya tukar logo..=)



2. add a link to the person who is shared it with you

Pok Chek


3. Nominate at least 7 other blog

No one...


4. Leave a message for your nominee on their blog

Abaikan...


Tag belom habes lagi okeh!

Be Honest

Law and order


1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.

2) DON’T change your clothes, DON’T fix your hair…just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.



~bersama ajah..syudep bajet professional..ha3!!~


5) Tag 10 people to do this

No one..(owh tak sampai 5 minit buat tag ni..)



Pok chek, hutang selesai..=)

[2 entri sehari..kui3!!]


saje

Oh Tuhan aku merasa sendiri menyepi
Ingin ku menangis menyesali diri mengapa terjadi
Sampai kapan kubegini resah tak bertepi
Kembalikan aku pada cahaya-Mu,
Yang sempat menyala benderang dihidupku

[sendiri menyepi, EdCoustic]

sungguh bait-bait lirik di atas sangat saya kesani..tidak bercadang untuk berkongsi mengapa lirik tersebut terlalu bermakna buat saya..sendiri menyepi, mungkin yang terbaek..

okey2, sudah berlalu part jiwang saya untuk lirik itu..hari isnin macam biasa..habes kelas pukol 1 iaitu macam biasa..yang luar biasa kelas sambung balik pukol 4..emm, bagi saya best kelas pukol 4 ni..macam kiasu pulak balek kelas waktu malam sebabnya kol 5 dah gelap dah..perlu kah perasan kiasu hanya untuk itu??ah, sukahati saya tau!!=)


~pukul 4 petang main building QUB~


~pukul 5 petang main building QUB~


ok sampai sini sahaja..
setia menunggu siang untuk kembali..
namun SIANG esok,
bertemukah aku??

..kosong..




Sunday, November 16, 2008

Jaulah ke Turki


Turki ialah destinasi kami untuk Winter Break bulan 12 ini selepas PUISI di Killarney..hu2!!makanya, tiadalah guna untuk sesaje melawat tanpa tahu sejarah Turki itu sendiri..kalau tahu sikit pasal sejarah Turki pon okeylah kan??heheh..nak bawak berape lira yer??erm sebut pasal lira ni tergerak hati pulak nak tahu macam mane duit turki..dan hasilnya..cess3!!macam kukenal saja wajah ini..kamal ke??


weyh3, kamal ke ni??

lantak die la nak glamer..dan bukan nak cerita pasal die sangat pon..nak cerita pasal Sultan Muhammad Al-Fateh la jugak sikit2..argh, ilmu kurang!!tapi takpe, kite usaha ok share2..cerita baginda memang best dan saya sangat kagum dan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut pasal baginda..

kenal tak siapa baginda ini??sebelum itu mari kita mulakan dengan hadith Rasulullah S.A.W ini..

Sabda Rasulullah s.a.w ketika menggali Parit Khandaq,

"..Constantinople (Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.."

dan sebenarnya bagindalah yang membuka Constantinople dengan strategi yang sangat bijak..di usia 12 tahun lagi baginda sudah memangku jawatan sebagai Khalifah okey!!fuh, hebat giler kot!!beliau juga fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew..saya ni 21 tahun dah pon tak fasih2 lagi bahasa Inggeris, harap bahasa Sarawak ajelah..hehe~

strategi baginda nak jatuhkan Constantinople ni memang tak terlintas dek akal lah..bayangkan mengangkut kapal sebanyak 70 buah gitu kot (correct me kalau salah!!) dalam masa sehari aje untuk meneruskan strategi melawan tentera Byzantine ketika itu..angkut kapal weyh, ya ampun!!saya angkut meja berat sikit pon payah..memang sebaek2 raja dan sebaek2 tentera..huhu!!

kalau singkap keperibadian baginda pula, memang salute lah..takde dah raja begitu sekarang..semuanya berlagak berkuasa macam..huhu!!pernah saya baca, semasa pembinaan Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, angkut batu dan pasir sehingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri pon turut sama bekerja apabila melihat sifat tawadhu' dan rendah dirinya baginda itu..


kalau bace sirah pasal baginda memang best...emm, memang bestlah!!owh2 mungkin kita boleh share2 link..klik link ini..=)

kalau boleh, saya naklah jugak tengok selat Bosphorus, Benteng Rumeli Hissari ke (ade lagi ek??), Masjid Aya Sofiya ke..owh3, dulu masjid ni adalah sebuah gereja , Gereja Besar St Sophies..disebabkan Constantinople dah jatuh ke tangan Muhammad Al-Fateh maka ditukarlah kepada Masjid Aya Sofiya..comel giler name!!tapikan ade jugak saya bace masjid itu dah jadi muzium sekarang..ye ker??sahihkan, sahihkan please!!huhu~


~masjid Aya Sofiya~

dan tempat yang kak reym suruh sangat2 pergi adalah Masjid Biru..macam mane lah wajah masjid biru??khabarnya, masjid ini dibina oleh seorang arkitek islam iaitu Mehmed Aga di zaman pemerintahan Sultan Ahmed..maka itu, masjid biru juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed..owh teringat kat Kak Zaff..Kak Zaff bile nak membina masjid??erk??Kak Zaff kan bakal arkitek..mane tau kot2 bercita-cita nak bina masjid kan Kak Zaff, kan??=)


~blue mosque..canteq!!~

emm, apakah lagi tempat menarik di Turki??kak reym pon ade cakap kat sane pon ade bekas tapak kaki Rasulullah s.a.w..waa, nak tengok!!wah, tak larat dah nak tulis lagi..nak makan kebab wan pulak pasni..untuk kak reym, saya dah study camne nak masak nasi lemak..maka itu, silelah ke Belfast, saya buat lebih baek dari hari ini..saye ke buat tadi??..owh, musykil jugak..heheh~

jom, Jaulah ke Belfast!!=)


Tag lagi

~sungguh rindu nak maen volley..huhu..picture ihsan dari lili..trimas2!!muke2 same yang maen volley dari dulu..waaa, bagus2!!~


saya memang power!!2 tag dalam masa satu hari..hahah!!lili, saya jawab jelah..macam simple je..kui3~


1. What is the relationship of you and him/her?

kalau kamal atarturk, die adalah musuh saya dan musuh setiap umat Islam..jahat2!!

2. Your 5 impressions towards him/her.
jahat, jahat, jahat, jahat, jahat!!

3. The most memorable things he/she had done for you.
not for me sahaja, the whole muslims in da world..

4. The most memorable things he/she have said to you?
ignore aje soalan ni..mcm tak best..tak pernah jumpe face to face dgn die...

She/he untuk soalan seterusnya bukan ditujukan untuk kamal ittew..macam sukati ubah soalan aje saya ni…hek3!!

5. If he/she become your lover, you will...
takde maknenye..

6. If he/she become your enemy, you will...

Muslim adalah saudara..takde timbul enemy2 ini..

7. If he/she become your lover, he has to improve on...on his/her
warghhh, next question!!

8. If he/she become your enemy, the reason is...
no enemies!!

9. The most desirable thing to do on him/her is?
apekah??saya tak tau!!

10. The overall impression of him/her is...
entah, tak tau..

11. How do you think the people around you will feel about you?
buat ape tanye saya??aduima!!tanyelah mereka2..ceyh3~

12. The character of you for yourself is?
papelah..

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
papelah jugak..

14. The most ideal person that you wanna be is?
Rasulullah s.a.w..ingatlah perjuangan dakwah baginda dan betapa sayangnya baginda kepada umatnya..hu2!!

15. For the people who likes you, say something about them.
move on..

16. Ten people to tag:
takde sesiapa..


Dan habes..kejap jugak tag lili ni..jadi saya buat ajelah..sebab after question “sape nak di tag ni” takde kaitan dah..yes3!!dah2, jangan maen2 tag lagi ok..hahahha!!


Tag Tag Tag

~akiff di pangkuanku..'latihan' dalam kumpulan..heheh~


atiqah tag saya jadi saya jawab ajelah ek..redha2~=)



RULE #1
People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves


RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.

~sila langgar rule di atas!!tapi rules ALLAH kena selalu beringat ok..peringatan pada diri..=)~


1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
simple..takyah piker..die bukan untukku!!naseb baek die betray, bley cari yang lebih baek, yer dak??lebih hensem pon boleh..heheh~

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
bebaskan tanah palestin dari asing di bumi sendiri..hu2!!

3. Whose butt would you like to kick?
tak suke soalan ni!!tukarlah bilakah birthday ke, baru macam best sket nak promot birthday..he2!!

4. What would you do with a billion dollars?
kene convert dulu ke pounds atau ringgit..pastu baru pikir nak buat ape..saya bukan warga US!!

5. Will you fall in love with your bestfriend?
tunggu lepas kahwen..tengoklah die bestfriend saye ke tak, baru bley jawab..=)

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
berusaha untuk meraih cintaNYA..mari2!!=)

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
kalau benar2 mahu, sila salurkan dengan betol..masok pinang terus!!hahahahha!!kalau tak, saye jelah pergi pinang die..kui3!!

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
terus ym die ‘jemputlah saya di majlis pernikahan!!’..ala, chill lah..saya bakal dapat yang lebih baek dari itu ok!!

9. What do you pray each day for your loved one?
"Ya ALLAH ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil kami..amiin"..mari doa yang ini!!
[Al Isra' 17:24]


10. What takes you down the fastest?
tak dapat selesaikan soalan maths!!weh, boleh nanges oooo..

11. How would you see yourself in ten years time?
kalau bernafas lagi, saya adalah seorang guru yang baek, ade suami soleh (nak2!!heheh..),bakal melahirkan mujtamak muslim yang baek juga, mahu family bahagia..(semua orang nak benda ni, tapi layakkah aku mendapat yang baek??huhu!!)

12. What do you really want to do at the moment of responding to this tag?
macam nak siap tag ini cepat2..huwaaaaa~

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
ATIQAH ye??macam bakal kahwen awal..ha3!!sure2 atiqah mengamuk..kui3~

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
married and rich!!rich not only in terms of money ok!!kaya budi bahasa, agama..he3!!

15. What’s the first thing you do when you wake up?
subuh!!huhu..selalu sangat subuh gajah..astagfirullah~=(

16. What’s the character must have in your partner?
betol2 seorang imam dalam keluarga..bukan sekadar imam di masjid2 sahaje ok..he3~

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
fitrah manusia memilih kebaikan..tapi macam gedikla fall in love due orang skali..apekah??

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
nak tenang forgive and forget..tak susah pon..=)

19. Do you prefer being single or having a relationship?
saya nak couple!!oppss..takdelah!!hey,single la best..=)

20. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
sentiasa berdoa menjadi anak yang baek..hu3!!doakan saya!!


alhamdulillah, habes jugak tag ini..saya tak gemar jawab2 soalan tag ni tapi untuk tidak membuat atiqah kecewa saya buat jugak..hahahhaha!!dan dengan ini saya umumkan, takde sesape kene tag oleh saya..saya tahu korang pon malas nak buat macam saya..tapi kalau tag tiqah balek boleh tak..hak3!


Saturday, November 15, 2008

usrah


salam...

terpanggil untuk berbicara di sini kerana telah mendapat sedikit kekuatan untuk membincangkannya..namun tidaklah sempurna kekuatan yang ada kerana saya sedang membinanya..hu2!!

usrah tunjang tarbiyah..kerana ia tunjang tarbiyah saya banyak berfikir berkenaan dengan perkara ini..pernah diajukan kepada rakan-rakan persoalan itu dan persoalan ini..adakah baek untuk saya itu atau ini..saya buntu dan sangat memerlukan apa yang terbaek untuk diri kerana saya di persimpangan..hati yang masih mencari..

namun sudah takdirNya saya di bumi Belfast..saya melihat, mengalami, dan mentafsir..suasana usrah yang aman..tiada balah, sangat tenteram..walaupun melibatkan diri dengan 2 usrah namun hati saya tenteram kerana suasana di sini sangat berbeza dengan apa yang saya dengar di luar sana, dan apa yang saya takut bakal terjadi kepada diri sendiri dahulu..

dua usrah ibarat satu keluarga..tiada perselisihan yang agak 'dicanang-canangkan' sebelum ini..saya semakin gembira menghadirkan hati ketika berada di dalam halaqah..

kakak 1: korang betul ni, kalau rasa terbeban dengan dua usrah cakap tau..
kakak 2: eh2, korang okey ke kalau ade 2 usrah ni??kalau rase macam penat ke, cakap je kat akak..

begitulah antara maksud dua insan yang mengerti..mereka berusaha untuk tidak membebankan..mereka bekerjasama untuk menuju matlamat kerana matlamat mereka adalah jelas..ikhlas adalah kunci segala..kumohon itulah di dalam qalbu mereka, dan qalbuku jua..insyaALLAH..

tertarik dengan sepotong ayat yang di ambil dari blog ini:

"lapangkanlah hati untuk memahami. Usah cuba memahami dari minda yang sudah sedia prejudis.."
(maaf tanpa kebenaran pemilik blog!!he2!!)

usrah adalah untuk membaiki diri bukanlah sekadar mengumpul ahli..hikmahku di bumi Belfast, aman. Namun ujian untukku datang dalam pelbagai bentuk..syukur dikurniakan ujian..tiada ujian, tiada sayangNYA!!sungguh ALLAH lah Yang Maha Mengetahui..sucikanlah hati kami ikhlas untukMu Ya Rabbi..

..If we clean our hearts and take good care of it, wherever we go, we would feel at peace..
..hadirkan hati dalam usrah dan bukannya jasad semata-mata..


ini monolog dalaman saya...peace2~




Friday, November 14, 2008

selamat tinggal~

~suasana malam di belfast, pukol 5 petang..camne??tertarik tak nak pergi belfast??hehe~


dengan ini..saya telah membuat satu keputusan berani mati untuk membuang sahaja tin jerit 2 saya ini..sebabnya saya tak online ym pon dah..kalau online pon sekejap jer, pastu blah..kalau saya nak bergossip bersama ym pingbox, boleh aje nak singgah blog NekNak Kim (kim, sila kira berapa tahun terlibat dalam bomoh!!)

namun, ada juga kenangan(erk, kenangan ke??) di sebalik Tin Jerit 2 itu..


di sinilah saye kenal Azura..
seorang silent reader from Singapura..
thanx to her sebab selalu melawat..
(selalu ker??hehe)

chitchat dengan halfi
yang malu2 untuk menjerit di shoutbox..
(aku tahu kenyataan aku tak boleh blah..peace2!!haha)

mengenali fairosza
tapi takdelah kenal sangat..
hehehe..
(owh jangan bangga..kui3!!)

babye YM pingbox..
babye Tin Jerit 2..
babye kekasih gelapku..
=)


semoga berjumpa lagi!!

Thursday, November 13, 2008

entri untuk mira

salam..

dek kerana soalan pure yang pelik bagai, dan menyebabkan saya terkesima memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan bait2 soalan, saya membuat keputusan untuk mengarang entri untuk cik kartun..tengok, sayangkan saya dengan cik mira ini??sebab, dia sayang saya jugak..kan mira, kan??=)

sebelum itu saya telah membuat keputusan untuk meninggalkan soalan yang panjang lebar pure hari tu..(telah diberitahu di entri 'on my way back' )..saya tak pandai nak siasat siape pembunuh dalam soalan itu..lecturer cakap soalan itu untuk fun aje, tak kira2 pon, cari pembunuh je..conan tolong!!detective conan aje terer benda2 mencari pembunuh ni..hue3!!

berbalik kepada entri untuk mira..mira, saya mintak maaf tak boleh nak post dengan pos laju..gune pos kat blog pon ok, kan??trimas2..beria-ia budak ini meminta beberapa perkara luar biasa dari saya..

*handphone berkamera*
*duet GBP30*
*kinder bueno sekotak*


menyesal saya cakap kat dia saya dapat GBP1000 dari school..aduih..ganas betul junior saya ini!!chaletmate siapakah?? (chaletmate die pon takboleh blah gak..kui3!!)..tapi saya sertakan jugak permintaan dia..tengok dari gambar pon jadilah ok!!hahhahaha..ajah, mamposlah kita kena 'rompak' cik kartun..


~handphone itu..owh pic saya dan akiff..serta cawan milik orang2 comel~



~GBP40 saya bagi kat kamu kartun..pasti orang2 mainland tak pernah jumpe duit2 ini..yup2, kami di belfast gune duet laen dari korang rasenye..ini keluaran ULSTER BANK..banyak lagi corak2 duit di sini..macam duit MONOPOLI pon ade gak..=)~


~kinder bueno yang terkeluar dari kotak..hehe..mahal ye kat Malaysia..saya maen borong aje di sini kartun..kesian2~

~wan pon mahu inteprem jugak..kenapa wan??hijau wan punye, purple saya punye..hanya GBP1.00 sahaja..canteq dan murah..jadi rembat sahajo..=)~


macam mane nak buat pure ni??huwaa..adakah saya akan tidur 3 pagi lagi??saya tak suka buat awal sebab senang give up tak tau nak buat!!last2 minit baru ade anjakan paradigma yang menggila..tapi markah takdelah best sangat..setakat ini Grade A 2 kali, Grade B sekali, Grade C sekali, dan Grade D sekali..kui3!!semua grade ada!!jangan E sudeyh..hu2!!nak A lagi!!

to kartun, puas hati okeyh!!nanti saya melawat kolej bawak kinder bueno..he2!!akhir kata, belajar rajin2!!kami tunggu ni..=)


SAHABAT



SAHABAT SEJATI

oleh:Haslinda Lukman

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'



ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.


Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:


“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’


DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.


Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).


Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.



#Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

#Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

#Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

#Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

#Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut

kebaikan kamu;

#Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

#Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

#Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;

#Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

#Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

#Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

#Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

#Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat

#Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.



Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:


sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.



untuk saya muhasabah kembali:adakah saya seorang sahabat yang sejati??=(

artikel copy paste dari laman ini..