MISS AKMA
27, Tates Avenue,
Belfast,
BT9 7BY,
United Kingdom
segala kad boleh dipostkan..
kad raya..
kad jemputan kahwen..
kad gudluck..
kad birthday..
(ini paling penting!!peringatan keras buat semua teman2 rapat termasok petsib, petsiss dan petbros..hahahha!!)
bungkusan2 pon boleh kot..hue3!!
terima kasih cik wan sebab alamat ini saya ambek dari blog beliau..heheh~
~bahagia die bukak posa awal dari kami..hehe~
Tengoklah tengahari nanti..kalau terlalu berat terpaksalah saya punggah balik di rumah pakcik kat banting sana..kalau dari Kuching ni tak berapa nak kesah sangat sebab mak ayah kongsi berat kargo..boleh tumpang berat kargo mereka..
~saya, rina dan mak saya..maafler, pic agak blur sebab kamera dah nak habes batterynye~
Berbuka kat luar semalam..niat nak belanja semua family tapi itulah, abang ipar saya yang dahulukan pembayaran..huhu!!lepas berbuka kami ke KIA kejap untuk bersolat maghrib..KIA sangat canteq waktu malam..=)
~Kuching International Airport~
Sempat pulak membeli durian di area Satok..besar2 duriannye..tapi kat rumah, saya cuma makan seulas aje sebab penat dan kenyang..huwaaaa!!rugi2, nak makan durian lagi!!sahur tadi pon tak sempat jugak nak makan sebab bangun lewat satu hal, malaz nak bukak satu hal pulak..takpelah, takde rezeki yer dak??
Esok siape nak hantar di KLIA ni??jomlah hantar kami..=)..tata korang, mungkin tak update dah lepas ni..tak tahulah biler nak update..tengok if everything is settled dah kat sane, saya update..babye blog ku, banyak blog orang laen...pasti sunyi kejap dunia blogging lepas ni since ramai yang tak dapat nak update dah..jangan message saya bile nak update yer?? (ikut kebajetan Encik Jpah..pergh~)..tapi itu pon kalau ade yang tahu number UK sayalah..=)
Sob sob..nak ziarah kubur saudara yang sudah meninggal dahulu..huhu~
Sayu… hati ini makin sayup
Rindu… terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Memang benar, di sekolah dahulu saya ni penyajak ‘kecil-kecilan’..heheh!!banyak lagi benda ‘kesenian’ yang saya buat..kepada yang tahu, diam2 aje okies!!
Alhamdulillah, segala benda dah settle, just nak packing dan fly..fuh, neves ade jugak ni..rerakan semua macam tak sabar aje nak fly..saya sabar aje..takot, excited semua nya bercampur baur..macam mane la nak tinggal kat sane..bolehkah saya menerima ilmu dengan baek di sana nanti??takot tau!!=(
Sejak Ahad lepas lagi sampai semalam, saya tak dudok diam2 di rumah..kalau tak keluar seorang, kazen sayalah yang temankan..dan kerapkali jugaklah saya mendengar lagu raya berkumandang di kedai2..aduhai, bukaklah lagu kak Siti yang bukan raya tu ke, sedih tau..bukan ape, tahun ni saya terima satu je kad raya..keh3!!yang laen taknak kasi saya kad raya ke??mahu2!!
Hari ni banyak jugak gaduh dengan cik Ana..budak ni nampak canteq tapi ganas..tadi petang habes saya kena pukol guna raket badminton..waduh, saket!!tapi tak kesahlah, mesti I miss her shouts nanti..huhu~
‘Jaik kakak Ana ya!!’
‘Buang kakak Ana!!’
‘Paluk kakak Ana gik!!’
‘Guntin kelak!!’
‘Jangan kaco Ana maen!!’
Itulah antara repekan2 yang selalu keluar dari mulutnya..pastilah dalam bahasa sarawak dan die ni lebih suka membahasakan dirinya Ana dan bukannya ‘kamek’ ataupun aku..saya pon die panggil, kakak Ana..heheh!!bakal dirindui jeritan2 di atas..huhu~
~dewan inilah yang menyaksikan betapa 'seninya' saya dahulu..hue3~
Okeylah, sampai sini ajer..4 days to go, my dear!!I’m not ready yet!!!!!!!!!!tata jer la~
Fuh, terdengar sahaja perkataan MCA, saya terus gembira..alhamdulillah selamat sampai visa saya..rupenye semalam lagi dah siap..kerana hendak segera ke sekolah, jadi saya cakap lah kat orang tu nanti saya pergi ambek kat pejabat ABX dan malaz pulak nak tunggu pakcik ABX untuk hantar ke rumah..takde la jauh sangat kot..jalan aje sikit dari tempat bas berhenti..hehe~
~abx, tempatku pergi pagi tadi~
Dan dari plan kami berdua aje yang pergi, Najib setuju untuk turut serta..jadi saya pergilah tunggu pakcik ini jap, untuk same2 pergi ke sekolah..Farhan, bapak dia pergi hantar..dalam pukol 10lebih gitu, muncul la kelibat najib, jadi dengan tidak bertangguh kami terus menaiki van ke sekolah..
~SM SAINS KUCHING, inilah satu-satunya kenangan yang batch kami buat..SEVENBATCH, teringat pulak saat2 berusaha menyiapkan benda alah ni..best3!!~
Setelah Farhan tiba, kami terus mengorak langkah ke bilik guru..fuh, ramai giler cikgu yang takde kelas mase tu..jadi pergilah sembang kejap..saya tukang sampuk aje, Farhan dan Najiblah yang banyak berbual dengan guru2 di situ sebab saya ni takdelah glamer sangat berbanding mereka..hehe!!
~musolla kami..teringat kata-kata hilfi yang pernah ke sekolah kami dahulu sebab ade program di sekolah ini bersama ustaz Has, "Sekolah korang canteq, tak macam KISAS dah lamer"..hahaha!!maaflah bebudak KISAS, Hilfi cakap begitu..=)~
Sempatlah jugak bertukar emel dengannya, dan sempat jugak guna laptop die semasa die berundur kejap nak pergi solat zohor..siap pergi ym dengan makcik Ajah lagi..ha3!!tapi tak lamer sangat sebab Najib dan Farhan bercadang nak pergi ke tempat laen pulak..jadi saya mengikut sahaja..
Disebabkan dah masok waktu break, saya dan Najib bercadang untuk lepak kejap di hostel, manakala Farhan pulang dah sebab kesian ayahnya menanti lame..saya dah tak kenal dah sesape juniors..mungkin segelintir budak Form 5 sebab waktu saya Form 5 diorang Form 1..tapi saya memang tak ingat lagi sampailah mereka menegur saya..haha!!sangat terbuang senior ini..maaflah juniorsku, saya memang banyak lupa dah..huk3!!
~naek jer tangga depan ni, masok terus pintu itu..itulah bilik terakhir saya di SAINSKU bersama cik Nabel yang riuh..rindu pulak~
Dengan muka tak malu, pergi lepak kat bilik sape entah..diorang pon ramah jugak..banyak jugak yang diperbualkan..plan seterusnya nak melawat blok akademik junior dan senior..nak jumpe ustazah Rafidah kejap before balik..dalam rayau2 kami tu, ade jugak cikgu yang mengajak kami masok ke kelas kejap untuk beri kata2 semangat..ha3!!cikgu, macam tak layak jer nak bagi kata semangat kat mereka, sebab terasa diri macam hampeh sikit..heheh~terima kasih Puan Rukiah yang jelita dan Cikgu Marselin yang masih gila2 seperti dahulu..
~cikgu marselin, guru sejarah yang sangat menyenangkan..mase ni saya ceritakan pasal sejarah saya waktu form 5 yang tak pernah dapat 50 sebelom SPM betol2, trial pon maseh gagal..ha3!!~
Dalam pukol 3lebey gitu, saya dan Najib pulanglah..Najib mengadu sakit kaki, saya pulak mengadu krem mulut..hahahhaha~
Ustazah Rafidah: Take care ma..jaga diri baek2 kat tempat orang..
Ustazah Siti Zulaikha: Kat sane nanti, belajar betul2..jangan tinggal solat, tudung jangan bukak..
(segan sikit dengan ustazah ni sebab saya ada kes dahulu..die pernah rampas surat cinta saya!!hahahaha~)
Puan Kamisah (Cikgu KZ): Belajar jangan maen2..bonded ni bagus, terus dapat kerja..
Miss Rabiah: Email me your pictures there..inform me if you’ll come back..
Cikgu2 laen: GOODLUCK yer..=)
Saya sayang cikgu saya!!guru kami, doakan kejayaan kami..Ya ALLAH permudahkan kami dalam menimba ilmu..bantulah kami untuk terus berada di landasan kebenaran..ameen~
Any hotlink users here??Apa yang best pasal Hotlink 365??
Ada jugak tanye kedai maxis, macam mane nak stay aktif dengan number sedia ada kalau berada di luar kawasan Malaysia dalam jangka masa yang lama..
Jawapan dia kasi:
Hotlink 365..
dan..
Mintak sesiapa from Malaysia topupkan untuk saya every three months dari tarikh luput..
Hotlink 365 kena bayar kan??Kalau mintak tolong topup tu boleh diterima dengan sahihnya, saya prefer yang ini..nanti balik2 je kredit banyak!!hahahahhaha..macam lebih jimat!!hek3~
DAN..
Ramadhan ini tidak kuisi dengan baek..huhu~
Seminggu lagi, berat hati nak melangkah pergi..=(
Cerita semalam best, Liang Lahad~
Bakal menerima kenyataan saya seorang sahaja di lecture hall maths budak Malaysia..takot!!
Hari ini kenduri doa selamat..suke!!jumpe kazen2 yang memang rapat giler!!hehe~
Hari ini, cik rina balek!!yeye..dan bulan 11 ni insyaALLAH saya punye anak sedare kedua!!=)..gembira!!nak tunggu anak sendiri lameeeeeee lagi!!doakan kesihatan kakak saya!!trimas deyh~
bah, itu saja..
tata~
HAPPY FLYING TO KAK DAY~
rindu kat sal..='(
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.
Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. REntak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya.
Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.
Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih.
Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku.
"Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-ubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa.
Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja.
Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Adakalanya mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...sehingga hatinya pulih seperti sediakala..
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu indah kembali........
Ini adalah artikel copy paste..lama dah dalam simpanan, cuma tergerak hati nak postkan kat sini sebab suke..hehe..=)
-Pukul berapa berbuka ye??
Apa polah kitak??
-Awak tengah buat ape??
Kemaik li jak baju kitak, ana!!
-Kotor giler baju ana ni!!
Kitak maok makan sik??
-Awak nak makan ke tak??
Iboh padah giya!!
-Jangan cakap begitu!!
Kitak sik maok tido agik ka??
-Awak tak nak tido lagi ke??
Sik tauk agik nak madah apa..
-Tak tahu dah nak cakap ape..
Okeylah, sebab tak tahu nak cakap ape..saya berhenti jela..hehe!!ana sudah bangun dari beradunya..terus menari pulak tu..haish, peliknya budak ni!!
Tata~
Saya rasa, number maxis saya sekarang ni la paling lame digunakan dalam hidup saya..3 tahun lebih kot..tak pasti, tapi sangat yakin dia paling lama..hehe!!persoalannya, dek kerana sayang, susah untuk membuat keputusan sama ada stay dengan number ini ataupun akan bertukar-tukar number nanti..huhu!!kalau hati memang tak mahu tukar..siap pergi tanye kedai maxis lagi macam mane nak stay active kalau saya kat sana nanti..insyaALLAH..
Tapi sejak akhir-akhir ini, macam perlu dipertimbangkan balek keputusan untuk menetapkan number sekembalinya ke tanah air nanti..reason??mahu mengelak 'titik,titik, dan titik'..hahahahah!!lantaklah orang nak cakap saya sombong..saya tahu~
Persoalannya, macam mane nak kurangkan blur??saya pon perasan la jugak saya ni blur..tapi Nurul SC blur lagi..keh3!!tapi salah ke menjadi blur??salah jugak kot..tapi macam mane nak buat???huwaaaaaaaa....kalau la dapat tukar setting otak dari blur kepada tak blur, senangla nak cakap kan..tapi kebolehan manusia terbatas..ALLAH jua yang maha berkuasa..=)